Monday, January 12, 2009

Ubi oh Ubi.

Sudah lama tidak menulis entry yang panjang-panjang di sini. Oh, aku ketiadaan idea mahu menulis biarpun banyak perkara yang telah berlaku, terutama sekali selepas aku telah BFG ke kampung halaman. Keadaan aku baik-baik saja, belum bekerja dan sudah 2 kali diserang demam selesema. Cerita lepas.

Hari itu, adik beradik aku (kecuali adik aku si Abang – yang bertugas di Sibu, Sarawak) telah ‘berkampung’ ke kampung halaman. Cukup meriahlah, tambah-tambah lagi dengan adanya anak-anak saudara aku. Gawat seh!

K1, balik bermatlamat juga.

Begini…

Hari itu, aku, K1 dan Dang Yunos telah pergi membuat lawatan sambil belajar (?) ke FAMA dan Jabatan Pertanian Daerah Sandakan. Almaklumlah, aku rasa aku dah pernah cerita sebelum ini. Mula-mula K1 membuat panggilan bukan hangit kepada staf FAMA.

Pegawai yang berkenaan sedang berada di Kota Kinabalu.

Oh, kami hanya mahu bertanyakan beberapa soalan atau membuat rujukan dari pihak FAMA…

!(*#*#()(@*


Sesampainya di pejabat pengurusan FAMA daerah Sandakan, kami bertiga telah berjumpa dengan salah seorang staf di situ (apakah nama, aku dah lupa). Nampaknya beliau mampu menjawab soalan-soalan yang datangnya bertubi-tubi dari pihak kami. Di samping itu juga, beliau juga turut memberi beberapa salinan brocur dengan pelan ladang tanaman secara kontrak.

Mari aku bercerita.

Terdapat beberapa jenis tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan yang dikomersialkan di sekitar Sabah. Dan FAMA bertindak sebagai agen pemasaran hasil tuaian para pengusaha ke tempat-tempat yang memerlukan. FAMA juga bertindak sebagai moderator pemerhatian setiap para pengusaha yang berdaftar di bawah agensi ini. Para bakal pengusaha juga dinasihatkan supaya bekerjasama dengan Jabatan Pertanian berdekatan tentang usaha yang bakal dijalankan. Itu cerita kedua.


Sebenarnya K1 berminat untuk mengusahakan tanaman serai. Memandangkan permintaan terhadap serai sangat tinggi di pasaran. Tetapi sebelum itu, aku bertanyakan apakah jenis tanaman yang buat masa sekarang ini menjadi antara pengeluaran utama di Sabah. Jawapannya ubi kayu!

Mungkin kamu diluar sana mentertawakan jawapan staff itu tadi. Katanya, bekalan ubi kayu sangat kurang di dalam pasaran tempatan, dan bahagian daerah Kudat sudah mula mengimport bekalan ubi kayu dari Filipina. Untuk pengetahuan kamu, pengeluaran ubi kayu dari Sabah mempunyai rangkaian pembeli dari negara Singapura, negara Brunei Darussalam dan bahagian Semenanjung Malaysia sendiri. Dan FAMA bertindak sebagai agensi yang dilantik oleh kerajaan untuk membantu pengusaha-pengusaha yang bertindak menjadi pengeluar pertanian, termasuklah ubi kayu. Wow! Idea tiba-tiba memancarkan dari kepala otak aku.


Beliau pun memberi rujukan kepada kami supaya berurusan terlebih dahulu dengan pihak Jabatan Pertanian Daerah Sandakan. Kalau mengikut pembinaan sesebuah pengkalan data, kami akan dibantu dari membuat prototype sehinggalah perlaksanaan sesebuah pengkalan data. Begitulah juga dengan perkara ini. Jadi, kamu mahu menanam ubi kayu?

Pasaran untuk hasil pengeluaran ubi kayu amat diperlukan ketika ini. Selain daripada tuntutan untuk membuat keropok ubi kayu, ubi kayu juga diperlukan untuk membuat teknologi Ajinomoto, bahan kecantikan dan bahan-bahan ubat-ubatan. Sedangkan pucuk ubi kayu juga menerima tempahan yang tinggi dari peraih-peraih sayur-sayuran kampung. Huh!

K1 bertanyakan tentang tanaman serai. Pegawai FAMA tersebut mengatakan, tanaman serai memang adalah di antara hasil pengeluaran yang turut mendapat tempat di Malaysia. Tetapi kita harus ingat, pengusaha produk berasaskan serai kebanyakannya berada di Semenanjung Malaysia. Ya, mungkin kita boleh mengeksport serai ke Tanah Semenanjung. Tetapi, kos margin untuk serai adalah sangat perlahan, ini kerana kos pengangkutan yang sudah mendadak naik sejak akhir-akhir ini. Lagipun kos pengurusan penghantarannya adalah lebih banyak sedikit berbanding tanaman-tanaman lain. Lagi satu, kita haruslah memikirkan dengan pasaran tempatan ini sendiri. Tanaman serai tidak begitu komersial di dalam pasaran tempatan berbanding domestik.

Kami bertiga pun pergi meng-usha Jabatan Pertanian Daerah Sandakan. Lagi sekali, apakah namanya, aku sudah lupa.

Mula-mula pegawai Jabatan Pertanian itu seperti tidak mesra alam pun. Mungkin beliau masih blur dengan kedatangan kami. Hehehehe….long story short, beliau pun bersetuju sekiranya kami berminat dengan tanaman ubi kayu. Melalui Jabatan Pertanian, para bakal pengusaha tanaman akan menerima bantuan 100% dari pihak Jabatan Pertanian untuk mengusaha tanaman berkenaan. Bagus bukan?

Huh! Kamu berminat ke? Punya tanah sendiri? Cepat-cepatlah mengunjungi ke Jabatan Pertanian sekitar anda.

Pada pengamatan aku, kenapa aku berminat tentang ubi kayu?

Untuk pengetahuan kamu semua, tanah kebun yang dimiliki oleh ibubapa aku sudah pernah diusahakan untuk penanaman ubi kayu. Dulu, ada sekeluarga yang berketurunan Suluk Filipina telah datang meminta bantuan untuk tinggal seketika di tanah kebun itu. Kebetulan, kebun tu mempunyai rumah, tetapi tidak mempunyai penjaga. Ibu bapa aku pun memberi kebenaran kepada mereka untuk tinggal di situ dengan syarat, kebun itu hendaklah sentiasa bersih. Mereka sebenarnya penduduk kepulauan Filipina yang lari dari medan perang. Cerita dulu-dulu.

Hah, sekarang ni pun, Pakcik Saldi tu pun sudah menjadi senang lenang hasil dari usaha mereka dengan hanya menjual ubi kayu dan beberapa produk lain, hasil dari ubikayu. Kereta pengangkutan tiada yang Made In Malaysia, juga mengusahakan ternakan kerbau….bla..bla…bla…mereka sendiri sudah mendapat kelayakan penduduk sementara dari pihak kerajaan Malaysia.

Aku teringat apabila pegawai Jabatan Pertanian berkata tentang kesesuaian tanaman mengikut jenis tanah. Katanya lagi, salak dan kelapa sawit adalah antara pengeluaran utama dari kawasan tanah berdekatan. Pada aku, apabila teringatkan Pakcik Saldi dengan ubi-ubinya itu, sudah tentu tanah kebun itu lebih sesuai dengan penanaman ubikayu. Yalah, sudah terbukti keberkesanannya! Hehehehe…

Sebenarnya bapa aku lebih berminat dengan penanaman kelapa sawit. Kataku, kelapa sawit amatlah sesuai dengan kelebaran tanah yang luas, mungkin berates ekar seadanya. Jadi, pada fikirku, lebih baik tanah yang ada itu diusahakan untuk tanaman jangka pendek, seperti sayur-sayuran.. aku juga membuat survey tentang pasar besar sayur Sandakan. Kebanyakan sayur-sayuran di situ diimport dari dari daerah-daerah lain seperti Tawau, Kota Kinabalu dan Ranau. Ini termasuklah sayuran dari tanah tinggi mahupun sayuran biasa. Jadi, aku positif seandainya aku sendiri menjadi pembekal sayur-sayuran ke dalam pasaran di dalam daerah Sandakan ini.

Oh, dari graduan dalam Pengurusan Sistem Maklumat mahu menjadi seorang petani??? Mimpi ngeri kamu kan?

Hahahaha… pegawai dari Jabatan Pertanian sempat berseloroh. Gelaran petani itu sudah diupgradekan kepada pengusaha pertanian. Wow! Bukankah lebih gah? Ini sebenarnya bukan risiko mahupun terdapat sebarang penyesalan. Aku tidak berminat mahu bekerja dalam bidang yang pernah aku degree-kan dulu. Haih…masing-masing punya sebab bukan?

Moral of the story di sini… hidup ini bukanlah 100% semata-mata berorientasikan taraf pendidikan seseorang. Pendidikan akademik itu memang penting, cuma bagi aku ia adalah satu tiket untuk merubah taraf kehidupan seseorang. Kalau kamu tidak ada pendidikan akademik yang tinggi, cubalah belajar menjadi manusia yang setaraf dengan manusia-manusia lain. Samalah juga cinta aku terhadap dunia fotografi, ada orang menganggap aku pernah mengambil apa-apa kursus berkaitan.

Jawapannya, tiada.

Jadi, kamu bila lagi?


1 comment:

gopenghagen said...

wow..aku sungguh2 teruja dgn cita2mu ni mas. aku pun berminat soal tanah-tanih ni. tpi last yg pernah aku tanam, kucing aku time dia mati. apa2pun gudluck. oh ya...pegawai FAMA tu kakak aku kot