Tuesday, September 22, 2009

Surat Cyber Untuk You - Bahagian 2

Surat Cyber Untuk You - Bahagian 1

Masih untuk you yang sesekali dirindui,

Macam biasa. Kalau you tengok email-email yang I kirimkan dulu, I mesti tanya khabar you. Ala, mana-mana surat pun mesti heading bertanyakan khabar. Tapi kali ni tak, sebab I dah tahu you sihat walafiat pun. Sebab tengahari tadi I nampak you kat butik wedding dress kawan I. Masa tu I nampak you sihat lagi, tak tau la di minit-minit yang kemudian kan. I sebenarnya nak jumpa kawan I, pemilik butik wedding dress tu..nak bincang perihal client-client yang nak gunakan perkhidmatan fotografi I. Tapi bila I nampak you (I nampak dari luar butik tru cermin butik la), I tak jadi nak masuk. Nak suruh I berlagak cool ke dan ketepikan soal emosi ke? Herm.. I perempuan, confirmlah I rasa sebak. Hati mana yang tak sebak bila melihat lelaki-yang-selalu-dihatinya sedang mencuba pakaian pengantin bersama bakal isteri di hadapan hati I sendiri. You nak suruh I bersikap profesional? I baru tahu you dah nak kahwin since 3 minggu lepas dari kawan terdekat you. Itu pun setelah I menggunakan kebijaksanaan I mencedok cerita pasal you dari Ivan. Jadi, I mengaku memang kalah pada emosi. Buat apa nak bohong.

Sebelum hendak ke butik wedding dress kawan I tadi, I telah menerima 3 kotak parcel yang dikirim oleh kawan I, Nina. You tau kan Nina? I ada tumpangkan beberapa buah kotak berisi barang-barang I kat rumah dia. Hari tu kan I semacam rush pulang ke kampung halaman, jadi I bawa barang-barang keperluan yang paling penting saja. Salah satu parcel yang I terima adalah CPU komputer lama I. Hanya CPU yang tinggal, devices yang lain, I dah buangkan masa I masih ada kat sana. Nina cakap, why not jualkan saja CPU tu kepada sesiapa. Condition CPU pun masih dalam keadaan OK. I tak sampai hati....teruskan I picingkan ingatan I kepada ingatan memori
ke beberapa tahun yang lepas. Masa tu malam takbir hari raya, internet connection di blok kediaman (kampus) telah terputus. I pula tak balik beraya pun, jadi I tinggal di hostel sajalah. Masa tu you dah janji nak temankan I melalui YM online. I senyum..melalui detik dari tengah malam hingga ke Subuh takbir hari raya itu memang buat I sangat rindu dengan momen-momen berada di kampus. Masa tu I terpaksa mengangkat set komputer I ke bilik kawan I. Selang 3 blok dari hostel I, dan bilik kawan itu pula berada di tingkat 4. Habis...masa tu kan you menjadi 'betapa istimewa' di mata hati I. Kalau si pecinta lain sanggup merenang lautan untuk bertemu si kekasih, I pula sanggup buat 3 trip pergi balik angkut set PC I. Nasib baik blok-blok hostel kediaman masa tu sunyi belaka. Hanya terdapat beberapa orang pelajar yang masih kelihatan, biasalah..mereka pun macam I, tak balik kampung. Asal dapat online dengan you, I lupakan sejenak kepenatan dan kesakitan betis, belakang tubuh I masa nak angkat set PC I ke bilik hostel kawan I. Haih...kesian Love Story I ni. I senyum lihat parcel CPU I tu. I letak baik-baik di satu penjuru dalam bilik I dan sedang berfikir-fikir apa tindakan yang sesuai untuk CPU tersebut. Nanti dulu.. masa berkabung I belum selesai.

Janganlah ketawakan I. I sedang dirundung kesedihan ni. Dulu I selalu ketawakan kawan-kawan I bila dorang frust dalam kisah kehidupan mereka. Kebanyakan memang kes putus cinta lah. I fikir I akan cool, I fikir I kuat mental..tapi I akui I tewas. Dah masuk minggu ketiga dah ni, I masih moody. Jisim badan dah semakin naik, asyik layan makan. I makan bukan sebab frust pasal you. I memang suka makan pun, bila I makan kenyang-kenyang dan sedap pula tu, I akan cepat mengantuk. Dan tidur. Ah, proses biasa mana-mana orang pun kan. I suka layan coklat, betullah kata orang cokelat boleh membuatkan kita rasa tenang. Tapi I lain pula, memanglah I rasa tenang, lepas tu confirm tidur. Oh, makan cokelat membuatkan I jadi mengantuk. Jadi, pembentukan isi-isi lemak memang menggalakan di dalam postur badan I. Apalah nak dikisahkan sangat dengan badan gemuk. As long I tak ada penyakit kritikal, alhamdulillah. Kalau ikutkan lawak lucah-stereotype-orang-kita, beruntunglah perempuan yang badan besar ni sebab banyak air. Kahkahkah...Eh, ini pendidikan seksual kan. Sila berfikir secara terbuka.

Ex- Sayang I,
I tengok sekeping gambar digital you dalam laptop I ni. Gambar you tengah mabuk lepas minum arak. Comel sangat. Masa ni, I rasa you tak adalah pening-mabok sangat. Sebab you boleh layan tengok perlawanan bola sepak English Premier League dengan rilek sekali. You obses dengan Liverpool. You tau semua sejarah pasal Livelpool, plus pasal League dekat sana la. Kalau musim EPL, you akan setting ruang tengok tv dalam kondominium you dengan stuf-stuf dari kelab gergasi tu. You kata, biar semangat sikit nak tengok EPL. I tak tau apa-apa pasal bola sepak, I hanya tau ramai pemain EPL ni hensem-hensem belaka. You akan tengok EPL sambil teguk beer. Memanglah memabukkan. Sayang punya pasal, I temankan you tengok EPL. Gila tak I, bila I cakap I suka bila you mabuk? Bila you mabuk, you akan layan I sangat baik. Tak adalah you mabuk kritikal pun, cuma bila you mabuk, ayat-ayat you semua buat I rasa sangat dicintai. I naif sedikit, orang kata bila mabuk ni ayat-ayat yang keluar dari mulut si pemabok ni adalah benar belaka. I percaya kot. Hari-hari lain you tak pernah pun cakap you sayang I, tapi bila you mabuk, macam-macam ayat-tak-boleh-blah keluar dari mulut you.

Gila. I merasa kasih you pada saat you sedang mabuk. Kiranya itulah yang membahagiakan I. Kalau itu memang dari lubuk hati you....oh!

Ex-Sayang I,
I off dulu. I tau you stalking I. Rupa-rupanya you baca surat cyber ni. Ini I dapat detect you dari mesin IP Detector yang I sengaja pasang secara invisible. I tak kisahlah siapa-siapa dari rumah you yang guna IP you. Tapi I mengharapkan you yang membacanya. You jaga diri. I off.

- - - - - - - - - -- -- - - - -- - - -- - - - -- - - - -- - - ---- - - - --- ---------------------------------
p/s percubaan untuk penulisan bersiri. Harap kamu semua boleh memberikan komen-komen yang bernas. Penulisan ini berkisarkan kisah benar dan sedikit hasil daya imaginasi serta berinformatif. Sila nilai dengan mata hati, bukannya dengan lutut. Dan, semoga terhibur.

Sayang,

Mas Mohd Yunus.

5 comments:

Ron Veronicazo said...

"Gila tak I, bila I cakap I suka bila you mabuk? Bila you mabuk, you akan layan I sangat baik. Tak adalah you mabuk kritikal pun, cuma bila you mabuk, ayat-ayat you semua buat I rasa sangat dicintai."

u hv what it takes 2 b a good writer. keep it up! =)

Owen said...

hehe.. very good. Tulisan perempuan, saya selalu baca awalan dan akhiran ayat dulu. But this one I manage to read word by word. hehe.. Teruskan!!!


Tulisan ni macam novel pro, orang pun tia tau apa mo komen! haha

Perempuan Pemimpi said...

alamak.

adoi.

uols berdua.

puji ka apa ni?

hunny...er.

ewen..er...

ok ok..saya berjanji untuk mencari hidup yang lebih baik daripada semalam.

Anonymous said...

This is to be sadness. You're muslim why you get to helpfull with other person with 'kaki botol'. Sesiapa bersubahat dengan perkara yang membawa kepada dosa. Seperti menemani kaki botol maka sedikit limpahan dosa akan dapat bagi yang sama-sama dalam aktiviti tsb. Bawa-bawa sedar dan jgn nak menambah dosa yang selama ni pun belum tentu dpt diselesaikan dengan bertaubat. Cakap orang yg dah mabuk bukan betul kerana semuanya dilakukan dengan tanpa sedar. Banyakkanlah istighfar dan jgn ulangi lagi dan hampiri kepada melakukan dosa.

Perempuan Pemimpi said...

dear anon,

tiada hidup yang sempurna, dan saya amat menghargai nasihat serta komen dari kamu. tapi saya heran, komen kamu seolah-olah menganggap saya merupakan pelaku di dalam cerita sekuel ini? aduh, seperti yang saya ckp, cerita ini merupakan himpunan pengalaman. tidak semestinya dari saya sendiri.

tetapi, saya sentiasa berfikiran positif, mungkin penulisan saya memberi impak emosi kepada kamu. tentang hal-hal jelas hukum hakam dalam agama dan saling yang berkaitan.

tetapi, pernah ka kamu memikirkan perasaan-perasaan hati sesama manusia lain? saya cuba mengupas sedalam-dalamnya. Saya dipengaruh novel Ayat-Ayat Cinta.

Kerana cinta, manusia meletakkan agama sebagai kepentingan entah di tempat ke berapa. tetapi ada juga manusia yang terlalu mencinta agamaNya. ada juga manusia yang jadi 'separuh-separuh'. ada juga hidupnya kisas..terlalu banyak memikirkan kejadah perihal orang lain.

tapi saya, saya lagi suka menjadi orang yang sederhana.

dan, jangan serkap jarang dengan saya. itu menuduh namanya.

muah.