Sunday, August 16, 2009
Magis seterusnya, bilakah akan berlaku?
Selamat berjaya kepada semua. Macam aku sedikit malas mahu meng-update entry beberapa hari ini. Aku masih menanti magis-magis kehidupan selepas ini. Rabu lepas, aku baru balik dari Kuala Lumpur. Amat menakutkan (dan kebodohan diri sendiri), berjalan-jalan di LCCT tanpa memakai mask pencegahan jangkitan wabak yang popular itu. Aku lihat hampir semua orang yang berada di situ langsung tidak memakai mask. Aku mencari tempat di mana mahu mendapatkan mask. Dan, upset. Bodoh sendiri tidak mahu membeli awal-awal sebelum datang ke lapangan terbang.
Aku kembali ke Sabah, tanpa di sini ada ibu bapa seperti selalu. Mereka masih sedang berada di Semenanjung, dan telah selesai menghadirikan diri ke majlis istiadat tamat latihan tentera adik aku yang bongsu. Alhamdullilah. Macam yang kamu mungkin tahu, sepatutnya majlis itu kebetulan serentak dengan majlis konvokesyen Dang Yunos. Tetapi, atas sebab tertentu yang aku tak tahu, tarikh majlis tamat latihan itu berlangsung pada 15 Ogos pula. Ini membuat aku sedikit terkesima sebab tak dapat menghadiri event ini disebabkan cuti yang amat terhad.
Sekembali aku dari Kuala Lumpur, keesokkan harinya aku pergi membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Telupid. Ini satu tanggungjawab sosial kepada semua orang, mana tahu aku telah dijangkiti virus itu. Lagipun beberapa hari sebelum iti, aku mengalami demam beserta selesema. Ukuran suhu badan aku mencatat 36.9 darjah, doktor menegaskan dan memberi kebenaran khas kepada aku untuk mengkuarantinkan diri di rumah selama 2 hari. Hanya suspected saja, tapi cukup memberi keadaan panik kepada aku. Hei, jumlah kematian semakin meningkat ok, jadi aku takut untuk mati. Ini ditambah lagi kepada khabar-khabar berita yang 'disembunyikan', aku memang panik sekarang ini.
Aku ragu-ragu. Samada aku mahu berada di Telupid atau tidak hujung minggu ini. Aku sedikit terasa bila kawan-kawan sepejabat membuat 'muka' kepadaku. Namun, aku buat biasa saja sebab aku sendiri cukup maklumat tentang perkara menakutkan ini. Kebetulan bilik pejabat aku berada di posisi terkebelakang, jadi aku hanya buat kerja walaupun aku mendapat cuti khas dari doktor. Bukan tunjuk rajin, sememangnya ada kerja yang perlu dibereskan kerana isnin nanti, ada mesyuarat khas untuk pejabat. Sebenarnya Khamis lepas memang aku sedikit tertekan. Bukan saja soal virus itu tetapi tekanan oleh perangai kawan-kawan serumah (yang juga rakan sepejabat).
Macam aku naik muak dengan perasaan macam ini. Kamu bayangkan aku balik ke rumah dengan keadaan rumah yang tidak sempurna. Bila mahu ke dapur, mahu memasak untuk makanan tengahari, aku melihat tompokan najis kucing yang sudah kering di atas lantai. Selera makan yang tadi lapar, sudah menjadi macam 'apa'. Malam itu aku mahu meminjam cable extension dari rakan sebilik (cable aku rosak). Aku msg dan meminta keizinan untuk ambil di bilik sebelah. Lagi aku bengang, bila melihat timbunan bekas pinggan mangkuk aku (yg sudah digunakan) di dalam bilik itu. Aku semakin berperasaan macam mendapat 'kesialan' bila melalui perkara macam ini. Aku juga seorang pemalas, tapi masih tahu adab bila 'berumah' dengan orang lain. Sungguh fuck, bukan?
Aku sudah malas berfikir yang tidak bagus. Bila berada di rumah, aku lagi banyak mendiamkan diri. Lagipun memang aku malas mahu bersosial dengan rakan-rakan serumah. Sudah seharian menatap muka yang sama di pejabat, jangan pancing 'rasa' aku untu menyambung semula di rumah. Bagi aku, bila berada di rumah, maknanya privacy aku adalah untuk aku. Jangan pandai-pandai cakap aku ini berperangai pelik. Aku malas mahu memikirkan benda-benda menjengkelkan macam itu.
Sedangkan entry ini pun boleh menjengkelkan kamu kan. Ya, aku memang menjengkelkan.
p/s terima kasih kepada kawan-kawan yang bertanyakan khabar melalui facebook, YM! dan sms. Aku semakin pulih dari demam. Aku hanya berada di dalam bilik (di sandakan), sebab makcik dan suaminya berserta 2 orang cucu lelaki yang sangat hyperactive juga berada di rumah ini.
p/s/s Semoga ada magis pada hari Isnin ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment