Wednesday, September 9, 2009

Hari Ini - Kota Kinabalu Bhgn. 3

Main entrance BB Cafe


Aku, Stacey F. Lojuman (baju biru), Valeria Liau (Muncung), Kerry Terence (Baju Pink) dan Delia Olaybal (Baju Itam)

Valerie - Guru Piano

Kerry - Fulltime Housewive, mommy of 4

Stacey - Freelance Tourist GuideDelia - English Lecture in UiTM


God Bless Facebook. Bukan aku tak pernah cari kawan-kawan aku, terutama sekali kawan-kawan sekolah. Tak sangka pula, bila dah main Facebook ni, aku jumpa kawan-kawan sekolah aku yang dah berbelas tahun lama tak dengar kabar berita. Contohnya macam kawan aku Delia ni. Kitorang yang lain ni dah lost contact dengan dia since dia berpindah sekolah semasa di Tingkatan 3, SM Konven St Cecilia. Plus dia ni pun kawan since Primary School dengan kitorang (SRK ST Mary's Convent, Sandakan). Sekaligus dengan kawan-kawan aku kat atas ni la. Bila dah jumpa, memang dah macam-macam cerita keluar. Tapi ya la, memang aku rasa gembiraaaa bangat. Mula-mula tu kitorang janji dinner di 1 Borneo. Huhuhu. 1 Borneo memang hebat. Bolehlah aku klasifikasikan sebagai Mid Valley Sabah. Lokasi agak jauh sedikit dari pusat bandaraya Kota Kinabalu, tetapi perkhidmatan bas shuttle ada disediakan.

Masa dekat Homes Restaurant, memang kitorang dah lupa diri. Berbual pun dengan takat key suara yang tinggi. Maklumlah dah lama tak jumpa. Tu la pasal aku cadang kitorang lepak di tempat yang kitorang boleh berborak sampai lebam. Aku cadang kitorang pergi BB Cafe, since di sana pun ada live band yang tak berapa live tu. Keadaan santai pun memang best. So, kitorang lepak dan makan sekali lagi kat situ. Harga makanan dan minuman di BB Cafe, memang agak berpatutan. Aku rasa BB Cafe merupakan hotspot bagi pengunjung-pengunjung dari luar. Selain dari berada di dalam pusat bandaraya, di sekitar sini juga terdapat banyak lodge-lodge yang murah dan mampu sewa. Aku sendiri menginap di Summer Lodge dengan kadar RM65.00 untuk semalam (bilik single + katil king size + breakfast). Mula-mula aku nak dorm, tapi memandangkan aku kena kongsi dengan tourist, aku pilih la bilik single. Kang tak pasal-pasal lappy dan kamera aku hilang. Huuhu...

Pasal makan, tak perlu bimbang. Memang very the good hotspot. Kamu nak ala-ala Italy, English, Mamak mahupun kedai kopi biasa pun ada. Perkhidmatan bank-bank dan kedai farmasi pun ada. Yang penting pasar tamu Gaya Street memang 'mengghairahkan'.

Kita sambung nanti.

4 comments:

~ As ~ said...

ada try drink 3 lady (3layers)??
hahha sini lah tmpat gath utk bincang outing kami... menu wajib, 3 lady @ 3 layers

Perempuan Pemimpi said...

gahahahahha later momma.

Delia said...

mas...mau betulkan language...hahahahahaha

pert said...

menarikk tpt mkan tue..