Thursday, September 17, 2009

Hari Ramadhan Aku.







Bagaimana Ramadhan kamu? Macam aku langsung tak bercerita pasal Ramadhan aku kan. Kali ini aku hampir secara total pada weekdays menghadap Ramadhan di tengah lembah ini. Macam seolah-olah Dia telah menetapkan tempat yang sedikit dingin ini berkesesuaian dengan keadaan kecamok aku. Tak adalah kecamok sangat, tp ada-la sedikit faktor-faktor lain yang mempengaruhi mood seharian aku. Cuaca di sini pada hari siang adalah cerah, kemudian pada sebelah malamnya pula kadang-kadang hujan lebat selama beberapa jam. Mungkin sejuk dingin hujan pada sebelah semalam itu, menjadi penyejuk pada kami yang bekerja pada waktu siang.

Aku sudah pernah berada di kota batu, tidaklah sehebat macam kamu yang sudah berpeluang berada di kota batu yang lain. Kawan-kawan pun bertanya, aku tak rindu pada kota batu itu? Rindu memang yang rindu, tetapi kehidupan baru aku di sini (walau tanpa televisyen) adalah sangat menyenangkan aku. Kadang-kadang setiap hari Jumaat, aku akan berjalan kaki dari kompoun tempat tinggal aku ke Pekan Telupid. Kalau aku jalan belenggang dengan beg berat aku, ia mengambil masa kira-kira 20 minit.

Ah, aku sudah pernah berjalan kaki lagi jauh dari ini. Lagi banyak 'gangguan' semasa di perjalanan. Tetapi suasana di sini, jauh dari wajah-wajah urban membuatkan aku terasa chemistry aku memang sangat sesuai sekali. Sekarang ini aku belum berpeluang mengambil gambar saat-saat petang di sini. Belum berani beb. Tapi insyaAllah, satu ketika kamu juga boleh merasa 'emosi aku' dari gambar-gambar yang kamu lihat.

Ramadhan di sini sungguh menyenangkan. Biarpun aku amat jarang-jarang mahu ke Bazaar Ramadhan yang berkapasiti 20 buah gerai, tapi aku amat senang memasak sendirian di rumah. Apa la sangat susahnya tidak merasa hidangan-hidangan sedap dan lazat dari mana-mana bazaar. Setiap hari Isnin, aku berbondong plastik bekalan makanan aku untuk seminggu aku bawa pulang ke Telupid. Tak ada susahnya pun. Cuma, aku sudah kurang pengambilan ikan dan ayam, jadi bila balik ke Sandakan barulah aku menikmati lauk yang bukan rutin harian aku di sini. Aku sekarang lagi banyak makan sayur-sayuran. Bagus juga, ini boleh melatih aku supaya mengurangkan kolesterol di dalam badan. Aku berfikir-fikir mahu membeli peti sejuk, tapi tunggulah sedikit masa lagi. 1st thing 1st.

Pada 3 hingga 5 Oktober 2009, aku akan berada di Semporna. Tujuan utama adalah untuk menikmati si Sipadan. Kemudian 24 hingga 26 Oktober 2009, aku akan berada di Tamu Besar Tahunan Kota Belud dan Pesta Gong di Matunggong, Kudat. Kalau berkesempatan, aku mahu ke Simpang Mengayau juga. Setakat ini, hanya seorang kawan berkomitmen mahu menyertai event persendirian aku ini. Kamu juga boleh ikut sama, aku mengalu-ngalukan kalau kamu mahu ikut bersama. Kos, tanggung sendiri la kan. Yang penting ada semangat setia kawan dan available untuk susah senang bersama. Hahahaha..Bajet kos aku akan cari pada yang paling rendah.

Jadi, bagaimana Ramadhan kamu? Ah, aku sudah puas membaca di blog kamu. Jadi, selamat mengakhiri bulan Ramadhan dan semoga bergembira di Aidilfitri, minggu depan.

Tinggal ya.

Sayang,

Mas Mohd Yunus.


p/s Gambar-gambar di atas diambil dengan menggunakan teknologi telefon bimbit.

1 comment:

Anonymous said...

selamat hari raya aidilfitri, maap zahir & batin. oh~ pu3 sandakan.. hohoho~