Friday, November 27, 2009

RANAU - Siri 1.

suka benar aku tgk shot ni.

budak baju coklat tu memang begitu jela rautnya. gembira pun sama.

ini anak kepada salah sorang staff opis aku.

Acara pasang khemah, kapasiti 3 orang utk sebuah khemah. Masa ni baru kul 4 petang tak silap. Kabus ada di mana-mana wooo..

Seisi ambil beg dan keperluan lain.

Comel-comel kan?


Ah, lampu keta pun bleh jadi lighting ..hahahaha.

Salam Aidiladha semua. Apa kabar kawan-kawan? Aku harap kamu semua baik-baik belaka. Apasal aku malas sungguh nak update blog ni ya? Aku rasa faktor utamanya ialah line wireless yang sungguh lemah di Telupid. Oh, masa aku update ni, aku sedang berada di Sandakan. As i said, sini 3g signal for my broadband tak pernah mengecewakan bila aku online di Sandakan. Minggu lepas, aku berpeluang mengikuti Kem Serumpun bagi pelajar-pelajar sekolah rendah peringkat daerah Telupid. Seramai 300 orang pelajar dijangkakan akan mengikuti Kem Serumpun ini, tetapi yang datang hanyalah seramai 160 orang sahaja. Aku tidak tahu di mana silapnya, tetapi seharusnya para guru, para pelajar dan para ibubapa mengambil peluang ini memberi peluang kepada anak-anak itu merasai pengalaman seperti ini.

Sebenarnya Kem Serumpun ini sudah menempah tempat di Karambunai. Tetapi setelah menimbangtara faktor cuaca, akhirnya diputuskan untuk buat kat Ranau saja. Ketua program cakap, kalau hujan, mereka tak ada tempat yang sesuai utk ditempatkan sekiranya berkhemah di Karambunai. Kem Serumpun ini dilaksanakan di SMK Lohan, Ranau. Besar sungguh sekolah ni. Siap dengan perhiasan kabus setiap pagi dan boleh nampak puncak gunung Kinabalu dari kejauhan. Walaubagaimanapun, aku memang cemburu dengan budak-budak zaman sekolah sekarang ni. Pelbagai pemberian yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk buat mereka selesa.

Kau tengoklah mereka ni. Beg, baju t-shirt program 2 helai, seluar panjang, kasut, stoking, pen dan buku diberikan kepada mereka. Khemah pula bukan alang-alang selesanya. Tak ada bayaran yang dikenakan kepada mereka. Kalau zaman aku dulu, jangan harap aku boleh rasa semua ni. Sampai aku terpaksa berbohong dengan mak aku, untuk joining aktiviti macam ni. Semua aktiviti masa di sekolah adalah berbayar. Tapi tak apa, menjadi survival hingga ke hari ini. Apapun, kita kena bersyukur apa saja yang diberikan oleh Tuhan kepada kita kan.

Program ni mengambil masa 4 hari 3 malam. Kira aku ni macam fasilitator la kat sini.Apa yang aku fasi-kan pun aku tatau. Aku lagi banyak ambil gambar, kadang-kadang aku jenguk juga keadaan pelajar kat situ. Almaklumlah, seronok juga bila bersama-sama mereka ni. Macam-macam karenah aku dapat tgk. Tapi yang pasti, mereka tak mesra kamera pun, sib baik ada bawa lens 300mm ni. Kalau tak, memang payah nak dapat shot muka candid yang ala-ala hepi dari dorang ni. Tak lupa aku nak bagitau, masa aku sertai program ni, ada 2 orang staff pejabat yang join sama. Ema dan Zaiizrail, mereka ni tak sampai sebulan lagi bertugas kat pejabat. Nampak cam pendiam dan pemalu, hah, bila dah berhari suntuk dengan dorang ni..aku memang tak bleh lupa sampai bila-bila. Tapi vacation aku kali ni sangat best kerana orang-orang di sekeliling aku semuanya menggembirakan aku. Terutama 2 orang teman baru tu. Walaupun aku beza usia sangat ketara, tapi aku cukup happy.

Aku juga hepi sebab bos aku berkesempatan untuk datang melihat program ni. Kebetulan beliau on his way nak balik Telupid untuk urusan kerja. Mula-mula dia mesej aku balik sandakan ke tidak, so aku bagitau la, aku follow ketua program ni ke Ranau. Macam-macam soalan dia tanya, aku sebagai p.a dia pun jawabla apa yang patut. Tak sangka juga beliau akan singgah semalam ke program ini. Tapi masa malam dia datang, dia tak sempat nak tgk keadaan pelajar sebab mereka semua sudah tidur. So, pagi esoknya barulah beliau sempat melawat kawasan perkhemahan dan memberi sedikit ucapan kepada anak-anak kecil yang berusia di antara 8 hingga 12 tahun.

okla, aku mengantuk pula. Nanti aku sambung la ya.

5 comments:

Eg Azman said...

Bestnya kan ko Mas, bz jak.. Ok la tu.

Mas Mohd Yunus said...

helo eg,

apa yg ko nampak best? aduhai. tedala bz sgt. buli dikatakan aku agak byk masa. ini kebetulan program di hari minggu. tp, anyway, aku hepi.

Anonymous said...

cantik2 pic dalam blog ni,.,.

Mas Mohd Yunus said...

anon - thanks ya.

Weed and Bandages said...

tahniah. pic menarik.