Tuesday, November 17, 2009

Fotografi buat aku lebih gembira.

Alat muzik bernama Sompoton. Masa aku ambil gambar ni, ini kali pertama aku dengar bunyi-bunyian dari Sompoton itu.

Ah, remaja-remaja daerah Kundasang juga tak kurang hebatnya dalam soal berpakaian.

Lama kan tak update. Ceh, motif. Macam ramai sangat pembaca aku. Tapi bila tengok statistik Nuffnang aku, ada lah juga pembaca blog aku ni. Serius, aku bukannya bz kerja pun. Kehidupan macam biasa saja, pergi kerja, balik kerja, online dan tidur. Minggu lepas aku tak jalan, sebab aku rasa macam penat sikit. Hujung minggu ni mungkin mahu ke Karambunai, ada event. Event apa? Kalau jadi dan dah pergi baru aku cita. Dah lama aku nak pergi ke Karambunai, antara pantai yang tercantik kat dunia. Tercantik atau tidak, tunggu depan mata baru aku nak percaya. Ceh, bajet macam aku dah pergi ke 100 buah pantai seluruh dunia ja. Haih.

Erm..rasanya lepas ni, aku nak letak watermark kat setiap gambar aku la. Dulu, aku dah pernah letak, kemudian off balik. Tapi susah juga rupanya. Ada sekali tu aku ambik sesaja suka hati gambar member, kemudian dia minta. Nak tak nak, jaga hati member, aku bagi saja la. Tak lama kemudian, terpampang kat facebook dia dengan hasil editan grafik kat gambar-gambar tu. Herm..aku terpaksa nak pendam saja la. Tak mau kecoh-kecoh walaupun aku terkilan. Siap member-member dia duk puji gambar tu atas nama dia pula. Aku bukannya kedekut pun. Apa la sangat 'tembakan' aku tu. Bagi aku, tak berbaloi hasil karya kau, bila orang lain yang dapat nama. Aku malas nak keluar segala lembu sapi punya konsep kat sini.

Dari pujian kita boleh perbaiki kelemahan, dari pujian juga kita boleh 'terjatuh'.

Aku dah ckp kat kawan aku tu, kalau nak gambar tu bleh, dengan syarat taknakla dia edit karut marut. Tapi ya la, dia bukan satu field ngan aku pun. Aku cakap banyak pun, kalau dia tak faham, seghopenyer aku cakap kat lutut. Kali ni, aku biarkan saja. Tengok keadaan ar, kalau aku baik mood time tu, aku bagi saja. Tapi jangan sampai melebih-lebih sgt. Penat tau buat kerja cam ni. Aku penah cakap, kalau kita ikhlas kita mesti boleh dapat gambar yang cantik. Cantik menurut pandangan diri sendiri la.

Aku dapat rasakan, hidup aku lebih gembira bila aku involve dalam dunia fotografi. Tapi aku tak la ekspos sangat. Kalau korang perasan ataupun minat dalam benda ni, korang bleh tahu dia tu masih newbie ke tidak. Aku ni masih newbie, tapi aku pantas nak tutup kelemahan aku sebagai newbie. Aku lagi suka ikut pala otak aku sendiri, sambil-sambil surfing idea orang lain. Ah, kalau aku boleh capture gambar yg ok (kalau aku letak BAGUS, macam bagosss sgt karya aku), kenapa tidak korang kan? Sejak involve benda ni, rezeki aku bertambah ruah, ramai sangat kawan yang aku dapat, banyak tempat aku dah jalan, usia dslr aku baru 1 tahun 5 bulan, tapi aku dah captured 5+++ keping gambar. Bagi newbie cam aku, kira 5000 keping ni sikit sangat, sebab bila aku tanya member lain, ada yang dah sampai kurang dari 12,000 keping. Aku cuba nak limited kan lagi pengambilan gambar sebab aku malas nak edit banyak-banyak. Itu pasal aku cuba set otak aku supaya ber-objektif bila ambil gambar, pantas angle apa aku nak gunakan dan sentiasa mencari idea yang baru. Nampaknya ciri yang ketiga tadi tu, aku belum puas hati setakat ni. Masih juga takuk yang lama.

Dalam masa yang sama, aku pun berazam nak kurangkan berat badan. Terasa sangat bila nak ambil gambar, aku cepat semput. Mesti ligat dan pantas bila nak ambil gambar, kalau tak, aku akan kehilangan moment yang sepatutnya aku ambil. Lagipun aku malu nak 'beraksi' dengan badan yang agak berjisim ni. Malu kat orang. Esok pagi2 (kot?) nak p senaman setempat je kot. hahahaha..Dalam masa yang sama, aku nak involve dalam photojournalisme. Aku pun sebenarnya tak tau lagi apakebenda photojournalisme ni. Aku baru tau sipi-sipi saja. Tapi yang pasti, aku memang minat bidang ni. Dan aku ada cita-cita unggul berkaitan dengan fotografi ni. InsyaAllah, mudah-mudahan ada happy ending nanti.

Kadang-kadang bila ada orang yang datang nak jumpa bos aku, tak pun tersesat nak berurusan ke pejabat sampai ke bilik aku, dorang mesti akan singgah sebentar jenguk2 kat dinding opis aku. Lepas tu akan tanya macam-macam soalan. Aku rasa lawak pula sebab aku terasa macam kurator la pulak. Kena bagi tau apa benda persoalan jawapan dalam gambar-gambar yang dorg tgk tu. Oh ya, aku tak snap gambar opis aku sendiri lagi kan. Nanti aku snap untuk korang. InsyaAllah.

Oklah, aku nak tido. Telupid tengah musim hujan sekarang ni. Sejuk sampai ke Subuh. Tu pasal aku sentiasa lalai. Ala, dari dulu pun lalai. Bila nak insaf pun tatau. Korang jaga diri baik-baik ya. Jangan nakal-nakal dan sentiasa gembira selalu. muax.

6 comments:

cts said...

nice pics..
salam kenal

budakbekasskolahkojugakbah said...

paling ndak tahan pakcik yang pakai topi bn tu. apahal ada medal pulak? hahaha

Perempuan Pemimpi said...

helo suhainini

haris : dorg ada event tu. tp aku lupa apa. tak baik ko ketawakan dorg tau.

Ron Veronicazo said...

i'm home!
looking 4wrd 2 see you & minta tunjuk ajar dlm fotografi nanti! :)

Unknown said...

suka photo makcik samputun tu haha...siuk ka jugak dia main tu mas? hehe

Cikgu Metal said...

makcik tukang tiup, pakcik yg dapat medal. Pastu kt atas kepala pakcik tu ada alat timbang. Sinikal betul la pic yg ni.