Wednesday, October 21, 2009
Travel MODE : Kundasang (1)
Sabtu lepas (17 Oktober 2009), aku berjalan-jalan pula ke Kundasang yang terletak kira-kira 4 jam perjalanan dari bandar Sandakan. Ingatkan aku nak direct selepas waktu bekerja Jumaat sebelum tu, tp hati terasa berat pula. Lagipun aku tak berapa familiar sangat dengan Kundasang. Jadi, aku decide bertolak pada pagi Sabtu. Masa tu pula, aku baru nak stat demam panas sebab kena hujan masa aku sampai kat Sandakan. Tapi tetap gagah mahu meneruskan perjalanan. Aku menaiki bas ekspres menuju arah ke Kota Kinabalu dengan harga tambang RM 30.00 pada pukul 7.30 pagi. Kemudian bas ekpres berhenti untuk singgah makan di kawasan Kg. Wonod, Telupid. Masa tu aku belum lapar lagi pun, sebab aku dah makan nasi goreng masa kat rumah lagi. Mak bapak aku tak ada kat rumah, mereka bermalam di kebun keluarga kami. Masa singgah di persinggahan Kg. Wonod, aku hanya membeli ubat minyak Cap Kapak, panadol, keropok ikan dan air mineral saja. Aku berasa pening sedikit dan demam. Boleh pula terlupa membawa bersama ubat salap Vicks aku, yang sebenarnya aku akan bawa ke mana-mana saja.
Kali ni, aku tak bercadang mahu bermalam pun. Sebab aku dah target aku boleh pegi balik dalam masa satu hari. Sebab jarak 4 jam bukan jauh bagi aku, aku dah pernah pergi balik Kota Kinabalu - Sandakan dalam masa 1 hari pun. Hari Jumaat tu, aku surfing kat internet pasal Kundasang ni. Biasanya aku tengok kat Flickr.com, kat situ aku bleh nampak tempat-tempat utama yang dilawati di Kundasang tu. Tak pun, kat blog-blog sesapa yang aku google la. Aku siap tanya kat kawan-kawan yang tinggal berdekatan area ng Kundasang untuk tanya cuaca kat situ. Sebab Sandakan agak kehujanan sehingga ke Telupid pun. Telupid ke Kundasang hanyalah 2 jam perjalanan. Aku takut kalau aku pegi time hujan, adanya aku dapat sakit kesejukan (apakah nama tersebut). Hhahahhaha.
Aku sampai kat Kundasang lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Aku memang dah lapar time tu pun. Sampai saja kat Kundasang, aku pun menuruni jalan bukit kecil menuju ke kawasan bangunan pekan tu. Kat tepi jalan tu ada orang berjualan durian. Hahahaha..aku beli sebiji dengan harga RM 3.00 sekilo. Kebetulan berat durian tu pun sekilo, so aku minta bukakan dan menikmati durian sambil memandang gunung Kinabalu yang tersergam tu. Aku tepengaruh dengan cerita sekuel seperti Lord Of The Ring dan Harry Porter. Bila aku pandang gunung Kinabalu tu, bagaikan ada kuasa yang memerintah kejam di situ. Aku terasa macam dipanggil-panggil untuk melihat sendiri apa yang 'ada' di situ. Kalau tak ada aral melintang, seperti yang kamu (mungkin) tau, aku akan mendaki gunung Kinabalu pada Disember ini. Aku tak pasti aku mampu atau tidak masa mendaki nanti. Haih.
Menikmati durian di kaki gunung Kinabalu memang mengasyikkan. Dalam masa yang sama, aku dyhedyrated juga. Tak cukup air. Kan aku ckp aku demam, dah tu udara di situ pula sejuk dan lembap. Badan aku dah rasa lain, tapi aku tetap nak jalan-jalan juga. Semangat kena ada. Tips aku kali ni, kalau hendak travel, mental mesti la sediakan pada tahap maksima. Jangan harapkan keindahan yang bukan-bukan pada sesuatu tempat. Aku takut kamu akan kecewa kalau kamu tak dapat tengok apa yang kamu mahukan. Cuba belajar untuk hidup susah di mana pun kamu berada. InsyaAllah, kamu akan berasa seronok sepanjang perjalanan dan bila-bila masa untuk dikenang.
Sambil aku menikmati durian, aku berbual-bual dengan penjual durian tu, suami isteri pada perkiraan aku. Mereka tergamam bila aku kata, aku datang seorang kat situ. Walaupun aku orang tempatan sendiri, tapi kata mereka cukup berani menikmati perjalanan itu seorang diri. Tambah-tambah lagi bila mereka tahu aku masih single. Tak lupa mereka menasihatkan aku agar menjaga diri walau di mana aku berada. Itu antara pesanan yang aku sentiasa ingat walau di mana aku berada. Untuk pengetahuan kamu, aku suka berbual dengan stranger. Bila aku berbual dengan stranger, aku mendapat 'perasaan' yang baru..aku susah nak terangkan macam mana. Mungkin sebab aku selalu 'berperasaan' dan teringin ke suatu tempat yang aku tak kenal sesapa dan orang tak kenal aku pun (baca: macam aku ni superstar!! uwekk!). Seronok weh. Tak apa, aku jalan-jalan dalam negeri aku dulu, kemudian menimbang-nimbang untuk ke luar negara pula. Mungkin sekarang ini aku menyedut udara segar di Kundasang, esok-esok berpeluang ke Shimla, India. Wah!
Aku percaya, di mana ada keinginan, di situ ada kemampuan.
off dulu, nantikan siri seterusnya.
Labels:
Kundasang,
Travel Mode
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
durian itu berapa rm? kalau hubby aku tengok it mesti telan liur dia ahaha
napa takde peruntungkan pasar kundasang kaitu ranau..cuba lah kasi cantik lagi kan mesti menjadi tarikan pelancong...syabas mas ..ko adalah wanita yg berani mencuba...
helo kak ram:
dia jual satu kilo rm3.oo kak. kebetulan durian yg aku beli tu satu kilo beratnya, so harga nya la tu..pasal pasar kundasang. tu la aku heran kak. kawasan utama pelancongan ba tu, kenapa tak dibangunkan sepenuhnya. kalau kakak mau tau, tiada pun lampu jalan pun dipasang di situ. tiang letrik ada. tp lampu teda..hairan.!
berani mencuba? paling penakut aku ni kak hahaha
itulah ptt nya kasi cantik lah bah...anduiii napa teda itu...bagus itu sna dekat gunung kinabalu buat spa....mesti menjadi satu tarikan juga.....adik ko tahu c azam ndak lama ada adik ko dah baca blog c as kah?...
kak ram : itu la ba tu kak. heran aku. kenapa tak dipeduli tu kundasang. ya kak, tau. aku nampak di fesbuknya.
urg sana tu bila mo kasi ada kawan si won bin tu ehehehehe
Mas i like ur stail..nsb baik suda kawin kalau ndk aku join ko ni travel..yala tmpt sendiri kan..actually aku pun ndak abis travel d negeri sendiri..betapa indahnya negeriku..
anonymous tu aku CtJane hahahah,..aku blk sabah tgh bulan 11 nih
dear CT JANE : hahhahah... aku puas berjalan ke Semenanjung Malaysia (walaupun tidak byk mana pun) tapi aku berbangga dengan negeri aku sendiri ni. Ada pemandangan2 yang aku tak terfikir langsung aku bleh dapat di sini. Betapa indahnya negeri ku.
Jangan bimbang, aku akan terus travel mengembara ke serata dalam negeri Sabah dan bersedia berkongsi pengalaman dengan kamu semua. Dan, ya. Sudah tentula akan membuat kamu (yg orang Sabah) akan bertambah jeles dan rindu dengan negeri sendiri (yg berada di luar Sabah)
haha
CT Jane speaks: hahahah iya mmg jeles ko buat aku mau pegi semporna balik sabah bulan Nov ni..mau jak rasanya aku kasi tggl jap anak drumah dan mengembara sama ko boleh ka? hahah tiada bagpack..beg sekolah pun jdla..mau rasa mcm masa sekolah dulu selalu bt aktiviti luar, masuk kuar utan..hehheeh..mmg indahnya negeri ku..
Sabah tanah airku (nyanyi dulu)
Post a Comment