Saturday, July 25, 2009

Mesin Suling Perasaan.

Aku jumpa kitten ni kat salah sebuah restoren di Telupid. Aku bawa balik Si Mimau ni balik ke rumah aku di Sandakan. Oh, mereka bertiga berkawan baik, Piwi dan Bobo!


-----------------------------------------------------------------------------


Bercakap tentang hubungan dengan lelaki yang rapat dengan aku.

Dulu, aku memang takut kalau si kekasih sudah menunjukkan tanda-tanda macam menidakkan lagi hubungan kami. Oh, aku single sekarang. Aku sudah ada satu cara senang sekarang, tapi aku tak boleh pecaya sangat, walaupun benda ni dah terjadi berkali-kali (taklah banyak kali pon). Bila aku berpacaran (dulu), sekiranya aku termimpi bf aku tu, komfem 2, 3 minggu lepas tu kitorang akan putus. Mimpi maksud aku seperti keadaan berbual-bual tak pun, aku mmg mimpi muka bf tu la. Begitu juga, sekiranya aku mulai rapat dengan lelaki dalam konteks mahu berhubungan kekasih la kononnya, kalau aku termimpi saja, hubungan tu tak kan menjadi. Jadi, lama-lama aku takut akan mimpi.

Tapi kali ini, aku sudah tidak bimbang lagi kalau si lelaki menunjukkan ciri-ciri menidakkan hubungan kami. Sudah berkali-kali, sudah imun. Kau fikir aku ada mesin suling perasaan?

Ah.

p/s salah satu cabang ilmu adalah melalui MIMPI. semalam kamu mimpi apa?