Betul kata Sarah Is The One, mengharapkan orang lain menjadi seperti kita memang sesuatu yang amat gila. Betul kata Haris, 'mas, kau tak payah pedulikan mereka tu. Bergaul dengan atasan tapi jangan sampai tak peduli dengan bawahan pula.InsyaAllah kau akan selamat'. Cuma perlu bersabar dan tunggu hasilnya.
Hari itu aku diberi peluang mengikuti trip ke Tampasak. Kawasan luar bandar @ pedalaman yang dikatakan sedikit ekstrem. Tapi aku terlewat 3 minit, lalu ditinggalkan. Jadi, aku hanya di ofis seperti biasa, petang itu ofis aku dikunjungi oleh pegawai yang lain. Mengadu perihal pembantu-pembantu mereka yang membuat masalah. Makin bertambah rumit.
Mereka itu, yang jadikan aku jadi seorang survivor di tempat ini.
Kata si Pegawai 'Mas, saya tengok keadaan kamu sekarang ialah 3 lawan 1, kan?'
'Ya, Encik. Tapi biarpun saya begitu, saya survive kan?' - ada sedikit riak di situ.
'Begitula yang saya nampak. Nasib baik kamu tahan hati kan?'
'Saya hanya mahu bekerja di sini Encik. Hal-hal lain saya kurang mengambil berat.'
'Tapi Mas kan sudah dilantik jadi ketua di kalangan mereka, tahu kan hakikat tu?
'Ya, Encik. Sebab itu, saya survive sampai hari ini. Sudah 2 bulan. Saya diberi mandat untuk menguruskan pejabat ini. Jadi, saya hanya tumpukan pada kerja saya. Plus, sosial saya di kalangan kawan-kawan memang amat kurang. Masing-masing belum kenal hati budi. Saya percaya perlantikan itu memandang kemampuan diri saya. Tapi dalam masa yang sama, saya tekanan menghadapi beberapa orang yang seolah-olah membenci saya'
'Tak apa. Saya mahu buat aduan ni ...bla bla bla bla...' Beliau mula memberitahu beberapa perkara.
Aku tak takut, aku ada pakcik-pakcik di jabatan sana - <-- ini statement ko memang macam tahi.
Pandai-pandai pula dorang marah, mari aku call jabatan - ko tak sedar limitasi ko macam mana
Ko tak ajar aku buat kerja pun <-- ini buat ko sangat macam bodoh, sedangkan ko dilantik menjadi seorang pekerja. Jadi ko harus pandai bertanya kepada atasan ko sendiri.
Ah banyak lagi.
'Satu lagi Mas, saya tengok dia rajin menolong orang lain. Tapi bila dibelakang dia akan mengutuk orang tersebut.'
'Er.. dan suka bermulut-mulut.'
Mampos~ aduan telah diterima. Dan ini akan aku bawa ke dalam mesyuarat kami selepas sekembali aku dari Kuala Lumpur.
Dang Yunos akan melalui seisi konvokesyen beliau sendiri. Sudah tamat belajar, boleh berjoli-samba dengan duit gaji sendiri. Sekarang pun beliau sudah bekerja. Alhamdullillah, rezeki datang sebelum masanya.
Adik bongsu aku akan menamatkan sesi latihan ketenteraan beliau. Tarikh telah ditunda lewat seminggu dan sudah tentu aku tak dapat pergi pun. Alhamdulillah, rezeki datang terlalu pantas.
Mudah-mudahan Allah terus menyayangi keluargaku, ibubapaku, adik beradik ku dan diri ku sendiri.
Aku berdoa kepada kamu, saudara-saudara ku, kawan-kawan ku,semua orang dan sesiapa saja.
Perihal mereka yang membenci aku, aku tak kisah. Kesilapan aku sangat banyak dan ini mengajar aku supaya menjadi seorang sabar. Ok Mas, bersabar ya.
p/s Mimau hilang, aku bersedih.
p/s/s Aku mahu ke hospital buat pemeriksaan. Sudah 2 hari aku demam.
Kamu semua, semoga gembira ya.
4 comments:
semoga demam biasa saja..
pedulikan lah dorang tu mas...janji ko buat keja ngan sungguh...biasa org camtue itu jeles atau nak kita berhenti keja...semoga tabah hati.. lihat pada tayar yg berputar dan kaki tidak setiap kali melangkah kiri kanan....begitu juga kita tidak akan selalu susah yg pasti satu masa kita akan senang juga...sesungguhnya ia diiring ngan usaha dan ketabahan pada diri kita...peduli dorang yg tak senangan mu....
Terima kasih mendoakan kami semua Mas..
Sabar banyak2 Mas.. biasalah orang2 di sekeliling kita ni... ada yang best , ndak best, perasan best..
Aku doakan ko dan semua orang di dunia ini bahagia..peace all!!
Geng Bas Sekolahmu dulu2,
Jian The Tausug ngehehe.. :)
kak raM : aku lupa bgtau aku ada ilmu kebal perasaan hahahahah
jian : ya besabal suda aku ni nak. lek ja ni =))
hope all sucsess at ur work sis...
hehe...
mmg lawh toe... baru 2 - 3 bulan... blum laek dorang kenal hati budi sis mas.. xP
Post a Comment