Saturday, June 20, 2009

Selamat Hari Bapak.

Mak dan Bapa.

Masa kerja dengan agensi perkapalan sebelum jadi anggota polis.

berpuluh tahun kemudian.


" Dulu masa kami hanya dua orang adik beradik, aku masih ingat keadaan lagi bila tengok bapa baru balik dari operasi mana-mana tempat. Kalau orang lain, mereka akan bawa bertin-tin minuman ringan mahupun jenis makanan yang lain, yang bukan dari kompek makanan mereka. Tapi bapa hanya membawa 2 tin minuman untuk aku dan adik aku.

Mak tanya, minuman dalam tin ni kau beli ka atau orang bagi. Bapa aku kata, isk, itu aku beli untuk dorang ni la.

Tapi pak, kenapa pakcik **** tu lagi banyak dia bawa pulang untuk anak-anak dia. Kenapa kami dapat 2 tin saja?

Itu orang lain yang bagi. Tak apala, jangan tamak.

Bapa dikata oleh orang lain sebab tidak mengambil pemberian orang lain. Tapi Bapa tahu kenapa dia tidak mahu mengambil barang-barang itu. ada beza antara anak-anaknya...dan anak-anak orang lain yang pernah mengata dia... "

Selamat Hari Bapak.. Semoga Bapak masih hensem dan sihat walafiat sampai bila-bila..

Kepada Bro The Only Rock Head, Haris Alimuddin dan Cikgu Rusuh, saya mengucapkan selamat hari bapa kepada anda semua. Semoga apa saja yang kamu lakukan, semuanya di dalam rahmat Allah s.w.t yang tidak terhingga.

7 comments:

Unknown said...

pandai posing bapak mu mas hehe.. xbuat sambutan ari bapak ka? makan2 ka.. berkumpul ngan family ka?

p/saku tau hari ni tau esok mesti diorang kakak2 dan abangku berkumpul ramai2 dirumah beliauku, saja buat makan2 sempena hari bapa, aku rindu gak bergathering ngan familiyku..

Yus Design said...

huk... terharu aku tengok pic old skoll tu..!! Langsung terbayang situasi cerita diatas bersama watak2 yang turut sama menjayakan cerita Hari Bapak diatas..

Saya juga sayang Bapak Saya...

kakakmu yang sulung dan anggun...wakakak said...

Weiiii apa ambil skripku tu? Aku nda peduli...aku mo royalti! Ini sudah dulu dicakap sama hubbyku. Nda aci la ni. Hehehe main-main jak bah. Ya itulah bapak kita kan. Dengan keikhlasannya bekerja tapi unsur2 meminta-minta maka kita berenam Alhamdulillah semua sudah bekerja. Pagawai sai tu pacsik!

kakakmu yang sulung dan anggun...wakakak said...

wei tanpa bukan tapi tau!

Anonymous said...

mcm pernah kulihat beliaumu..tapi di mana ya..?
bapak ko dulu ada berlakon nagn p.ramlee?

uppersixers

Perempuan Pemimpi said...

semua : hahahahahahhahahahahhahaha

FdausAmad said...

Gaya orang tua tua..

Gua nk jemput lu org mkn kenduri kat blog gua..
ikut baca doa skali pun takpa..kasik berkat..