Sedutan kisah yang belum sempurna - -
Ke hadapan you yang diingati selalu,
I harap you sentiasa sihat walafiat. Kalau you tak sihat, you kenalah jaga kesihatan you juga. Macam I selalu pesan, kurangkan merokok dan rajin jaga kesihatan. Sekarang ni, I hanya boleh ingatkan you saja, sebab you dah ada girlfriend baru. Tak apa, I takkan bosan nak ingatkan you. Sampai bila-bila pun, asalkan kita masih keep in touch, I akan selalu ingat dekat you. Kalau you dah delete I dari YM list you ke, dah block I dekat Friendster you ke, or maybe tak lama lagi Facebook you pun you block 'kedatangan' I, I tak kisah pun. I ni macam menakutkan you pula kan, don't worrylah, I masih waras. I bukan pompuan 'cikai' dalam hal-hal macam ni. Ok, sayang?
Tadi I kemaskini-kan email utama I. Dah banyak email-email 'tak berguna' langsung ada dalam email I tu. Dalam email I tu, ada beberapa folder yang I simpan dengan nama-nama file tertentu. Salah satunya adalah simpanan email I-ke-you, you-ke-I. You nak tau, I rasa nak nangis bila baca semula email-email tu. I tahu kita dah tak ada apa-apa hubungan 'yang I anggap istimewa', tapi I sangat merindui semasa email-email tu beraksi aktif. I kan perempuan, jadi nangis-nangis tu biasalah. Lainlah kalau lelaki menangis, buruk you know. Kecuali dalam hal-hal tertentu, I akan syahdu tengok lelaki menangis. Macam Shah Rukh Khan dalam cerita Kuch Kuch Hota Hei. You tahu kan I minat Shah Rukh Khan. Bagi I, lakonan ketika dia menangis adalah part yang paling menyentuh perasaan I. Susah tau nak tengok lelaki menangis. Eh, tapi I lupa, father I pun menangis bila saja hantar anak-anak dia ke airport. Dulu I penah cerita kan, father I tu sensitif sikit bila tengok anak-anak dia nak pulang semula ke Tanah Semenanjung. You jangan gelakkan father-mentua-tak-jadi you tu. Hahahah..
I geram sedikit bila menaip surat cyber untuk you ni. Maklumlah I guna Celcom Broadband. I pula bukan dalam lingkungan 3G. I kat sini hanya dapat Celcom 2G saja. You tau kan I ni survivor. Letak saja I kat mana-mana pun I boleh survive, InsyaAllah. Tapi ye la, I tak pernah lagi tinggal kat negara 4 musim ke, kat kutub utara selatan ke.. jadi, you boleh berangan nak letakkan I kat negara-negara Khatulistiwa saja. Contoh macam Brazil. Eww.. I boleh jumpa banyak mamat-mamat Latino kat sana. I boleh belajar macam mana nak jadi seksi macam minah Latino. I rasa, kalau I ikuti mana-mana program menguruskan badan, mesti you akan pandang 2 kali kat I sebab masa tu badan I dah ramping macam Ugly Betty. Eh, si Betty tu sama taraf dengan I je, pendek dan gempal. Ok kita pilih Syakira ok.Tapi kalau I jadi macam Syakira, itu imaginasi yang melampau-lampau pula. Kita pilih Miss Brazil je la. Tak pun pelakon Cuando Seis Mia tu. Sederhana je, tapi masih kelihatan seksi. I janji takan perang-kan atau blonde-kan rambut I ok. Kan haram tu? Tapi kan, rasanya Brazil pun tak boleh kot, sebab kes wabak H1N1 masih 'menggila' kat sana. I tau lah I dah jadi kawan biasa you, you boleh campak I jauh-jauh dari hati you. Tapi tidak ke negara kita sebutkan tadi, ok?
Malam ni, line Celcom Broadband (prepaid pun) sengal gila. Tadi kontang-kanting I sibuk menguruskan ladang cyber I, Farmville. Syukurlah ada Farmville ni. I tau you tau I main Farmville, I tau you perasan status I dekat Facebook selalu 'teriak' pasal Farmville dekat shout-box. Subuh tadi, I rugi beberapa batas blueberrry sebab I terlajak tidur. Sepatutnya bangun Subuh untuk Solat Subuh, tapi I ni masih degil nak tunaikan kewajipan tu. InsyaAllah, I selalu mencuba untuk jadi seorang yang taat pada setiap suruhan-suruhan-Nya. Kat sini I tak ada televisyen pun, ingatkan hari tu nak beli sebiji. Tapi susah la pula kalau tak ada Astro kan. So, pasal tu la I beli broadband. Itu pun setelah melakukan survey broadband mana yang paling berbaloi sekali I nak beli dan guna pakai. Maklumlah, ekonomi tengah meleset gila-gila sekarang ni, jadi kalau boleh I nak jadi minimalis la pula. Nasib baik kat sini tak ada tempat shopping mopping, nak berpoya-poya pun..eh ada lounge mini bar kat sini. Tapi tak sesuai la buat I ni, I bukan minum arak pun. Kalau nak berkaraoke pula, herm..segan..bukan tempat I kan. Lagipun jiwa I bukan ke arah benda-benda begitu, walaupun ada masanya I tak segan silu nyanyi 10 lagu non stop depan kawan-kawan pondan I. I dapat lihat wajah jengkel mereka, kalau I nyanyi lagu-lagu Ziana Zain. Suara I kan suara pempuan sejati..Kelassss.
Mesti you tengah santai-santai masa baca surat cyber I ni kan. I masih dalam mood syahdu-baca-email-kita tu. I pun tak tahu la kenapa I jadi macam ni. Mungkin sebab I pernah menyimpan rasa bahagia yang terdalam dalam diri I. Tapi I tak salahkan you dalam cerita kita ni. I cuma insan biasa yang cuba-cuba berhati supernatural. I banyak lagi nak cerita ni, tapi mata I dah ngantuk. Macam biasa, seperti sebelum-sebelum ini.. you jaga kesihatan you baik-baik, jangan malas jaga kesihatan. Be nice, ok?
Bye-bye for now.
Be happy.
Ok, Ex-Sayang I?
- - - - - - - - - -- -- - - - -- - - -- - - - -- - - - -- - - ---- - - - --- ---------------------------------
p/s percubaan untuk penulisan bersiri. Harap kamu semua boleh memberikan komen-komen yang bernas. Penulisan ini berkisarkan kisah benar dan sedikit hasil daya imaginasi serta berinformatif. Sila nilai dengan mata hati, bukannya dengan lutut. Dan, semoga terhibur.
Sayang,
Mas Mohd Yunus.
15 comments:
hehe..i try to be transparent in reviewing this..
1st..baby rasa cara penyampaian mas ada unsur2 humor which is good plus the element of slumber..
then..
this is a drawback la..it's quite too detail in my point of view...sbb bhgian 1st ni kan dia tulis surat utk laki tu..klu baby jadi laki tu letih la jg baby mo baca wpun ada unsur humor..lebih2 lagi diorg tu suda break..hehehe..
this is sum tips that i'd like to share with u..
1. sbb mas buat penulisan ni bersiri..jadi cuba buat every episode tu ada 3 main parts which are the intro,climax,n ending dia..
2. try to make a very interesting sentence in the beginning of ur sentence.words or sentences that can attract viewers to keep reading..for example, >>>"woosh!" air yang dingin terasa tajam menampar wajahku.aku tersentak.<<< that's my example lah..heheh...u can make it even more interesting..
ermm..i think that's all..i'm looking forward to the next episode..
good luck!
dear baby pearl,
i really appriciate your's visit here..and there will more sequel lines for the sooner. I read a lot of novels when i was a teeny thingy like you. For this for my 1st published story, i'd wud like to use to use simple words, lill bit of bahasa pasar, humoristic (as you said), romanticsm, and planned to use a lill bit of sarcatism. As I mentioned above, this Surat Cyber Untuk You are based on collective true stories. A collective of my personel experience, my frens, family etc etc. I'd wud like to share some informative thingy and ofkos it may be entertain you for once a week. ahahaha..
"you nak tahu kenapa i tulis surat ni panjang2? Sebab I yakin dia takan baca luahan I ni"
she said.
"woosh! air yg dingin terasa tajam menampar wajahku. aku tersentak" - terasa sangat yusuf haslam la. hehe. aku rs seronok baca penulisan gaya ni. selamba and sincere. teruskan menulis. selamat hari raya..maaf zahir batin.
Encik Cak yang comels
thanks sebab sudi melawat ;) selamat hari raya juga.
Salam,adik U yg comels lg penyayang lg mo kasi komen.
1st of all, aku suka penulisan ni sbb ia amat realistic. Sbb aku pun kadang mcm tu. maybe teda la surat2 di inbox, tp Message achieve d YM kan ada?
woosh! ayat yg ku baca tersusun menampar nampar emosiku. aku terasa sbb it ever happen to me :)haha.. Tp aku nda pernah send pun Surat I tuk Dia. I tak berani.
2nd, dr segi tatabahasa. Byk pengulangan kata "You tau kan" dlm surat ni. Cuba gantikan dgn ayat lain.
3rd, Homouristic tu la yg membuatkan aku terus membaca smpi habis. Sila imagine saya membaca penulisan anda sambil tersenyum kambeng.
dalam banyak-banyak artikel Uuuu.., inilah yang paling Iii...suke. aku..eh..Iii suke sebab ceritanya tulus dan lucu banget..eh.I mean its funny. Iii.. dont know Uuu...can write a story. and one more thing, its ur story, so write as U...wish and dont bother about storyline, climax, orgasm or whatsoever..I...wait ur next artcle ya...
helo uols,
terima kasih feedback yang uols bagi. FYI, ni kan isi sebuah surat. Biasala, bila kita tulis surat mesti kita guna bahasa yang paling dalam dari sudut hati kita.
Tapi isi surat ni bukan 100% dari aku ya. Himpunan pengalaman as i said.
nanti kamu akan tau, siapa sebenarnya penulis surat ini.
best2... mau lgik
Haha. Jangan syahdu lagi banyak benda boleh tangkap syahdu contohnya meratapi kehilangan telefon bimbit dan usb modem within 1 week?
Ah, kenangan mmg sentiasa syahdu.
pert helo sayang.lama tak nampak you komen kat sini.
facet, rilek la sayang. nanti kita beli baru ok.
Gaya bahasa, kaedah lontaran idea atau gambaran perasaan... terpulang kepada cara yang kita selesa. Perlu ada mentor. Tapi yang pasti empat elemen penting perlu ada. Iaitu: 1- Pengenalan 2- Konflik 3- Komplikasi 4- Penyelesaian. Surat nko ni belum selesai kan? Hehehe aku pun akan menunggu untuk idea seterusnya. Keep it up sis!
dear bondasumandak:
mmg la belum selesai. Surat ini surat sekuel..hahahaha
entertaining tapi agak 'carried away' in some parts.
anyway im looking forward to surat cyber to you pt 2 & seterusnya. =)
cadangan saya laa untuk surat kamu.kamu harus gantikan itu perkataan "i" kepada "saya".gunakkan bahasa formal.bahasa menunjukkkan perlakuan,sikap,diri kita..
kesian alkisahnya,,,....apapun itu tandanya normal.
dalam dunia ni tidak ada yang 100% keinginan kita.
harus belajar menerima.tq.
dear anon,
sudah jelas isi kandungan surat ini adalah bukanlah bersikap formal pun. saya cuba kluar dari rutin penulisan. mungkin silap saya menggunakan bahasa begini. tetapi tujuan saya, saya lagi suka menyampaikan emosi surat ini.
mmg betul, bahasa menunjukkan perlakuan, sikap dan diri kita. Tetapi harus diingat, dalam dunia penulisan, imaginasi adalah begitu penting. Mungkin kalau kamu lagi kritis, saya rasa kamu akan memahami apa sebenarnya 'emosi' yang cuba sampaikan ini.
anyway Anon. I Like You. Jangan jemu memberi komen.
Post a Comment