Pagi ini saya bangun dengan sedikit rasa kelegaan. Seperti biasa, sebelum mahu ke kamar mandi, saya akan blogwalking, tinjau fesbuk dan baca online newspaper. Sekadar mahu sedikit self-brainstorming sebelum mahu ke tempat kerja, seperti selalu. Oh ya, saya seorang yang sudah biasa bangun seawal 5.00 pagi setiap hari. Hanya bermula pukul 7.00 pagi, saya serius untuk BANGUN dari tidur. Bagus juga dengan keadaan seperti ini, mudah-mudahan ini sebagai satu langkah untuk menjadi seorang yang taat kepada suruhanNya. Er, dalam usia seperti ini, saya masih berat dalam hal itu.
1, 2 pagi yang lepas, saya bangun dalam keadaan yang kurang selesa. Otak saya macam dalam keadaan blur. Pada sepanjang hari bekerja dan sebelah malam, pantang ada ruang saya mesti ligat berfikir tentang keadaan-keadaan yang telah berlaku sebelum hari-hari pagi itu. Sebenarnya tidaklah besar sangat isu tersebut, tapi kali ini isu tersebut buat saya sedikit emo. Tapi luaran saya nampak seperti Sekhmet, si Dewi Perang versi Mesir, jadi orang tak tahu pun apa yang saya tidak selesakan.
Saya frust bila menghadapi pertuduhan-pertuduhan yang tidak benar sama sekali. Biasanya, saya akan menghentam kembali perkara seperti itu. Pantang ada ruang kosong, saya akan maju berisiko. Tapi kali ini tidak. Saya simbah minyak dan bakar pertuduhan-pertuduhan itu dengan rasa ego, seolah-olah saya memang melakukan perkara yang dimaksudkan. Biar dia gembira kali ini, padahal bukan itu yang saya mahukan terjadi.
Memang rasa sakit bila terjadi hal seperti itu. Saya mencari-cari punca kenapa saya menjadi begitu. Kerana itu sepanjang 2 kali pagi, saya bangun dengan otak sedikit blur. Akhirnya saya tahu, kenapa saya jadi begitu. Seperti biasa, saya berahsia. Kerana perkara rahsia adalah perkara romantika. Yasmin Ahmad sudah tidak ada untuk membuai perasaan saya.
p/s Beri aku masa sedikit lagi untuk melepaskan perasaan-perasaan romantika itu secara total. Aku sudah memenangi peperangan jiwa itu. Aku akan lepasi medan ini dengan rasa penuh bangga biarpun di sudut sana aku akan sayu-perasaan melihat kau pergi dengan kekalahan.
:)
2 comments:
Mas,
Habiskan novel kamu cepat. Nanti saya cuba usahakan sesuatu. Ada rezeki, adalah novel ditulis oleh Mas Mohd Yunus terbit di pasaran! Atau mungkin kamu mahu menggunakan nama pena yang lain....misalnya Pujangga Cinta (oh, tak boleh terlalu meleleh ke dalam). Telupid Girl pun saya rasa ok juga....ahaksss
cikgu metal : aduh, kekuatan itu belum timbul-timbul lagi. Tunggu saya dapat petunjuk yang benar-benar membenarkan saya menghabiskannya. Aum!
Post a Comment