Wednesday, August 5, 2009
Kesan-kesan dari petang yang luarbiasa.
Teman lama ini kata, aku kerap mengambil gambar yang dikategorikan sebagai pelik-pelik. Erm, kat ofis aku pun, ofismate pun cakap macam tu. Bagi aku tak ada la peliknya pun. Aku masih ada sedikit sikap berdebar-debar bila ambil gambar orang. Jadi aku layanla ambil gambar benda2 lain. Lagipun aku bukan pengikut trend pun, aku lebih suka buat hal sendiri dalam fotografi ni. Kalau ikutkan hati, nak la beli kamera yang lagi bagus. Tapi, buat masa terdekat ni, mungkin tidak. Sebab aku masih berpuas hati dengan hasil D40, walaupun banyak perkara berkaitan aku masih buat dalam bentuk manual.
Dan, aku mahu berjinak-jinak dengan lomographic dan kamera filem pula. Hahahah..
Hari ini aku dah start bercuti, esok aku dan parents akan terbang ke Kuala Lumpur. Aku rindu Kuala Lumpur, aku rindu suasana di sana. Aku tak pernah terfikir untuk tinggal di sana dalam jangka masa yang lama sekali lagi. Tapi aku punya rakan-rakan yang sangat baik dan sempoi, dan rindu sangat dengan dorang.
okla. typing off dulu. mahu balik dan packing. Hanya backpack dan beg kecil untukdslr. Selera minimalis kan. hahahah.
p/s aku sudah bertanyakan perihal itu kepadanya. Tapi tiada jawapan seperti kali pertama aku bertanyakan padanya. Dan, aku terus melalui hari-hari selepas itu dengan 'eyeliner yang bertambah 0.1 mm' ...hahahaha..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
superb.
Post a Comment