Tuesday, June 30, 2009

Tertutup.


Pagi ini aku menerima satu kejutan. Taklah terkejut sangat. Bila aku nak buat satu entry ni, tetiba keluar alert bahawasanya blog aku kena flagged oleh seseorang. Flagged ini bertujuan atau merupakan salah satu cara kita nak block sesebuah blog itu dari terus berada 'berkeliaran' dengan entry-entry yang tidak relevan. Alert tu ada memberita bahawa blog aku kena flagged sebab mengandungi objectional content. Hahahahahah... Relevan atau tidak, macam aku rasa blog aku ni ada seseorang yang tak suka. Aku tau ada sesetengah entry aku yang bercerita tentang perihal yang agak sensitif. Kalau tak puas hati, sila buat blog sendiri ok. Hahahahhaha...

Hanya segelintiran picisan ideologi yang semput.


p/s satu pintu tertutup untuk ku, aku yakin ada pintu lain yang sedang menunggu ku.

Monday, June 29, 2009

Pemenang.

Aku ingin update apa objektif sebenar aku menulis di dalam blog ini.

Blog ini dibuka untuk pembacaan kepada mereka yang bercita-cita tinggi, boleh dibawa bergurau, tidak melatah bila dikutuk, cool, jiwa indie, berminat tentang muzik biarpun aku tak main muzik, menerima kelemahan orang lain, menerima kelebihan orang lain, aku cakap tentang kehendak aku pun korang tak anggap aku cam apa, loser juga diterima di sini, ahli politik, bukan ahli politik, peminat sejarah dunia, boleh bercakap tentang soal agama, tidak racist sebab aku pencinta keamanan, kalau aku boring pun korang boleh baca lagi, minat photografi, tak minat pun tak apa, menganggap babi itu juga makhluk Tuhan, peminat kucing, tak minat pun tak apa asal jangan dera kucing, menganggap anjing juga makhluk Tuhan yang dicipta bukan untuk didera, seksi, bijak, sebab aku suka berkawan dengan orang yang bijak kerana aku sendiri tak bijak, hebat, aneh, berpikiran anjakan paradigma, tak sombong, boleh dibawa bermain dam online, peminat band naif, boleh menyanyi biarpun sumbang, menyokong industri muzik lokal Malaysia, tahu pasal sejarah Yahudi, sukakan era pemerintahan semua pemimpin negara, berfikiran maju, katak bawah tempurung pun boleh, suka bercerita pasal isu semasa, kapitalis, suka memasak, tau banyak jenis masakan, gemuk, kurus, hitam, perasaan lawa, perasaan hensem, banyak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....


dan aku menolak manusia yang bebal tidak mahu menerima hakikat bahawa orang lain itu adalah pemenang.

Friday, June 26, 2009

Aku serius dan sedikit menggeletar.

Ada masanya aku macam sedikit macam stress kalau sekeliling aku tidak membantu aku untuk berfikir dengan rasional. Aku sudah muak menjaga sesetengah perasaan, jadi aku mengambil keputusan untuk menjadi seorang yang tidak relevan pada mereka. Jadi, aku tidak terlalu bimbang apa pun mereka buat. Ah, jadi seorang kawan kepada kawan yang memerlukan kamu ketika senang saja memang macam jadi seorang babi.

macam SEORANG BABI? fahamkan?

aku rasa babi lagi mulia dibandingkan dengan kawan-kawan yang membabikan kamu. Kesian babi jadi sebutan.

Mak digigit lipan, jadi sekejap lagi aku akan rush balik ke Sandakan.

p/s menjadi seorang yang tidak relevan pada orang lain adalah perkara yang sungguh cool. Kamu patut contohi aku.

Saturday, June 20, 2009

Selamat Hari Bapak.

Mak dan Bapa.

Masa kerja dengan agensi perkapalan sebelum jadi anggota polis.

berpuluh tahun kemudian.


" Dulu masa kami hanya dua orang adik beradik, aku masih ingat keadaan lagi bila tengok bapa baru balik dari operasi mana-mana tempat. Kalau orang lain, mereka akan bawa bertin-tin minuman ringan mahupun jenis makanan yang lain, yang bukan dari kompek makanan mereka. Tapi bapa hanya membawa 2 tin minuman untuk aku dan adik aku.

Mak tanya, minuman dalam tin ni kau beli ka atau orang bagi. Bapa aku kata, isk, itu aku beli untuk dorang ni la.

Tapi pak, kenapa pakcik **** tu lagi banyak dia bawa pulang untuk anak-anak dia. Kenapa kami dapat 2 tin saja?

Itu orang lain yang bagi. Tak apala, jangan tamak.

Bapa dikata oleh orang lain sebab tidak mengambil pemberian orang lain. Tapi Bapa tahu kenapa dia tidak mahu mengambil barang-barang itu. ada beza antara anak-anaknya...dan anak-anak orang lain yang pernah mengata dia... "

Selamat Hari Bapak.. Semoga Bapak masih hensem dan sihat walafiat sampai bila-bila..

Kepada Bro The Only Rock Head, Haris Alimuddin dan Cikgu Rusuh, saya mengucapkan selamat hari bapa kepada anda semua. Semoga apa saja yang kamu lakukan, semuanya di dalam rahmat Allah s.w.t yang tidak terhingga.

Friday, June 19, 2009

Selamat berhari minggu.



api

air

tanah

udara

merajuk

memujuk

tak peduli, tapi curi-curi pandang

tak kisah, tapi menyimpan

sememangnya hidup ini kompliketet.




Selamat berhari minggu semua, hari ini aku pulang ke Sandakan.

Thursday, June 18, 2009

Katak ini terlalu comel. Mungkin dalam 3 cm saja.

dari tandas...

Mari aku sambung sedikit lagi cerita yang tergantung. So, pagi hari pertama aku bekerja, aku macam sedikit kurang tidur. Memang kurang tidur pun. Aku pun sempat bertanya dengan kakak-kakak kerani di opis tu. Mula-mula mereka macam buat muka inesen bila aku bertanyakan soalan-soalan cepumas pasal rumah tu. Tapi bila saja aku start cerita pengalaman aku Subuh sebelum itu, barulah pula mereka buka cerita sebenar. Tak lama selepas tu aku berpeluang berjumpa dengan bekas staf-staf yang pernah tinggal di rumah tu. Jadi???

RUMAH TU MEMANG ADA BENDA LAIN. DULU SAYA PERNAH PANGGIL USTAZ DARI KINABATANGAN UNTUK TUJUAN PAGAR RUMAH NI. USTAZ TU KATA RUMAH NI DAH LAMA DITINGGALKAN SEBELUM SAYA DAN KELUARGA SAYA DATANG TINGGAL KAT SINI. ADA 8 EKOR SEMUANYA. INGATKAN SAYA DAN ISTERI SAYA MAHU TINGGAL DI SINI SAJA, TAPI ANAK SAYA PULA YANG MACAM ADA KELEBIHAN SEDIKIT BOLEH MELIHAT BENDA-BENDA ALAH TU.

KALAU BOLEH, KAMU YANG TINGGAL DALAM MASTER ROOM JANGAN MANDI DALAM BILIK AIR TU. SEBAB DULU MASA SAYA DAN USTAZ TU TINJAU KAWASAN BILIK AIR TU, SELEPAS SAJA DIBACAKAN DOA YANG TERTENTU, SELURUH DINDING BILIK AIR TU TIBA-TIBA DISELIMUTI SEMUT HITAM. KEMUDIAN HILANG MACAM TU SAJA. JADI USTAZ TU SYAK MUNGKIN ADA PERKARA YANG TAK BAIK PERNAH TERJADI DALAM BILIK AIR TU DULU.

RUMAH DEPAN RUMAH KAMU TU BEKAS RUMAH MAYAT. KAT SITU LAH STAFF SINI KATA KAWASAN PALING DIHITAMKAN. MAKLUMLAH….KADANG-KADANG DALAM OFIS NI ATAU SIANG-SIANG PUN KAMU BOLEH NAMPAK.

Aduh, memang aku berdebar woo..jadi malam hari kedua dan hari ketiga aku memang menumpang tidur di bilik staff lelaki. Aku dah tak peduli atau malu dengan kebolehan aku berdengkur depan dorang pun, sebab aku jadi penakut buat masa ni. Oh ya, untuk pengetahuan kamu 2, 3 hari aku di sini cuaca agak panas sekali. Mungkin disebabkan oleh musim kemarau kan? Sungai Labuk yang indah tu pun kering di sesetengah tempat. Jadi, aku sedang menerima perubahan cuaca di sini. Masa subuh dan malam pun hujan juga, kemudian malam memang sejuk gila. Kawan lelaki aku yang sorang tu jeles aku ada selimut tebal bekas polis punya. Hahahahahhaha…

Semalam, staf baru plus teman sebilik aku dah datang. Jadi semalam, aku dah boleh tidur kat atas katil king size kat bilik aku tu. Semenjak aku datang, aku tak pernah berkemas sepenuhnya sebab aku tak berani sorang-sorang kat bilik aku tu kalau malam. Lepas dinner dan berkemas sikit-sikit, aku akan pergi menumpang lepak dan tidur di bilik staf lelaki. Hahahahaha….herm…aku dah pergi membeli bahan mentah untuk dinner. Harga sayur di sini agak sedikit mahal berbanding Sandakan ya. Maklumlah faktor jarak kan. Jadi, aku sedang menerima perubahan-perubahan ini. Harga makanan laut masih lagi terkawal cuma tak banyak pilihanlah. Oh ya, semalam aku berpeluang untuk pergi dinner di kedai makan berhampiran dengan salah seorang staf. Fuh! Sampai sekarang ni aku masih terbayang-bayangkan rasa sedap nasi goreng ayam semalam tu. Aku memang cerewet sikit tentang nasi goreng ni. Sampai sekarang ni aku masih tertanya-tanya dan mencuba untuk memasak nasi goreng yang cukup sedap. Tapi aku rasa aku masih belum berjaya pun. Aku paling tak suka kalau nasi goreng yang dimasak tu ditambah dengan perasa kicap atau menggunakan perencah dari kedai. Hahahahaha.. natural is more beauty. Aku hanya akan makan kicap kalau ada resepi masakan yang menggunakan kicap sebagai bahan utama contohnya ayam masakkicap ke.

Dah 2 kali aku makan di luar, setakat ni aku berpuas hati dengan tahap kesedapan makanan di daerah Telupid ini. Lagi satu aku mendapati pemandangan di Telupid ni memang cantik. Dengan bukit yang menajam dan hijau. 2 hari lepas aku menerima kunjungan dari adik kepada kawan suami isteri aku, Mamang dan Jinki. Rasa segan pula bila kedua suami isteri tu mengambil berat tentang keadaan aku di sini ni. Mamang merupakan penduduk asal di sini dan Jinki isterinya pula orang Tawau. Jadi, sedikit sebanyak kedua mereka tahu keadaan di sini macam mana. Lagi-lagi bila adik kawan aku tu bercerita. Jadi sekarang ini aku tengah berkira-kira lagi mahu mencari rumah sewa di luar atau tidak. Tapi, terpulang kepada keadaan macam mana. Kalau aku terus tinggal di sini, aku boleh save kos pengangkutan dan kos sewa aku. Kawan-kawan aku yang lain pun macam sedikit sebanyak boleh menerima keadaan ‘istimewa’ di sini. Tengok dulu la macam mana.

Lagipun aku masih belum menerima surat lantikan aku. Pihak pengurusan kata aku kena tunggu surat tu dari pihak paling atasan. Nanti bila aku sudah terima surat lantikan tu baru aku beritahu kamu aku kerja apa ya. Kerja biasa-biasa saja, tapi aku cukup gembira dengan kerja ni. Kira berbaloi untuk aku back for good ke Sabah. Alhamdulillah, mungkin niat aku menjaga kedua ibu bapa aku dikabulkan oleh Allah. Tapi, sekarang ni pun aku berjauhan juga dari dorang tu L. Tak apa, aku memerlukan sedikit kesabaran dan sedikit masa untuk kembali ke kampung halaman serta menjaga kedua ibu bapa aku secara total.

Aku pun rasa bersyukur juga bila adik aku, Dang Yunos sudah mendapat pekerjaan yang aku kira dia agak bertuah sekali meskipun pekerjaan itu di luar dari bidang kursus yang dia ambil. Belum grade dah terima rezeki yang tak ternilai. Tapi, aku pun rasa aku tak boleh mention dulu apa pekerjaan dia kat sini. Mungkin dalam hal-hal tertentu, aku mahu belajar lebih low profile. Sebab bukan semua orang boleh menerima seadaanya siapa kita kan? Tak ada lah jadi bos paling besar di Malaysia pun, cuma dalam keadaan sekarang ni aku rasa bersyukur sebab aku mendapat rezeki ini.

Kalau kamu sudah mengenali aku lebih rapat, mesti kamu merasai apa yang aku maksudkan ini kan? Tiada manusia yang sempurna, jadi kita mesti berusaha mendapatkan kehidupan yang lebih baik dari hari semalam. Aku tak layak menasihati sesiapa pun, tetapi aku cuma mahu berkongsi pendapat aku tentang hari-hari yang aku lalui sepanjang aku hidup. Kalau kamu suka, kamu teruskan pembacaan kamu. Kalau kamu tak suka, terpulang kepada kamu. Aku, kamu dan orang lain masing-masing punya interprasi tersendiri. Jadi, aku rasa sama-samalah kita menerima seadaanya ya.

Okay, aku mahu breakfast. Tapi perut aku masih terbayang-bayang nasi goreng ayam yang sungguh sedap dan lazat semalam tu. Selamat bekerja ya!

p/s: semuga Facet tiada apa-apa. Semalam beliau terlibat dengan kemalangan motor dan sedang bercuti MC. :(


Wednesday, June 17, 2009

Ahad tu..

ini ruang tamu rumah aku tu.
Kahkahkah, korang penat menunggu ya?

Aku hantar barang-barang keperluan aku hari Sabtu tu. Mak bapa aku ikut sekali. Ingatkan nak hantar hari Jumaat, tapi tiba-tiba kereta yang aku nak sewa pergi Telupid tu cancelled pula 2 jam sebelum nak jalan. Memang choy sangat. So, aku pun malas nak pikir-pikir, aku transfer p hari Sabtu. Deal la dengan driver kereta sewa tu. Aku dah bagitau pun dengan pihak opis tentang benda ni. Jadi, awal pagi Sabtu berangkatlah rombongan itu.

Memandangkan aku ni baru lagi kat tempat ni, aku tak tidur kat sana hari Sabtu tu. Aku mengaku aku takut. Maklumlah tempat asing bagi aku dan bukan dalam kawasan bandar. Tempat tinggal yang dapat ni kira yang paling hujung dalam kawasan pekan. Jadi, kamu boleh bayangkan ke? Sila bayangkan. Kalau nak jalan kaki ke pekan Telupid, boleh. Tapi banyak benar anjing jalanan yang terdapat di jalan utama ke pekan. Haih. Tu cari masalah namanya. So, balik ke Sandakan.

Aku target kawan-kawan aku yang lain akan datang pada hari Ahad tu. Maklumlah hari Isnin kan dah kerja. Tetapi...aku duduk sorang malam tu. Biasala..aku pun melakukan apa yang patutla, kan masuk rumah baru. Rumah tu sedikit kotor dan kalau korang nampak pun cam horror. Memang horror pun. Ada juga staff lain yang tinggal berdekatan rumah aku tu. So, oleh kerana aku takut, aku mandi awal kul 5 petang dan masak dinner pula lepas tu. Kira-kira 7 malam aku dah masuk bilik dan berkunci dari dalam. Aku dapat bilik master room, jadi ada toilet la kat dalam. Siap ada bathtub lagi, tapi keadaan bathtub tu agak kotor la.

Mahu dijadikan cerita, masa Maghrib tu aku bacakan Yasin. Biarpun aku tak taat, tapi aku juga berusaha untuk menjadi sebahagian keperluan yang wajib itu. Kemudian aku pasang mp3 aku kat lappy, slowkan sajalah. Kebetulan hp aku bermasalah la pula. Tak boleh on langsung. Fuh! memang aku rasa darurat betul. Ada katil king size disediakan di bilik aku, tapi aku tak guna pun. Aku tidur kat atas lantai kat hujung katil sebab aku salah letak langsir kat tingkap. Langsir nipis ala-ala pengantin tu. So, malam tu aku pasang semua lampu kat rumah, termasuk lah bilik aku. Komfem la nampak thru kan. Lagipun setiap malam, ada pakgad akan meronda. Hui!

Setiap jam aku akan bangun tengok jam kat lappy. Memang aku takut lah malam tu. Dah pikir-pikir dah, ada apa2 aku lari je lepak kat pondok jaga, sambil buat muka selamba =))
Pukul 12 tengah malam, aku terkejut dari tidur. Ini aku tak cakap suwei punya, aku macam kena bisik oleh sesuatu yang seolah-olah memanggil nama aku. Cuma, nama yang disebut adalah nama yang keluarga dan kawan-kawan terdekat aku saja panggil. Seingat aku 2 kali! Kemudian aku duduk, sambil meninjau2 laptop. Dah la aku mengantuk gila, boleh pula jadi cam ni. Pada fikir aku, aku dah berjaya melalui malam itu 6 jam yang pertama dengan jayanya tanpa sebarang gangguan. Kemudian aku tidur lagi...pukul 2 , pukul 3 aku bangun lagi. Arrr, dengan yakin aku pikirkan, kompom la ni tak ada apa-apa.

Jeng-jeng-jeng...pukul 4.38 pagi, sesubuh yang hening itu...sekejap tadi hujan rintik-rintik dan mendengar katak sedang berbalas pantun.

Tiba-tiba aku meloncat duduk dari tempat tidur aku bila aku dengar bunyi suara yang sangat dekat dengan tingkap bilik aku tu. Mungkin anjing..tapi kenapa macam suara perempuan ya..sebab terdapat anjing-anjing jalanan yang aku agak ada berada di luar pagar kawasan tu. Aku konsentret kejap bunyi tu.

CUBA KORANG IMAGINE JAP...SUARA PEREMPUAN YANG SEDANG MENANGIS YANG PALING SAYUUUUUUU SEKALI. KEMUDIAN SEOLAH-OLAH DIA TU SEDANG DIPUKUL.TAKPUN MAHU MELEPASKAN DIRI DARI SESUATU HALANGAN. KEADAAN TU BERLANJUTAN DALAM LEBIH KURANG 30 SAAT. TAK LAMA LEPAS TU, AKU DENGAR SUARA MENANGIS TU MAKIN MENJAUH.KEMUDIAN, AKU DENGAR ANJING MELOLONG. WTH!

*belakang dan depan rumah aku ada pokok mangga dan rambutan yang tinggi dan rimbun.

Padahal sebelum tu, aku rasakan suara tu memang betul-betul kat tingkat bilik aku tu. Kalau la aku padam lampu malam tu, komfom aku bleh nampak thru ke luar sebab ada cahaya suram di luar yang didapati dari lampu jalan utama depan rumah. Kemudian, aku buat-buat macam blank kejap, sbb aku mesti kawal diri aku. Kalau tak, aku pun tak tau apa yang akan jadi. Aku berzikir kemudian konsentret pada diri sendiri. Aku berhibernasi dalam jangkamaa 15 minit, sambil mengingati bahawa aku dan manusia lain diciptakan dari tanah dan lagi mulia dari ciptaan Nya yang lain. Kemudian, aku mengingati bahawa, selain dari manusia, binatang mahupun ciptaan alam ini, ada lagi makhluk lain yang kita tidak nampak dengan mata kasar ini. Dan ya, bersyukur seadaanya.

Lepas aku berhibernasi tu, aku rasa aku tertidur. Dalam jangka masa ke pukul 5.30 pagi, aku rasa aku tertidur dan terbangun dan tertidur dan terbangun. hahahahahah...bila aku dah nampak cahaya matahari, aku cukup bersyukur.

nah ini sinaran matahari yang aku maksudkan. Aku snap lepas aku tertidur dan terbangun dan tertidur dan terbangun.

Kemudian, aku pergi bekerja hari pertama, aku pun bertanya pada kakak-kakak opis. Tapi aku macam sedikit penat ari ni, bos tak ada. Tak bz pun, tapi aku rasa aku penat. Jadi kamu tunggulah ya, sambungan ketiga cerita ini. Kahkahkah.

Monday, June 15, 2009

Hari pertama. Wah!



Hari pertama tinggal bersendirian di rumah yang disediakan oleh pihak majikan memang sungguh buat aku segan sekali. Subuh tadi aku mendengar tangisan perempuan yang sungguh mendayu-dayu dan sayuuuuu sekali..lokasi? Sebelah tingkap bilik aku. Mahu aku ceritakan?

Sunday, June 14, 2009

Siri 2 = outdoor shooting: Azlianah and her Owa






Hai semua, apa khabar? Ini siri kedua bagi outdoor shooting dengan kawan aku ni. Mungkin Owa tengah ber-flu tu pasal korang nampak hingus dia tengah meleleh. Kerap kali mummy dia ni lap ingus Owa ni. Mak aku cakap, salah satu nak kurangkan demam atau selesema dalam badan ialah berjemur di bawah cahaya matahari. Harap-harap Owa akan sembuh cepat-cepat. Nanti next shooting, dah boleh ketawa dah. Hahahaha...

Haih , h.i.d.u.p.. apa yang kamu faham tentang hidup?

Masa aku tengah buat entry ni, sebenarnya aku tengah tunggu bas nak ke Telupid. Semalam aku dah hantar barang, tapi aku macam 'segan' nak tinggal sorang-sorang dalam rumah tu. Aku fikir, hari ini semua staff yang akan kongsi dalam rumah tu akan datang. Jadi, taklah 'aku segan' lagi kan. Macam satu rahmat Tuhan bagi kepada aku, tempatkan aku di kawasan itu. Sedikit nyaman, dan aku memang sukakan bau-bauan hutan. Walaupun aku duduk dalam pekan, tapi masih terdapat seluas hutan dara yang terletak megah di sekitar kawasan Telupid. Perjalanan dari Sandakan ke Telupid sedikit membosankan. Macam juga ke Tawau hari itu. Ah, persetankan semua perusahaan kelapa sawit. Memburukkan pemandangan. Tak ada yang menyegarkan mata. Tapi kalau perusahaan ini tak ada, bagaimana pekerja-pekerja di situ mencari sesuap nasi.

Tetapi aku lebih suka memilih hutan banat.

Semoga kamu sihat di luar sana. Siri ketiga entri ini akan menyusul. Tapi aku tak tahu bila.

Doakan saja semoga hidup kita ini lebih baik. InsyaAllah.

Friday, June 12, 2009

Outdoor shooting: Azlianah and her Owa


Apa khabar kamu? Saya semakin pulih, tetapi masih ada pening-pening sikit. Semalam (khamis), saya membuat outdoor shooting dengan kawan saya Azlianah dan baby 8 bulannya, Owa. Azlianah merupakan kawan saya semenjak di bangku sekolah Tingkatan 6 lagi. Dia sudah berkahwin selama 6 tahun dan baru diberikan rezeki anak, 8 bulan lepas. Gambar ini saya tidak berkesempatan mahu mengeditnya. Rasa sayang dengan warna original gambar ini. Tak sangka ya, d-s-l-r-l saya ini mampu juga menghasilkan capture macam ini dengan cahaya matahari yang memuncak. Owa bayi kecil yang sangatlah tidak meragam.

O ya, saya sedang sibuk. Sibuk packing segala barang keperluan untuk dibawa ke daerah Telupid. Iya, saya sudah mendapat pekerjaan di sana. Rezeki dari Allah yang saya sendiri tak sangka. Apa pekerjaan saya, saya segan memberitahu kamu. Nanti bila saya bersedia, saya bagitahu la ya. Saya masih terkejut dengan keadaan ini. Untuk posting pertama saya, saya akan bekerja di Telupid, terletak 2 jam perjalanan dari Sandakan. Saya sudah melapor diri dan mendapatkan tempat tinggal di sana Selasa lepas. Kali ini, saya meninggalkan rumah lagi. Berhak untuk jiwa saya merasa sayu meninggalkan kedua ibubapa yang sedang menua. Mudah-mudahan pengorbanan saya kali ini memberi rezeki dan limpah kurnia kehidupan yang lagi bagus dari hari semalam. Sejak akhir-akhir ini terutama sekali selepas sakit sehingga masuk ke hospital yang lepas, saya banyak berfikir tentang hidup. Hidup kita ini singkat rupanya.

Mudah-mudahan penghijrahan kali ini memberi jiwa yang kuat dan lebih bersyukur. InsyaAllah, selepas ini mungkin lebih banyak entry-entry baru yang boleh saya kongsikan kepada kamu di luar sana. Kepada kawan-kawan semua, terima kasih kerana berada di blog ini.

p/s : Facet, cool juga ber-saya-saya ini, ya?
p/s/s: Dang Yunos, kerja rajin-rajin ya.
p/s/s/s: Haris, nanti kita diskas lagi pasal tanah tumpah darah kita.


ada siri kedua untuk outdoor shooting entri ini. Tunggu ya.

Sunday, June 7, 2009

Beberapa perihal dan masih belum sihat sepenuhnya.


Ada yang rindu dengan entri-entri aku tak? Ya, aku masih belum pulih sepenuhnya. Selepas entri terakhir sebelum ni, aku sakit semula. Tapi tak lah sampai masuk ke hospital balik...eeee....tak mahu aku. Tapi aku ikut nasihat doktor, makan panadol ontime dan sentiasa kerap minum air. Cuma sekarang ni, aku selalu sakit perut dan kerap pening-pening. Tu aku lama berehat di rumah.

Ya, macam kamu tahu. Sekarang ini musim cuti sekolah. Sana-sini pak pung pak pung bunyi kompang dipalu. Budak-budak kat atas ni pun buat kompang versi sendiri. Haih. Bising betul. Gambar-gambar kat atas aku snap kat kebun sayur mak aku. Saja-saja buat eksperimentasi dengan cahaya matahari yang memekat.

o ya, mungkin aku tidak akan membelog dalam jangka masa yang terdekat. Ada perkara besar telah berlaku. Aku mahu bercerita kepada kamu, tetapi aku malu. Nantilah, kalau sudah menjadi perkara tersebut, aku cerita kepada kamu.

Tolong bercerita kepada aku pasal Telupid, penting ni!