Wednesday, August 19, 2009

Waktu, ITU.

Dan sang suara pun memanggil aku, yang melintas menundukkan kepala meratap bumi,

Sunyikan suara dan laungan mu, bukan watak itu.

Setiap hari aku memandu dengan telinga yang menghirup melodi sama kekal. Sebenarnya roda kereta tidak jejak jalanraya. Kerana aku terbang.

Melayang - layang bersama melodi. Mengangkat aku dari realiti. Untuk lari.

Kalau di bumi, aku tak mampu senyum. Kecuali sedang terbang, sedang lari. Babak - babak dengannya aku heret sekali ke langit.

Waktu itu. WAKTU ITU. Semuanya di dalam waktu itu. Aku mahu waktu itu, LAGI.

Takpalah.
Hati, jangan paksa aku, please.


_____________________________

Ini kali pertama aku begitu teruja membaca ayat-ayat sebegini dari seorang Melayu. Kamu mesti kenal dia.

p/s Hati, jangan paksa aku, please.

2 comments:

KeMatZ said...

unexpected... ko baca gak blog dia ni..
apa yang peliknya... ayat itu dari seorang melayu...

Mas Mohd Yunus said...

kemat : hahaha, aku jumpa link dari Hanis Zalikha. aku bersebab suka baca blog ZA ni.

apa yang peliknya..ayat itu dari seorang melayu <-- ini soalan ke apa?