Friday, June 12, 2009

Outdoor shooting: Azlianah and her Owa


Apa khabar kamu? Saya semakin pulih, tetapi masih ada pening-pening sikit. Semalam (khamis), saya membuat outdoor shooting dengan kawan saya Azlianah dan baby 8 bulannya, Owa. Azlianah merupakan kawan saya semenjak di bangku sekolah Tingkatan 6 lagi. Dia sudah berkahwin selama 6 tahun dan baru diberikan rezeki anak, 8 bulan lepas. Gambar ini saya tidak berkesempatan mahu mengeditnya. Rasa sayang dengan warna original gambar ini. Tak sangka ya, d-s-l-r-l saya ini mampu juga menghasilkan capture macam ini dengan cahaya matahari yang memuncak. Owa bayi kecil yang sangatlah tidak meragam.

O ya, saya sedang sibuk. Sibuk packing segala barang keperluan untuk dibawa ke daerah Telupid. Iya, saya sudah mendapat pekerjaan di sana. Rezeki dari Allah yang saya sendiri tak sangka. Apa pekerjaan saya, saya segan memberitahu kamu. Nanti bila saya bersedia, saya bagitahu la ya. Saya masih terkejut dengan keadaan ini. Untuk posting pertama saya, saya akan bekerja di Telupid, terletak 2 jam perjalanan dari Sandakan. Saya sudah melapor diri dan mendapatkan tempat tinggal di sana Selasa lepas. Kali ini, saya meninggalkan rumah lagi. Berhak untuk jiwa saya merasa sayu meninggalkan kedua ibubapa yang sedang menua. Mudah-mudahan pengorbanan saya kali ini memberi rezeki dan limpah kurnia kehidupan yang lagi bagus dari hari semalam. Sejak akhir-akhir ini terutama sekali selepas sakit sehingga masuk ke hospital yang lepas, saya banyak berfikir tentang hidup. Hidup kita ini singkat rupanya.

Mudah-mudahan penghijrahan kali ini memberi jiwa yang kuat dan lebih bersyukur. InsyaAllah, selepas ini mungkin lebih banyak entry-entry baru yang boleh saya kongsikan kepada kamu di luar sana. Kepada kawan-kawan semua, terima kasih kerana berada di blog ini.

p/s : Facet, cool juga ber-saya-saya ini, ya?
p/s/s: Dang Yunos, kerja rajin-rajin ya.
p/s/s/s: Haris, nanti kita diskas lagi pasal tanah tumpah darah kita.


ada siri kedua untuk outdoor shooting entri ini. Tunggu ya.

6 comments:

xplorer said...

muka baby tu bulat

Pert Alpah said...

wah tahniah Mas, ada hikmah disebalik musibah yg menimpakan tgk ko dptrezeki.. all da best!
p/s cepat2 share x sabar ni mau tau walauapa pun ko buat yg penting halal dan sentiasa bersyukur hehe...daaa

`S3R4CURlYl4` said...

syukur al'hamdulillah..akhir nya kawan aku sorg ni dpt kerja...
sory mas.. cuti skola nie aku berjalan2 dgn si cikgu muar.. lama xon9..br dpt msg ko dr id messy ku...

apa pun.. kerja rajin2 ya.. i'll see u soon.. miss u mas..

Mas Mohd Yunus said...

bro xplorer : ya ya

pert : hahahaha..ya ya

sera : ya ya , sukur.

TEMPATNYA BERHIMPUN PARA BEKAS WARGA SMK SANDAKAN said...

Mas,
azlianah tu macam familiar muka dier ler. Dulu dia sekolah di SMK ke? Ataupun mungkin payau dua serupa?

Mas Mohd Yunus said...

encik tempatnya : dia la tu.