Tuesday, November 10, 2009

Jangan percaya. Tapi ambil iktibar.

Masa aku umur 17 tahun, makcik aku, adik kepada mak aku telah meninggal dunia. Masa tu, aku berkesempatan mengikuti upacara ritual keluarga sepupu aku itu. Oh ya, mereka bukan beragama Islam. Upacara ritual ini lebih kepada pengaruh budaya. Atau kalau aku salah klasifikasikan, aku minta maaf. Upacara ritual ini dilakukan pada hari ketiga selepas makcik aku sudah dikebumikan.

Untuk budaya mereka, mereka percaya pada hari ketiga roh mendiang (atau pengamal upacara) akan balik ke rumahnya sebelum mendiang pergi ke alam kematian. Aku duduk bersama kelompok anak-anak mendiang. Aku dan sepupu-sepupu aku memang rapat, tambah-tambah lagi tempat tinggal kami berdekatan. Sebelum upacara dimulakan, suatu sudut khas telah digubah dengan beberapa jenis barang keperluan. Ini termasuklah beberapa helaian pakaian mendiang, barangan kemas, hidangan kecil makanan dan minuman dan lain-lain lagi. Mereka mempercayai roh akan datang untuk makan dan minum disebabkan sebelum itu, mendiang dikatakan sudah lama tidak menjamah makanan secara normal kerana sakit. Ohya, mendiang meninggal disebabkan sakit. Aku sudah lupa sakit apa. Tapi mendiang mempunyai penyakit tiga serangkai. Kami, sepupu-sepupu, sanak saudara dan jiran-jiran sekeliling berkumpul di dalam gelap di ruang tamu. Memang scary la, sbb memang sunyi sesunyinya. Aku masa tu hanya tutup telinga dan tutup mata. Terlebih dahulu, ada ucapan dari sesekorang yang dianggap ketua di dalam upacara itu untuk upacara itu.

Juga tak lupa sebesen besar air dan terdapat bedak yang ditaburkan di sekitar besen air tersebut. Ini bertujuan untuk mengetahui sekiranya roh datang ke upacara itu dengan melihat tapak kaki di atas bekas taburan bedak itu. Upacara mati lampu seingat aku hanya mengambil masa selama 1/2 jam. Aku memang totally takutlah. Selepas 1/2 jam, lampu dipasang semula dan sanak saudara berpusu melihat sudut yang disediakan untuk mendiang.

Aku tak tahu keadaan itu sehingga kini.

Memanglah korang akan cakap benda ni mengarut. Tapi budaya orang lain kan. Cuma ada perkara yang lain telah berlaku, yang bagi aku misteri sehingga kini.

Mak: Hui, gembira betul kau ini. Kau tau kan kau sudah mati.
Mendiang: Tau ba. Tapi aku rasa sihat betul ni. Kau lihat perut buncit ku, sudah tiada kan.
Mak: Ya, mana sudah tu perut kau.
Mendiang: Kalau kau mau tahu, tadi ada orang-orang tu datang bawa berus paku. Dikasi keluar segala isi dalam badan aku ni. Di kasi berus. Jantung aku pun. Punya sakit. Tapi sihat sudah aku sekarang ni. Kau tengok.
Mak : Bah iyalah.
Mendiang : Tapi gatal-gatal ba badan aku ni.
Mak: Aih kenapa pula?
Mendiang: Adakah anak-anak aku kasi lap-lap saja badan aku. Macam mana aku mau pergi jumpa Tuhan dalam keadaan macam ni.

____________________________________________________

Mak yang bermimpi tentang keadaan itu. Aku ingat lagi mak menangis masa bercerita pasal mimpi itu kepada aku. Mendiang merupakan seorang yang pembersih ketika hayatnya. Esoknya Mak pergi berjumpa dengan sepupunya. Kebetulan semasa mendiang sedang diuruskan, Mak tidak mengikuti proses pembersihan itu. Mak terkejut bila dapat tahu, mendiang tidak dimandikan dan tidak dibersihkan sesempurnanya. Anak-anaknya berkeras tidak mahu membawa mendiang balik ke rumah untuk penghormatan yang terakhir. Ini bermakna, mendiang sempat dimasukkan ke dalam peti sejuk mayat sebelum di bawa ke gereja untuk disembahyangkan kali terakhir sebelum dikuburkan.

Alamat dari mimpi itu memang betul. Aku diajar untuk tidak mempercayainya, tetapi dalam masa yang sama aku menimbang tara tentang teladan yang aku dapat. Aku juga percaya salah satu cabang ilmu adalah dari mimpi. Aku menghormati budaya orang lain, namun dalam masa yang sama hati aku sayu bila mengenangkan mendiang dibuat sebegitu rupa. Mak dan bapa memang marah kat sepupu-sepupu aku. Tapi apa nak buat, benda dah berlaku. Cuma kita yang masih hidup ini mengambil kisah ini sebagai teladan.

Hidup ini banyak misterinya. Terpulang pada kau bagaimana kau mencari jawapan-jawapan terhadap misteri yang berlaku. Apatah lagi, diri kita ini lagi kerdil di sisi Tuhan.

1 comment:

Anonymous said...

huuu...sungguh misterious.

sungguh tebaboom.