Tuesday, September 15, 2009

Hari Ini - Kota Kinabalu Bhgn. 4

Songkok Wak Joko, comel ja.

Aku jadi sayu bila dengar gesekan biola pokcik ni.. Bonggoooo!

Ahahahaha.... ;)

Angkat kamera tinggi-tinggi dan snap!

Jumpa di Pesta Gong, Matunggong pada 24 Oktober ini !

Masa ni aku baru sedar, kat tepi kerumun pakcik ni ramai photograper sedang shoot pakcik ni. Aku slamba ambil angle cam ni :)) hahaha aku yang tak tau malu, atau pun photographer yang len tu yang malu2? Jeles tak angle ni? Pakcik ni buta pun, tak nampak ko amik angle dia cam ni.

Lagi selamba! Bila aku nampak fountain ni, aku terasa cam kat Melaka pula. Akak tu selamba ke tekejut bila aku snap gambar dia ni? Guess so? :-?

Lamanya nak update. Nak kata kau bz, tak juga. Nak kata bz 'berladang di Farmville' pun tak juga. Tapi serius, aku memang gila main Farmville. Hahaha.. ok, gambar-gambar di atas merupakan keadaan di Pasar Tamu Jalan Gaya (Gaya Street), Kota Kinabalu. Aku balik ke Sandakan pada hari Ahad, kebetulan pasar tamu ini memang diadakan pada setiap hari Ahad. Oh, memang best beb! Lokasi yang berada di Jalan Gaya ini dan kelihatan sedikit sempit, begitu memeriahkan keadaan pasar tamu ini. Terima kasih kepada kawan sekolah Stacey Lojuman yang sudi menemankan aku berjalan-jalan di pasar tamu yang diangkat antara yg menarik perhatian pelancongan utama di Sabah. Bangunan di sekitar pasar tamu ini memang sangat menarik, ada yang mempunyai pengaruh barat, pengaruh dari China tak kurang juga deretan restoran Italian. Oh, cakap apa saja, di sini semuanya ada. Macam aku ckp, San Francisco Cafe, Coffee Bean, Starbuck Cafe, kedai kek, kedai ubat-ubatan cina...etc etc...semuanya ada. Kira-kira orang yang macam aku ni, yang menggilai Starbuck, bolehla aku lepas gian dengan datang ke sini. Hahahah.. di Sandakan tidak ada :P tapi Italian restaurant ada ok! ;)

Gambar-gambar yang aku snap ni, merupakan objek2 yang agak 'rare' di mata aku. Aku memang suka mengunjungi pasar-pasar seperti pasar sayur, pasar ikan, pasar tamu dan pasar er...segala pasar la. Cuma aku belum kunjungi pasar jual babi saja. hahaha...Eh kalau ada kesempatan, memang aku nak pergi. ;) Antara pasar yang betul-betul aku nak kunjungi adalah Pasar Siti Khadijah, Kelantan. Tak pernah sampai lagi ke Pantai Timur Malaysia (semenanjung). Ada kawan mahu meminta tips bagaimana mahu mengambil gambar. Hadoi, aku cukup segan beb! Dah la kamera dslr aku paling minima, member tu pula guna d300, tapi dia tetap nak minta tips.

Baiklah juga aku berkongsi tips di sini. Tapi aku tak boleh berkongsi dari segi teknikal. Aku memang failed bab ni. Kau cakap ISO -apa-tah memang aku tak bleh jawap. Aku sendiri masih dalam proses belajar teknikal kamera ni! Tips-tips :

1) Tunjuk muka selamba bila pegang dslr - meskipun kau baru beli dslr semalam, masih bau kedai, tapi kalau ko nak ambil gambar dekat public..ko kena la tunjuk muka selamba beb. Aku boleh kesan ciri-ciri orang yang baru nak pegang kamera. Hahahah.. skil pegang kamera pun kena tau. AKu pun tatau, tapi aku tak ada lah pegang kamera dslr macam pegang kamera biasa. Tangan kanan pegang shutter, tangan kiri pegang lense. Jangan sesekali tangan kiri ko pegang kat tepi body kiri dslr. Adeh...ini ingatan kepada pemilik dslr ok..hahahaha..sebenarnya, kepentingan pegang lense adalah supaya gambar hasil gambar ko tak la 'gegar'. Dulu masa kat Brunei, aku pegang kamera 5D pun, terasa berat. Sengal bahu beb.

2) Ko rilek bila orang sound kau - ini ingatan bila ko berada dekat public. Biasa ah tu kalau ko kena sergah-sergah. Tak semua orang awam tahu tentang minat kita. Rata-rata mereka akan cop ko sebagai wartawan. Almaklumlah kan...tapi nowadays, orang kita dah mulai faham. Jadi, ikut tips aku no. 1 di atas. Kadang-kadang ada orang yang saja nak test kita. Ingatan aku, jawab guna otak, jangan guna pisau.. kahkahkah. Ada yang sengaja simbah petrol kat kau, tp ko kena bertindak rasional ah. Kalau kau rasa tempat tu sedikit bahaya, bagi senyuman dan cepat-cepat beredar. Selain nyawa, kamera pun 'nyawa' juga taw! Tangis darah kau nak beli balik (kalau kau bergaji-cam-aku, memang payah nak dapat la)

3) Berlatih, berlatih dan terus berlatih - Biarla mak ko mengamuk kat ko, tengahari buta berjemur kat tengah panas semata-mata nak shoot bunga-bungaan mak ko, biarlah jiran ko kata ko gila sebab nak shoot muka anak ayam yang kecil tu. Eh, kalau ko nak ambil benda-benda spesifik macam tu, ko kena bagi gerak-badan seperti tertunggang, terbalik, terbaring, ter-ter-ter sebagainya baru ko boleh dapat angle yang bagus dan hasil yang bagus. Lainla kalau kamera kau ada live-view kan (kamera aku tak ada :( ). Kau jangan peduli kata orang. Ikut tips pertama, tunjuk muka selamba bila pegang dslr, ikut tips kedua; kau rilek bila orang sound ko, kemudian ikut tips ketiga. ok ;) Prektis meks perfek ok.

4)Kalau malu bertanya, sila rajin surfing - whahaha... ko dah tak sesat jalan dah sebenarnya dengan adanya internet ni. Tapi jangan pula anti sosial. Macam aku ni, tak ramai kawan-kawan terdekat yang ada dslr, ada pun kebanyakn new-babie cam aku ni. Jadi, aku kena berusaha sendiri nak belajar guna dslr. Ada kemudahan internet tu, kau surfing la sambil-sambil tunggu tanaman farmville ko nak membesar. Banyak contoh-contoh dan tips2 menarik kat internet ni.

5) Belajar adobe photoshop - aku tak pasti software lain. Aku dah membesar dengan AP ni. Lagipun aku edit suka-suka-hati-nak-apa-pun. Dulu aku pun macam orang lain. Suka sangat nak jadikan gambar tu ke arah photographic Sekarang ni aku lagi nak memelihara 'ke-natural-an' suasana gambar tu. Jadi, aku tak berapa nak belajar HDR ke hapa. Tapi, aku akan belajar HDR juga, suatu masa ;). Sekarang ni, aku lagi suka nak sampaikan emosi aku melalui gambar. Jadi, kalau nak minta ajar pasal HDR, jangan kat aku ya. Tak kisahlah kau pakai versi AP apa pun, yang penting kesungguhan ko ada. Aku suka orang yang rajin nak belajar ni.

6) Jangan kondem hasil kerja orang lain - ko kena ikhlas beb kalau ko nak ambil gambar. Jangan ko baru pegang dslr seminggu, dah kira-kira nak suru orang bayar hasil karya ko pula. Ini terutama bila kerja-kerja kawen. Orang yg kawen ni skali je majlis nya (buat masa tu la). Kau kena belajar mengedit yang bagus-bagus. Kang muka pengantin nampak kelabu pula bila dah diedit. Ini banyak berlaku pada new-comer (aku pun masih new-comer juga). Serius beb. Belajar bersungguh-sungguh ok. Aku pecaya hati yang ikhlas nak ambik gambar, komfom outcome kau bleh nampak bagus. Ececeh, macam bagus je aku ckp ni!

7) Ambek gambar, tangan kena cepat selari dengan otak - Ini ko kena praktik bila ko nak jalan2 kat pasar tamu ke.. tak semua orang tau minat kita kan. Tapi latihan ni bleh ko buat bila ko dah stable pegang kamera. Maksud aku stable, gambar ko tak gegar-gegar dah. Aku ckp cam ni sebab , kau mesti rasa sumting bila orang perati ko ambil gambar. Jadi, sediakan diri kau nak tempuhi keadaan tu, aku komfem kau tau apa benda ko nak skop kan. hehhehehhe..kan ko dah belajar dari surfing2 kan, jadi bila outdoor, ko dah bleh set apa angle ko nak ambil. Tapi bak kata Saiful Nang, Just Shoot!

Ada lagi kot :-? Nanti sambung.

p/s: Suasana Pasar Tamu Jalan Gaya ini sangat menggembirakan.

2 comments:

TheOnlyRockHead said...

Walaupun saya mempunyai 2 versi Photoshoppe, tetapi entah la, mcm tak minat nak adjust2 pics yg telah saya snapped. Saya suka neutrality seadanya, tampa touching-up, tampa pengubahan.

Itu pandangan saya, mungkin tidak sekata dgn Putri.

Perempuan Pemimpi said...

dear bro rock,

dulu saya berpendapat teguh macam bro. tapi, saya sedar saya juga punya keinginan utk memiliki kamera yang jauh lebih canggih daripada sekarang. Jadi, saya tidak jujur di dalam penghasilan karya2 saya. Tetapi, sebenarnya saya lebih ke arah penyampaian emosi gambar-gambar saya. buat masa sekrang ni, contoh gambar2 di atas, hanya tepian yang saya edit (sedikit penggelapan di sisi tepi), tetapi objek utama itu mmg adalah hasil daripada setting pertama kali. tiada tacap pun.

saya boleh tunjukkan beberapa hasil yg ori dan yang sudah ditacap. tetapi keajaiban utk mendapat gambar yg sangat menyentuh level kepuasan mungkin berlaku di dalam kemungkinan 1:10.

dear bro,
terus terang saya katakan, kalau kena gayanya, gambar-gambar kita sebenarnya tak payah edit pun. dan itu biasanya kita dapat dari setting2 dalam kamera itu sendiri ;) dan salah satu sebabnya *kemungkinan* gambar saya nampak berkilau adalah penggunaan background hitam pada blog saya.

erm.tricky katakan... hahahaha.