Sunday, August 23, 2009

Haip! Kamu!


Agak 'terasa' bila nampak gambar2 di atas. Aku tiada pada masa itu disebabkan tarikh majlis tamat latihan telah di pospont ke 15 Ogos yang lepas. Hanya DSLR sebagai pengganti aku ..hahahah... gambar-gambar di atas bukan aku yang shoot tau. Aku pun tatau antara dorg ni yang shoot. Cuma aku edit sedikit gambar2 ni, supaya nampak lagi KICK. Kick tak kick, harap korang suka. Oh ya, Ramadhan kamu macam mana? Sudah masuk hari ke 3 kita berpuasa, aku harap semuanya baik-baik belaka ok. Mana yang tak baik, kita tukarkan jadi yang lebih baik. Bersikap inovatif macam Orang Jepun. Mana yang baik, kita tambahkan lagi menjadi supaya kehidupan kita lebih baik dari hari-hari sebelum. Okek?

Mahu cerita apa ya? Oh, begini. Pahit rasanya apabila kita terpaksa mengaku sesuatu benda yang tak betul.

Adik keja mana
Orang apa ya. Oh abang pun orang Suluk juga
Untung sapa yang dapat adik ni, nak tak dengan abang?
Kampung kita dah dekat, bleh la pinang adik kan.

" Saya dah nak kawin hujung tahun ni, bang"

Hah, jadi adik ni tunang orang lah?

" Ya, macam tu la."

Suasana jadi diam. Abang tadi tu lurus menuju ke depan.

Pertama, aku malas orang menyoal peribadi aku. Kedua, aku rimas bila disoal benda-benda begitu. Ketiga, aku mesti menyelamatkan 'keadaan' aku sendiri. Mentang-mentang aku sendirian, bleh pula kena tanya soalan macam tu. Tapi ya, pahit sungguh kata-kata tersebut. Mana taknya, kena mengaku benda yang tak betul. Hoi, doakan yang baik-baik untuk aku ya. Mana tahu, hujung tahun ni ada makan nasi minyak kan? Langit tengah 'terbuka' ni. Tapi bagi side aku, aku masih single dan mingle around haahahhaha. Apa pun, aku tengah mencari kekuatan sekarang ni. Ada Cerita Lain yang mahu aku laksanakan.

Abracadabra !

Jaga diri baik2 ya. Salam Ramadhan.

1 comment:

Bondasumandak said...

Respon! Respon! Respon!
Gambar 1, 2, & 4 - SM Mahat Amik. Hehehe tu yang banyak unsur-unsur Bangga Diri. 3 & 5 aku lah yang rakamkan. Tak ada skill maklumkan bukan kamera sendiri kan? Hehehe. Nyway, nice editing.