Teringin nak berjalan-jalan tepi Sungai Labuk tu. Tinggi tanah tebing ni lebih kurang 2 tingkat bangunan.
Di kala otak sedang serabut sedikit, tiba-tiba aku menerima 'hantaran' dari atas. Macam tak sangka betul berdepan dengan ofis aku ni ada petak-petak padi. Aku tak sebut sawah padi ke bendang, sebab yang korang tgk ni adalah padi huma. Cuma ia ditanam di tanah rata. Berlatarbelakangkan pemandangan Sungai Labuk di bawah sana, makcik berketurunan Dusun Tamparuli ini menegur kedatangan kami. Oh ramah sungguh orang tua ini. Sebenarnya, mula-mula sekali kawan-kawan aku datang lepak bilik pejabat aku, tetiba dorg kata ada padi kat seberang jalan. Lepas pukul 5 petang, aku bergegas balik ke rumah mengambil dslr. Kemudian berlenggang kangkung ke seberang jalan untuk melihat padi huma dengan lebih dekat.Subhanallah. Tak peduli apa kata korang pun, aku memang teruja gila dapat pegang padi yang sedang dalam proses akhir hendak masak, dan boleh dituai. Aku dah janji ng makcik tu akan datang minggu depan, sebab mereka akan 'mengomut' padi huma ni. Apa ya dalam Bahasa Melayu nya? Nak kata menuai, lain macam sikit caranya nak ambil padi tu dari batang-batangnya. Agak tinggi juga padi huma bila dah nak masak. Sib baik kawan-kawan aku, Zaiizairail dan Roslimah ni pun kepala rumba-rumba cam aku. Happy!
Okla, off dulu di sini. Jumaat dan Sabtu would be 2 days longggggggggg days for me. Penat tapi kena buat juga. Apa pun, happy. Muax.
2 comments:
Santeekkkkk tembakan dia... Yang jadi model di tengah padi huma tu macam si Punang plak :)
Santeekkkkk tembakan dia... Yang jadi model di tengah padi huma tu macam si Punang plak :)
Post a Comment