Sejak akhir-akhir ni aku banyak menghadapi perihal yang berkaitan dengan emosi seorang perempuan. Lihat, dengar dan merasakan. Kadang-kadang aku jadi takut, tapi bila aku jadi takut, aku cepat-cepat pintas rasa tu. Aku bosan kalau aku menghadapi perasaan yang sama, iaitu takut. Seorang kawan, masih muda (20 tahun) tetapi sudah beranak 1. Dia sekarang sedang menghadapi fasa kehidupan yang serasa aku begitu perit. Anaknya, menurut jangkaan doktor mempunyai tanda-tanda awal mengidap penyakit down syndrome. Kesian ibu muda ini, dia sendiri kerap sakit. Kadang-kadang aku dapat menangkap raut wajahnya yang seolah-olah dilanda masalah yang sangat membebankan. Aku tahu perkara itu betul. Kalau dilihat, wajah yang dia ada itu tidak sepadan dengan usianya yang baru menjangkau 20 tahun. Aku selalu berpesan kepadanya supaya menjaga kesihatan, disebabkan badannya sendiri belum matang sepenuhnya dan ditambah lagi keadaan sudah mempunyai anak.
Tapi seorang malaun cekap menyampuk: Ala, dia tu sudah kawin, sudah ada urat putus sebab beranak anak lelaki.
Aku yang belum pernah beranak ni: Habis, kalau sudah urat putus, saya tak boleh nasihatkan dia supaya jaga kesihatan ke?
Malaun menambah: Penyakit biasa la tu. Orang sudah beranak ni lain macam.
Aku : Tak kisahlah dia pernah beranak ke, tak pernah beranak ke, kawan saya ni sedang sakit. Badan dia masih belum matang sepenuhnya. Saya rasa saya berhak menegur dan mengingatkan dia ni. Saya tahu saya tak pernah beranak, tapi saya tahu kawan saya ni sedang sakit.
Ditambah lagi: Tahu la dia tu nanti cara nak urus diri.
Aku : Kalau dia tahu, dia takan sakit macam ni. Sudahla. L***, kau jangan selalu mendengar perkara-perkara negatif ni. Aku marah kalau kau selalu mengeluh. Kalau kau selalu dengar macam ni, kau akan ajar diri kau jadi lemah. Bila kau lemah, kau akan sakit.
Aku tak suka bila kawan perempuan aku lemah. Aku tau masalah memang merumitkan. Aku juga tak suka bila seorang perempuan lain, melemahkan kawan yang satu lagi. Aku juga tak suka; oleh kerana kau dah tua, aku kena hormat dan terima pada perkara yang tidak betul yang kau lakukan.
Dia datang kepadaku, dia bertanya apa itu penyakit SLE. Apa dia ingat aku ni doktor tahu perihal penyakit ni? Tapi aku tak suka menghampakan kawan aku. Aku suka ditanya, kalau aku tahu, aku jawab. Kalau aku tak tahu, aku berusaha cari jawapan. It's on your fingertip. Internet depan mata, aku wiki-kan dia apa itu SLE. Aku dan dia sama-sama mendapat ilmu yang baru. Aku ajar dia; kalau kau ada masalah, kau kena berusaha untuk jadi kuat. Kalau kau tak tahu pasal sesuatu benda, kau bertanya. Kalau tak ada orang nak jawap soalan kau, kau Google. Dalam internet, semua ada. Mak bapa saja tak ada dijual.
Aku ctrl + history. Aku tau dia praktikkan apa yang aku maksudkan. Mulut aku cam cilabai, tapi dia mengambil kisah. Dan aku merasa hiba, dia menghargai apa yang aku maksudkan. Demi diri dia sendiri, dia kena berusaha. Aku tak boleh selalu memberi nasihat, aku tak boleh selalu menadah telinga mendengar masalah dia. Sebab aku sendiri tak suka mendengar masalah. Jadi, aku selalu cakap dekat dia; kita kena kuat. Aku tak tau apa masalah kau, tapi kita mesti kuat. Bila kita kuat, kita akan jadi berani. Tak ada sesiapa yang akan bantu kita, apalah sangat kudrat orang lain terhadap kita. Kita lagi faham pasal diri kita. Dalam masa yang sama, kita juga kena bantu orang lain. Tetapi itu boleh dilakukan, bila diri kau sudah kuat.
Kuat bukan saja dari segi fizikal, mental kena jaga beb. Kau jangan nak pandai2 nak nasihat orang, kalau mental kau dikuasai oleh perihal yang tidak sepatutnya. Tu pasal aku ckp aku tak suka dengar masalah. Macam hipokrit, padahal aku sendiri banyak beban fikiran. Macam aku ckp, kalau aku selalu fikir benda tu, aku jadi bosan dan sakit. Jadi aku selesaikan masalah, biar perlahan dan jangan gopoh. Kau nak cepat-cepat selesaikan masalah, tapi jalan berterabur. Aku malas nak buat keja dua kali. Hahaha..
Dah tinggal berapa jam lagi nak ke tahun baru Masihi. Tenang aja. Fikir yang bagus-bagus ya?
No comments:
Post a Comment