Tuesday, September 8, 2009

Hari Ini - Kota Kinabalu Bhgn. 2


Sebenarnya ini baru kali pertama aku menjejakkan kaki secara total (er..) ke Kota Kinabalu. Sebelum ni pun, aku ke KK hanyalah untuk transit flight dari Sandakan ke Kuala Lumpur. Dulu-dulu tak ada flight direct ke Kuala Lumpur dari Sandakan. So, tetiba aku rasa aku nak pergi KK. Bukan tiba-tiba pun, sebelum ni ada perancangan. Aku nak travel ke 24 buah daerah kecil seluruh Sabah, dan akan dihabiskan sebelum Januari 2010. Memanglah aku bimbang soal keselamatan ke apa, tp lama-lama aku naik fed-up dengan ketakutan aku ni. Jadi, aku jalan sendiri sajalah.

Perjalanan dari Telupid ke Kota Kinabalu mengambil masa kurang dari 5 jam. Korang tau kan Telupid ni berada hampir betul-betul ke tengah bahagian Sabah. Laluan yang dilalui adalah kawasan gunung ganang dan berbukit bukau. Jadi, sepanjang jalan sedikit dari Telupid - Ranau - Kundasang dan sebelum masuk ke daerah Tamparuli, jalan memang berbelit gila la..serius. Masa kat jalan ular, aku tak lah pening sangat. Tapi bila dah masuk ke Tamparuli, jalan biasa aku dah stat fening-fening. hahaha.. Aku tak putus-putus text kawan aku, utk mengetahui sedikit tentang KK ni. Serius, aku zero bab KK.

Aku paling suka bila aku berada di kawasan Kundasang. Angin di situ agak kuat dan ofkos la memang sejuk pun. Aku yang berada dalam bas pun boleh rasa peningkatan kesejukan dalam bas. Betullah cakap orang, Kundasang merupakan Switzerland versi Malaysia. Tapi aku tak sempat snap pun. Maklumlah aku ikut public kan. Aku sampai di perhentian bas utama Inanam dalam sekitar pukul 12.30 tengahari. Kemudian, aku ambik teksi dan menuju ke Gaya Street. Aku minta pendapat kawan aku, utk cari penginapan yang murah tapi centralized. So, aku menginap 3 hari 2 malam di Summer Lodge, Gaya Street. Condition agak baik dan aku suka.
Aku berbuka puasa dengan kawan chatter aku (selama 4 tahun lebih kurang) di Center Point. Aku lupa nak snap gambar dia ni. Nama pun Enelya. Nanti next, aku pergi KK dan jumpa dia semula. Makanan di Center Point pun agak sedap dan masih dalam range murah.

Sebelah malam pula, aku jumpa dengan kawan-kawan chatter room Sabah. Hahaha..memang la aku datang mengejut, tapi tak sangka pula aku bleh jumpa antara kawan-kawan chatter yang 'rapat' di dalam room. Aku pun berpeluang tgk Baby Celica yang agak retro tu. Mula-mula kitorang lepak sementara tunggu kawan-kawan lain tiba di Kedai Kopi Daily, Gaya Street. Maklumlah, ada antara dorang ni bekerja kan. Lepas tu barulah pergi dinner dekat Tanjung Aru. Tepi laut...memang bagai gegak gempita bila dah berjumpa. Habis selama ni, hanya 'jumpa' dekat chatroom kan. Anyway, aku memang happy la dapat jumpa dengan dorang ni.

Bersambung.

7 comments:

KeMatZ said...

ko first time jejak kaki di bandar KK.... ishh ishhh ishhhhhhhhhh

Mas Mohd Yunus said...

no kidding.

Anonymous said...

Ui mas.. gue pun baru settle di KK ni..
Aku baru kerja di sini.. ndak sampai sebulan ponn..Ko sampai bila coti2 malaysia ni?

Ah Chi

dOn said...

hahaha.. samalah.. tmpt persinggahan sementara tuk naik flight...

so.. next year haku mmg sudah berazam sambung studi d kk.. n ronda bhgn kk dan seangkatan dgnnya..

ngee~ bhgan tawau hampir smuanya sudah dironda..
tinggal bhgn kk jak nieh...

Mas Mohd Yunus said...

chi - haris ada bgtau aku tadi

don - helo bro

Madu Beracun said...

layout baru ni saya suka. :D
dan oh, gambar-gmbar tu, saya jeles.

Mas Mohd Yunus said...

hunny - kalau kamu ada..