Thursday, June 18, 2009

Katak ini terlalu comel. Mungkin dalam 3 cm saja.

dari tandas...

Mari aku sambung sedikit lagi cerita yang tergantung. So, pagi hari pertama aku bekerja, aku macam sedikit kurang tidur. Memang kurang tidur pun. Aku pun sempat bertanya dengan kakak-kakak kerani di opis tu. Mula-mula mereka macam buat muka inesen bila aku bertanyakan soalan-soalan cepumas pasal rumah tu. Tapi bila saja aku start cerita pengalaman aku Subuh sebelum itu, barulah pula mereka buka cerita sebenar. Tak lama selepas tu aku berpeluang berjumpa dengan bekas staf-staf yang pernah tinggal di rumah tu. Jadi???

RUMAH TU MEMANG ADA BENDA LAIN. DULU SAYA PERNAH PANGGIL USTAZ DARI KINABATANGAN UNTUK TUJUAN PAGAR RUMAH NI. USTAZ TU KATA RUMAH NI DAH LAMA DITINGGALKAN SEBELUM SAYA DAN KELUARGA SAYA DATANG TINGGAL KAT SINI. ADA 8 EKOR SEMUANYA. INGATKAN SAYA DAN ISTERI SAYA MAHU TINGGAL DI SINI SAJA, TAPI ANAK SAYA PULA YANG MACAM ADA KELEBIHAN SEDIKIT BOLEH MELIHAT BENDA-BENDA ALAH TU.

KALAU BOLEH, KAMU YANG TINGGAL DALAM MASTER ROOM JANGAN MANDI DALAM BILIK AIR TU. SEBAB DULU MASA SAYA DAN USTAZ TU TINJAU KAWASAN BILIK AIR TU, SELEPAS SAJA DIBACAKAN DOA YANG TERTENTU, SELURUH DINDING BILIK AIR TU TIBA-TIBA DISELIMUTI SEMUT HITAM. KEMUDIAN HILANG MACAM TU SAJA. JADI USTAZ TU SYAK MUNGKIN ADA PERKARA YANG TAK BAIK PERNAH TERJADI DALAM BILIK AIR TU DULU.

RUMAH DEPAN RUMAH KAMU TU BEKAS RUMAH MAYAT. KAT SITU LAH STAFF SINI KATA KAWASAN PALING DIHITAMKAN. MAKLUMLAH….KADANG-KADANG DALAM OFIS NI ATAU SIANG-SIANG PUN KAMU BOLEH NAMPAK.

Aduh, memang aku berdebar woo..jadi malam hari kedua dan hari ketiga aku memang menumpang tidur di bilik staff lelaki. Aku dah tak peduli atau malu dengan kebolehan aku berdengkur depan dorang pun, sebab aku jadi penakut buat masa ni. Oh ya, untuk pengetahuan kamu 2, 3 hari aku di sini cuaca agak panas sekali. Mungkin disebabkan oleh musim kemarau kan? Sungai Labuk yang indah tu pun kering di sesetengah tempat. Jadi, aku sedang menerima perubahan cuaca di sini. Masa subuh dan malam pun hujan juga, kemudian malam memang sejuk gila. Kawan lelaki aku yang sorang tu jeles aku ada selimut tebal bekas polis punya. Hahahahahhaha…

Semalam, staf baru plus teman sebilik aku dah datang. Jadi semalam, aku dah boleh tidur kat atas katil king size kat bilik aku tu. Semenjak aku datang, aku tak pernah berkemas sepenuhnya sebab aku tak berani sorang-sorang kat bilik aku tu kalau malam. Lepas dinner dan berkemas sikit-sikit, aku akan pergi menumpang lepak dan tidur di bilik staf lelaki. Hahahahaha….herm…aku dah pergi membeli bahan mentah untuk dinner. Harga sayur di sini agak sedikit mahal berbanding Sandakan ya. Maklumlah faktor jarak kan. Jadi, aku sedang menerima perubahan-perubahan ini. Harga makanan laut masih lagi terkawal cuma tak banyak pilihanlah. Oh ya, semalam aku berpeluang untuk pergi dinner di kedai makan berhampiran dengan salah seorang staf. Fuh! Sampai sekarang ni aku masih terbayang-bayangkan rasa sedap nasi goreng ayam semalam tu. Aku memang cerewet sikit tentang nasi goreng ni. Sampai sekarang ni aku masih tertanya-tanya dan mencuba untuk memasak nasi goreng yang cukup sedap. Tapi aku rasa aku masih belum berjaya pun. Aku paling tak suka kalau nasi goreng yang dimasak tu ditambah dengan perasa kicap atau menggunakan perencah dari kedai. Hahahahaha.. natural is more beauty. Aku hanya akan makan kicap kalau ada resepi masakan yang menggunakan kicap sebagai bahan utama contohnya ayam masakkicap ke.

Dah 2 kali aku makan di luar, setakat ni aku berpuas hati dengan tahap kesedapan makanan di daerah Telupid ini. Lagi satu aku mendapati pemandangan di Telupid ni memang cantik. Dengan bukit yang menajam dan hijau. 2 hari lepas aku menerima kunjungan dari adik kepada kawan suami isteri aku, Mamang dan Jinki. Rasa segan pula bila kedua suami isteri tu mengambil berat tentang keadaan aku di sini ni. Mamang merupakan penduduk asal di sini dan Jinki isterinya pula orang Tawau. Jadi, sedikit sebanyak kedua mereka tahu keadaan di sini macam mana. Lagi-lagi bila adik kawan aku tu bercerita. Jadi sekarang ini aku tengah berkira-kira lagi mahu mencari rumah sewa di luar atau tidak. Tapi, terpulang kepada keadaan macam mana. Kalau aku terus tinggal di sini, aku boleh save kos pengangkutan dan kos sewa aku. Kawan-kawan aku yang lain pun macam sedikit sebanyak boleh menerima keadaan ‘istimewa’ di sini. Tengok dulu la macam mana.

Lagipun aku masih belum menerima surat lantikan aku. Pihak pengurusan kata aku kena tunggu surat tu dari pihak paling atasan. Nanti bila aku sudah terima surat lantikan tu baru aku beritahu kamu aku kerja apa ya. Kerja biasa-biasa saja, tapi aku cukup gembira dengan kerja ni. Kira berbaloi untuk aku back for good ke Sabah. Alhamdulillah, mungkin niat aku menjaga kedua ibu bapa aku dikabulkan oleh Allah. Tapi, sekarang ni pun aku berjauhan juga dari dorang tu L. Tak apa, aku memerlukan sedikit kesabaran dan sedikit masa untuk kembali ke kampung halaman serta menjaga kedua ibu bapa aku secara total.

Aku pun rasa bersyukur juga bila adik aku, Dang Yunos sudah mendapat pekerjaan yang aku kira dia agak bertuah sekali meskipun pekerjaan itu di luar dari bidang kursus yang dia ambil. Belum grade dah terima rezeki yang tak ternilai. Tapi, aku pun rasa aku tak boleh mention dulu apa pekerjaan dia kat sini. Mungkin dalam hal-hal tertentu, aku mahu belajar lebih low profile. Sebab bukan semua orang boleh menerima seadaanya siapa kita kan? Tak ada lah jadi bos paling besar di Malaysia pun, cuma dalam keadaan sekarang ni aku rasa bersyukur sebab aku mendapat rezeki ini.

Kalau kamu sudah mengenali aku lebih rapat, mesti kamu merasai apa yang aku maksudkan ini kan? Tiada manusia yang sempurna, jadi kita mesti berusaha mendapatkan kehidupan yang lebih baik dari hari semalam. Aku tak layak menasihati sesiapa pun, tetapi aku cuma mahu berkongsi pendapat aku tentang hari-hari yang aku lalui sepanjang aku hidup. Kalau kamu suka, kamu teruskan pembacaan kamu. Kalau kamu tak suka, terpulang kepada kamu. Aku, kamu dan orang lain masing-masing punya interprasi tersendiri. Jadi, aku rasa sama-samalah kita menerima seadaanya ya.

Okay, aku mahu breakfast. Tapi perut aku masih terbayang-bayang nasi goreng ayam yang sungguh sedap dan lazat semalam tu. Selamat bekerja ya!

p/s: semuga Facet tiada apa-apa. Semalam beliau terlibat dengan kemalangan motor dan sedang bercuti MC. :(


4 comments:

MiszBlank said...

kin takut juga rumah mu tu masz..nnt aku pulang aku mo test tido d rumah mu :))

Unknown said...

ayya...endak taula apa jd kalo aku tgl rumah tu ehhe..anyway tahniah sekali lagi anda menempuh dunia baru..jgn lupa update lagi ya..

UpperSixers said...

mas, ini nasihat dari aku..hati2 dgn katak tersebut.
melihat dari struktur warnanya, beliau aku rasa adalah spesies strawberry poison dart frog atau kdg2 dipnaggil blue jeans frog. nama saintifiknya Dendrobates pumilio. dia ni spupu dengan katak harlequin(Dendrobates Histrionicus), dari nama pon ko tau dorang ni ada kerabat pertalian darah.

tapi katak ni xbleh nak bunuh ko secara langsung, melainkan dengan izin Allah. cuma agak berbahaya kalau disentuh tatkala jari2mu terluka dan racun dri katak ini mengalir di pembulu-pembulu darahmu. tapi berhati2 sekiranya dirimu bertemu dgn katak yg digelar Golden Poison Dart frog atao Phybolates terriblis, mungkin dia ni anak menakan iblis...menurut laporan dari jurnal persatuan katak se-ecuador, katak ini dikatakan boleh mbunuh sehingga 20,000 tikus2 comel atau 8 org manusia!
jadik,,,utk mngurangkan spesies katak di persekitaran rumah agammu, apa kata ko bela ulor?

Perempuan Pemimpi said...

miszblank / toaster : buli ba, siuk juga sini.

pert : tp aku makin hepi sini, kenapa ya? hahaha

haris : aku kempius dengan kau. muehehhe