Sunday, August 30, 2009

Mahu bekalan sayur, daging lembu? cari saja aku.


Selain sibuk di pejabat, petang-petang aku juga berkebun.

Add facebook aku : Mas Mohd Yunus

Di bawah ini, aku snap menggunakan dslr. Bz kat kebun.


Salam Hari Kemerdekaan semua :P

Thursday, August 27, 2009

Retro

Lokasi pembelian: Sungei Wang Mall
Harga : RM88.00 (selepas diskaun 10%)
Saiz : 9
Perasaan ketika memakainya : Biasalah kasut baru, 'menggigit kaki pula tu'. Sesuai untuk perjalanan jauh.

Lokasi pembelian: Sungei Wang Mall
Harga : RM103.00 (selepas diskaun 10%)
Warna yang ada: Kelabu, Itam, Merah
Perasaan ketika memakainya : Untuk DSLR aku sebenar. Aku taknak pakai beg DSLR sebab aku tak nak expose beb. Gila ka?

Amacam? Retro tak?

Wednesday, August 26, 2009

Adoi!


Serius, aku rindu cakoi-cakoi auntie ni! Hujung2 lidah kecur lior!

Tuesday, August 25, 2009

BERKABUNG

Mohd Haikal

Mohd Akhil



Diadaptasi dari hati yang sudah 'mati'.




er... 'mati' untuk beberapa hari saja. Tak lah teruk sangat kan?

Sunday, August 23, 2009

Haip! Kamu!


Agak 'terasa' bila nampak gambar2 di atas. Aku tiada pada masa itu disebabkan tarikh majlis tamat latihan telah di pospont ke 15 Ogos yang lepas. Hanya DSLR sebagai pengganti aku ..hahahah... gambar-gambar di atas bukan aku yang shoot tau. Aku pun tatau antara dorg ni yang shoot. Cuma aku edit sedikit gambar2 ni, supaya nampak lagi KICK. Kick tak kick, harap korang suka. Oh ya, Ramadhan kamu macam mana? Sudah masuk hari ke 3 kita berpuasa, aku harap semuanya baik-baik belaka ok. Mana yang tak baik, kita tukarkan jadi yang lebih baik. Bersikap inovatif macam Orang Jepun. Mana yang baik, kita tambahkan lagi menjadi supaya kehidupan kita lebih baik dari hari-hari sebelum. Okek?

Mahu cerita apa ya? Oh, begini. Pahit rasanya apabila kita terpaksa mengaku sesuatu benda yang tak betul.

Adik keja mana
Orang apa ya. Oh abang pun orang Suluk juga
Untung sapa yang dapat adik ni, nak tak dengan abang?
Kampung kita dah dekat, bleh la pinang adik kan.

" Saya dah nak kawin hujung tahun ni, bang"

Hah, jadi adik ni tunang orang lah?

" Ya, macam tu la."

Suasana jadi diam. Abang tadi tu lurus menuju ke depan.

Pertama, aku malas orang menyoal peribadi aku. Kedua, aku rimas bila disoal benda-benda begitu. Ketiga, aku mesti menyelamatkan 'keadaan' aku sendiri. Mentang-mentang aku sendirian, bleh pula kena tanya soalan macam tu. Tapi ya, pahit sungguh kata-kata tersebut. Mana taknya, kena mengaku benda yang tak betul. Hoi, doakan yang baik-baik untuk aku ya. Mana tahu, hujung tahun ni ada makan nasi minyak kan? Langit tengah 'terbuka' ni. Tapi bagi side aku, aku masih single dan mingle around haahahhaha. Apa pun, aku tengah mencari kekuatan sekarang ni. Ada Cerita Lain yang mahu aku laksanakan.

Abracadabra !

Jaga diri baik2 ya. Salam Ramadhan.

Thursday, August 20, 2009

Perkara rahsia adalah perkara romantika.

Ini suatu pagi di rumah saya (Telupid)

Pagi ini saya bangun dengan sedikit rasa kelegaan. Seperti biasa, sebelum mahu ke kamar mandi, saya akan blogwalking, tinjau fesbuk dan baca online newspaper. Sekadar mahu sedikit self-brainstorming sebelum mahu ke tempat kerja, seperti selalu. Oh ya, saya seorang yang sudah biasa bangun seawal 5.00 pagi setiap hari. Hanya bermula pukul 7.00 pagi, saya serius untuk BANGUN dari tidur. Bagus juga dengan keadaan seperti ini, mudah-mudahan ini sebagai satu langkah untuk menjadi seorang yang taat kepada suruhanNya. Er, dalam usia seperti ini, saya masih berat dalam hal itu.

1, 2 pagi yang lepas, saya bangun dalam keadaan yang kurang selesa. Otak saya macam dalam keadaan blur. Pada sepanjang hari bekerja dan sebelah malam, pantang ada ruang saya mesti ligat berfikir tentang keadaan-keadaan yang telah berlaku sebelum hari-hari pagi itu. Sebenarnya tidaklah besar sangat isu tersebut, tapi kali ini isu tersebut buat saya sedikit emo. Tapi luaran saya nampak seperti Sekhmet, si Dewi Perang versi Mesir, jadi orang tak tahu pun apa yang saya tidak selesakan.

Saya frust bila menghadapi pertuduhan-pertuduhan yang tidak benar sama sekali. Biasanya, saya akan menghentam kembali perkara seperti itu. Pantang ada ruang kosong, saya akan maju berisiko. Tapi kali ini tidak. Saya simbah minyak dan bakar pertuduhan-pertuduhan itu dengan rasa ego, seolah-olah saya memang melakukan perkara yang dimaksudkan. Biar dia gembira kali ini, padahal bukan itu yang saya mahukan terjadi.

Memang rasa sakit bila terjadi hal seperti itu. Saya mencari-cari punca kenapa saya menjadi begitu. Kerana itu sepanjang 2 kali pagi, saya bangun dengan otak sedikit blur. Akhirnya saya tahu, kenapa saya jadi begitu. Seperti biasa, saya berahsia. Kerana perkara rahsia adalah perkara romantika. Yasmin Ahmad sudah tidak ada untuk membuai perasaan saya.

p/s Beri aku masa sedikit lagi untuk melepaskan perasaan-perasaan romantika itu secara total. Aku sudah memenangi peperangan jiwa itu. Aku akan lepasi medan ini dengan rasa penuh bangga biarpun di sudut sana aku akan sayu-perasaan melihat kau pergi dengan kekalahan.


:)

Wednesday, August 19, 2009

Waktu, ITU.

Dan sang suara pun memanggil aku, yang melintas menundukkan kepala meratap bumi,

Sunyikan suara dan laungan mu, bukan watak itu.

Setiap hari aku memandu dengan telinga yang menghirup melodi sama kekal. Sebenarnya roda kereta tidak jejak jalanraya. Kerana aku terbang.

Melayang - layang bersama melodi. Mengangkat aku dari realiti. Untuk lari.

Kalau di bumi, aku tak mampu senyum. Kecuali sedang terbang, sedang lari. Babak - babak dengannya aku heret sekali ke langit.

Waktu itu. WAKTU ITU. Semuanya di dalam waktu itu. Aku mahu waktu itu, LAGI.

Takpalah.
Hati, jangan paksa aku, please.


_____________________________

Ini kali pertama aku begitu teruja membaca ayat-ayat sebegini dari seorang Melayu. Kamu mesti kenal dia.

p/s Hati, jangan paksa aku, please.

Sunday, August 16, 2009

Magis seterusnya, bilakah akan berlaku?






Selamat berjaya kepada semua. Macam aku sedikit malas mahu meng-update entry beberapa hari ini. Aku masih menanti magis-magis kehidupan selepas ini. Rabu lepas, aku baru balik dari Kuala Lumpur. Amat menakutkan (dan kebodohan diri sendiri), berjalan-jalan di LCCT tanpa memakai mask pencegahan jangkitan wabak yang popular itu. Aku lihat hampir semua orang yang berada di situ langsung tidak memakai mask. Aku mencari tempat di mana mahu mendapatkan mask. Dan, upset. Bodoh sendiri tidak mahu membeli awal-awal sebelum datang ke lapangan terbang.

Aku kembali ke Sabah, tanpa di sini ada ibu bapa seperti selalu. Mereka masih sedang berada di Semenanjung, dan telah selesai menghadirikan diri ke majlis istiadat tamat latihan tentera adik aku yang bongsu. Alhamdullilah. Macam yang kamu mungkin tahu, sepatutnya majlis itu kebetulan serentak dengan majlis konvokesyen Dang Yunos. Tetapi, atas sebab tertentu yang aku tak tahu, tarikh majlis tamat latihan itu berlangsung pada 15 Ogos pula. Ini membuat aku sedikit terkesima sebab tak dapat menghadiri event ini disebabkan cuti yang amat terhad.

Sekembali aku dari Kuala Lumpur, keesokkan harinya aku pergi membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Telupid. Ini satu tanggungjawab sosial kepada semua orang, mana tahu aku telah dijangkiti virus itu. Lagipun beberapa hari sebelum iti, aku mengalami demam beserta selesema. Ukuran suhu badan aku mencatat 36.9 darjah, doktor menegaskan dan memberi kebenaran khas kepada aku untuk mengkuarantinkan diri di rumah selama 2 hari. Hanya suspected saja, tapi cukup memberi keadaan panik kepada aku. Hei, jumlah kematian semakin meningkat ok, jadi aku takut untuk mati. Ini ditambah lagi kepada khabar-khabar berita yang 'disembunyikan', aku memang panik sekarang ini.

Aku ragu-ragu. Samada aku mahu berada di Telupid atau tidak hujung minggu ini. Aku sedikit terasa bila kawan-kawan sepejabat membuat 'muka' kepadaku. Namun, aku buat biasa saja sebab aku sendiri cukup maklumat tentang perkara menakutkan ini. Kebetulan bilik pejabat aku berada di posisi terkebelakang, jadi aku hanya buat kerja walaupun aku mendapat cuti khas dari doktor. Bukan tunjuk rajin, sememangnya ada kerja yang perlu dibereskan kerana isnin nanti, ada mesyuarat khas untuk pejabat. Sebenarnya Khamis lepas memang aku sedikit tertekan. Bukan saja soal virus itu tetapi tekanan oleh perangai kawan-kawan serumah (yang juga rakan sepejabat).

Macam aku naik muak dengan perasaan macam ini. Kamu bayangkan aku balik ke rumah dengan keadaan rumah yang tidak sempurna. Bila mahu ke dapur, mahu memasak untuk makanan tengahari, aku melihat tompokan najis kucing yang sudah kering di atas lantai. Selera makan yang tadi lapar, sudah menjadi macam 'apa'. Malam itu aku mahu meminjam cable extension dari rakan sebilik (cable aku rosak). Aku msg dan meminta keizinan untuk ambil di bilik sebelah. Lagi aku bengang, bila melihat timbunan bekas pinggan mangkuk aku (yg sudah digunakan) di dalam bilik itu. Aku semakin berperasaan macam mendapat 'kesialan' bila melalui perkara macam ini. Aku juga seorang pemalas, tapi masih tahu adab bila 'berumah' dengan orang lain. Sungguh fuck, bukan?

Aku sudah malas berfikir yang tidak bagus. Bila berada di rumah, aku lagi banyak mendiamkan diri. Lagipun memang aku malas mahu bersosial dengan rakan-rakan serumah. Sudah seharian menatap muka yang sama di pejabat, jangan pancing 'rasa' aku untu menyambung semula di rumah. Bagi aku, bila berada di rumah, maknanya privacy aku adalah untuk aku. Jangan pandai-pandai cakap aku ini berperangai pelik. Aku malas mahu memikirkan benda-benda menjengkelkan macam itu.

Sedangkan entry ini pun boleh menjengkelkan kamu kan. Ya, aku memang menjengkelkan.


p/s terima kasih kepada kawan-kawan yang bertanyakan khabar melalui facebook, YM! dan sms. Aku semakin pulih dari demam. Aku hanya berada di dalam bilik (di sandakan), sebab makcik dan suaminya berserta 2 orang cucu lelaki yang sangat hyperactive juga berada di rumah ini.

p/s/s Semoga ada magis pada hari Isnin ini.

Monday, August 10, 2009

Er, memang dia studi bab-bab majis dulu.



Sepupu Harry Porter. Kamu jangan jeles ok!


*fakta utama tentang Dang Yunos:
dia tak pakai kasut tu masa naik pentas terima ijazah ok! hahaha...


p/s : gambar lain, nanti. Dia sendiri ada jurugambar rasmi tuk konvo ni.

Thursday, August 6, 2009

Ku Intai Kamu Dalam Rahsia

Photographed by : Melter Brunei Saginau

Wednesday, August 5, 2009

Kesan-kesan dari petang yang luarbiasa.









Teman lama ini kata, aku kerap mengambil gambar yang dikategorikan sebagai pelik-pelik. Erm, kat ofis aku pun, ofismate pun cakap macam tu. Bagi aku tak ada la peliknya pun. Aku masih ada sedikit sikap berdebar-debar bila ambil gambar orang. Jadi aku layanla ambil gambar benda2 lain. Lagipun aku bukan pengikut trend pun, aku lebih suka buat hal sendiri dalam fotografi ni. Kalau ikutkan hati, nak la beli kamera yang lagi bagus. Tapi, buat masa terdekat ni, mungkin tidak. Sebab aku masih berpuas hati dengan hasil D40, walaupun banyak perkara berkaitan aku masih buat dalam bentuk manual.

Dan, aku mahu berjinak-jinak dengan lomographic dan kamera filem pula. Hahahah..

Hari ini aku dah start bercuti, esok aku dan parents akan terbang ke Kuala Lumpur. Aku rindu Kuala Lumpur, aku rindu suasana di sana. Aku tak pernah terfikir untuk tinggal di sana dalam jangka masa yang lama sekali lagi. Tapi aku punya rakan-rakan yang sangat baik dan sempoi, dan rindu sangat dengan dorang.

okla. typing off dulu. mahu balik dan packing. Hanya backpack dan beg kecil untukdslr. Selera minimalis kan. hahahah.

p/s aku sudah bertanyakan perihal itu kepadanya. Tapi tiada jawapan seperti kali pertama aku bertanyakan padanya. Dan, aku terus melalui hari-hari selepas itu dengan 'eyeliner yang bertambah 0.1 mm' ...hahahaha..

Monday, August 3, 2009

Petang semalam yang sungguh luarbiasa.


Ini, seorang teman lama. Kebetulan dia pun free, kitorang pergi cari port nak snap-snap gambar. Aku memang very the gian nak lepas tension nak amik gambar. So, dia ambik aku kat bandar, dan dia drive ke satu tempat yang kitorang tak rancang langsung pun. Hari petang smalam pun, aku tak ada appointment dengan dia. Ym-punya-ym, kitorang pun deal. Tempat ni lebih kurang tempat orang sidewalk dan berjogging petang-petang. Jauh juga nak bertawaf balik.

Tapi petang semalam aku tak berapa nak bermood, tu pasal hasil gambar cam ni. Aku rasa aku cam demam sikit dan sedikit berhingusssss ahahahahhaha...comel tak? Kebetulan teman lama ni mahu belajar sedikit tentang fotografi, so mana aku tau, aku share la. Kongsi-kongsi idea, dia pun banyak juga gambar lelawa dia snap.

aku.perlu.wide.lens.sekarang.ni.

ada.sesiapa.nak.hadiahkan.kat.aku.ke?

Saturday, August 1, 2009

Diam dan survive saja. Teruskan atau mengaku kalah?

Betul kata Sarah Is The One, mengharapkan orang lain menjadi seperti kita memang sesuatu yang amat gila. Betul kata Haris, 'mas, kau tak payah pedulikan mereka tu. Bergaul dengan atasan tapi jangan sampai tak peduli dengan bawahan pula.InsyaAllah kau akan selamat'. Cuma perlu bersabar dan tunggu hasilnya.

Hari itu aku diberi peluang mengikuti trip ke Tampasak. Kawasan luar bandar @ pedalaman yang dikatakan sedikit ekstrem. Tapi aku terlewat 3 minit, lalu ditinggalkan. Jadi, aku hanya di ofis seperti biasa, petang itu ofis aku dikunjungi oleh pegawai yang lain. Mengadu perihal pembantu-pembantu mereka yang membuat masalah. Makin bertambah rumit.

Mereka itu, yang jadikan aku jadi seorang survivor di tempat ini.

Kata si Pegawai 'Mas, saya tengok keadaan kamu sekarang ialah 3 lawan 1, kan?'

'Ya, Encik. Tapi biarpun saya begitu, saya survive kan?' - ada sedikit riak di situ.

'Begitula yang saya nampak. Nasib baik kamu tahan hati kan?'

'Saya hanya mahu bekerja di sini Encik. Hal-hal lain saya kurang mengambil berat.'

'Tapi Mas kan sudah dilantik jadi ketua di kalangan mereka, tahu kan hakikat tu?

'Ya, Encik. Sebab itu, saya survive sampai hari ini. Sudah 2 bulan. Saya diberi mandat untuk menguruskan pejabat ini. Jadi, saya hanya tumpukan pada kerja saya. Plus, sosial saya di kalangan kawan-kawan memang amat kurang. Masing-masing belum kenal hati budi. Saya percaya perlantikan itu memandang kemampuan diri saya. Tapi dalam masa yang sama, saya tekanan menghadapi beberapa orang yang seolah-olah membenci saya'

'Tak apa. Saya mahu buat aduan ni ...bla bla bla bla...' Beliau mula memberitahu beberapa perkara.

Aku tak takut, aku ada pakcik-pakcik di jabatan sana - <-- ini statement ko memang macam tahi.

Pandai-pandai pula dorang marah, mari aku call jabatan - ko tak sedar limitasi ko macam mana

Ko tak ajar aku buat kerja pun <-- ini buat ko sangat macam bodoh, sedangkan ko dilantik menjadi seorang pekerja. Jadi ko harus pandai bertanya kepada atasan ko sendiri.

Ah banyak lagi.

'Satu lagi Mas, saya tengok dia rajin menolong orang lain. Tapi bila dibelakang dia akan mengutuk orang tersebut.'

'Er.. dan suka bermulut-mulut.'

Mampos~ aduan telah diterima. Dan ini akan aku bawa ke dalam mesyuarat kami selepas sekembali aku dari Kuala Lumpur.

Dang Yunos akan melalui seisi konvokesyen beliau sendiri. Sudah tamat belajar, boleh berjoli-samba dengan duit gaji sendiri. Sekarang pun beliau sudah bekerja. Alhamdullillah, rezeki datang sebelum masanya.

Adik bongsu aku akan menamatkan sesi latihan ketenteraan beliau. Tarikh telah ditunda lewat seminggu dan sudah tentu aku tak dapat pergi pun. Alhamdulillah, rezeki datang terlalu pantas.

Mudah-mudahan Allah terus menyayangi keluargaku, ibubapaku, adik beradik ku dan diri ku sendiri.

Aku berdoa kepada kamu, saudara-saudara ku, kawan-kawan ku,semua orang dan sesiapa saja.

Perihal mereka yang membenci aku, aku tak kisah. Kesilapan aku sangat banyak dan ini mengajar aku supaya menjadi seorang sabar. Ok Mas, bersabar ya.

p/s Mimau hilang, aku bersedih.
p/s/s Aku mahu ke hospital buat pemeriksaan. Sudah 2 hari aku demam.

Kamu semua, semoga gembira ya.