2 hari lepas, seorang teman memberi url sebuah website. Terkedu saya melihat isi kandungan website tersebut. Kamu boleh lihat di sini. Entah rakyat mana yang sanggup memburuk-burukkan negaranya sendiri. Pada hemat saya, mungkin isi kandungan tersebut diolah oleh mereka yang berpendidikan tinggi. Butir katanya agak kurang elok tetapi isi kandungannya tersusun dan bijak membuat perumpamaan mengikut keadaan semasa. Kalau pun agak kecewa dengan keadaan semasa, saya rasa tak patutlah kita mencemarkan negara kita di mata orang luar.
Kalau pun ada di antara kita membenci kerajaan yang memerintah, tak semestinya akan menghilangkan rasa kecintaan dan patriotik terhadap negara . Seperti di Amerika Syarikat, rakyat negara itu tak kisah siapa pun yang akan memerintah negara mereka. Mereka berpendapat mereka lebih suka untuk bersikap nuetral, ingin hidup selesa dan pendapatan ekonomi adalah berada tahap yang sederhana. Saya pernah terbaca artikel blogger lain di mana, Malaysia mempunyai 3 golongan utama.
1)pro pembangkang
2)pro kerajaan
3) golongan nuetral.
Golongan nuetral yang dimaksudkan sama seperti pendirian rakyat Amerika Syarikat. Mereka membenci kekacauan, mereka menghentam sikap kerajaan, menentang perilaku pembangkang dan baru-baru ini pula dikejutkan dengan golongan mahasiswa yang telah masuk ke dalam arus perdana suasana politik negara kita. Saya yakin, golongan nuetral di negara ini menguasai undi sebanyak 70%. Tetapi kerajaan mahupun pembangkang tidak pernah atau mungkin kurang mengambil tahu tentang golongan ini. Sedangkan golongan inilah yang menentukan tampuk pemerintahan negara kita.
Sedangkan dalam masa yang sama kedua belah pihak politik masing-masing berasak menyelamatkan apa juga jenis keadaan demi kepentingan diri sendiri. Rasuah, skandal, konspirasi bukanlah menjadi perkara rahsia di negara ini. Ledakan kuasa internet begitu meluas. Bagi golongan nuetral, mereka tidak perlu berarak di mana-mana, sebaliknya menilai melalui kandungan di dalam internet. Memang betul, tidak semua kandungan di internet itu adalah 100% kebenaran. Tetapi rangkaian sosial seperti Twitter, blog dan Facebook merupakan senjata utama untuk memusnahkan lawan masing-masing. Orang politik sudah celik IT, setiap masa mengemas kini aktiviti mereka. Hal ini menjadi intipan pada lawan masing-masing untuk dijadikan modal untuk memusnahkan antara satu dengan lain.
Mungkin nampak tidak logik kan? Tapi jelas, kuasa internet begitu berleluasa. Rakyat tidak perlu bersusah payah untuk ke sana sini, apabila ada sukarelawan pemberita internet akan membuat liputan dari ceruk mana sekalipun. Untuk hal sensasi, Malaysia hanya memerlukan sejumlah 5 minit untuk disensasikan dengan berita terkini menerusi Twitter mahupun Facebook. Untuk ahli politik yang tidak alert dengan kuasa ini, pasti memandang ringan. Zaman dah berubah, untuk menumbangkan lawan bukannya susah. Petik jari, maklumat di hujung talian.
Mungkin disebabkan isu inilah golongan muda bangun memperjuangkan badan politik masing-masing. Panglima-panglima perang sibuk mengugut dengan gaya masing-masing. Orang muda pada zaman sekarang perlu diteliti isi pandangan mereka. Bukanlah maksud berkurang ajar pada yang tua, tetapi ada juga orang tua negara ini yang telah memberikan perfomance buruk sebagai teladan. AKhiranya kepercayaan ini berubah. Negara ini perlukan semangat yang baru berdasarkan norma-norma masyarakat yang kukuh.
Bagi pandangan peribadi saya, saya percaya kerajaan yang ada memang mampu mentadbir untuk sepenggal dua lagi. Tetapi mungkin 2/3 dari ahli kerajaan yang ada hendaklah di-brainwash, tidak menyalahgunakan keistimewaan kedudukan yang mereka ada. Seperti kes pecah amanah bina rumah jutaan ringgit baru-baru ini, apakah yang berhormat tersebut tidak menyedari kehebatan teknologi yang ada?
Saya yakin, ahli kerajaan kini sudah makin berhati-hati demi menjaga periuk nasi masing-masing. Manakala pihak yang satu lagi akan terus mencari peluang untuk membina tapak kukuh memikat sejumlah lagi penyokong ideologi mereka.
Saya? Saya nuetral.

No comments:
Post a Comment