










Masa dekat Homes Restaurant, memang kitorang dah lupa diri. Berbual pun dengan takat key suara yang tinggi. Maklumlah dah lama tak jumpa. Tu la pasal aku cadang kitorang lepak di tempat yang kitorang boleh berborak sampai lebam. Aku cadang kitorang pergi BB Cafe, since di sana pun ada live band yang tak berapa live tu. Keadaan santai pun memang best. So, kitorang lepak dan makan sekali lagi kat situ. Harga makanan dan minuman di BB Cafe, memang agak berpatutan. Aku rasa BB Cafe merupakan hotspot bagi pengunjung-pengunjung dari luar. Selain dari berada di dalam pusat bandaraya, di sekitar sini juga terdapat banyak lodge-lodge yang murah dan mampu sewa. Aku sendiri menginap di Summer Lodge dengan kadar RM65.00 untuk semalam (bilik single + katil king size + breakfast). Mula-mula aku nak dorm, tapi memandangkan aku kena kongsi dengan tourist, aku pilih la bilik single. Kang tak pasal-pasal lappy dan kamera aku hilang. Huuhu...
Pasal makan, tak perlu bimbang. Memang very the good hotspot. Kamu nak ala-ala Italy, English, Mamak mahupun kedai kopi biasa pun ada. Perkhidmatan bank-bank dan kedai farmasi pun ada. Yang penting pasar tamu Gaya Street memang 'mengghairahkan'.
Kita sambung nanti.
4 comments:
ada try drink 3 lady (3layers)??
hahha sini lah tmpat gath utk bincang outing kami... menu wajib, 3 lady @ 3 layers
gahahahahha later momma.
mas...mau betulkan language...hahahahahaha
menarikk tpt mkan tue..
Post a Comment