Sunday, January 25, 2009

Bukan Tahi.


*tiada kena mengena dengan tajuk entry :P

Aku membaca semula entri-entri lama aku. Tahun lepas, 2008. Dan beberapa entri tahun 2007. Usia untuk mylittleparade ini masih mentah. Aku agak tergelak membaca semula, dan ya, aku banyak mengalami kegembiraan pada tahun 2008, yang lepas. Syukur Ya Allah.

Ada 9 azam yang telah aku catat beberapa hari sebelum menjelang tahun 2008. Dan 5 darinya telah berjaya aku lakukan dengan jayanya. Apa pula azam aku kali ini, untuk tahun 2009? Otak aku tengah membeku sekarang ini, maklumlah sudah 3 bulan kembali ke kampung halaman. Belum bekerja pun. Jadi, mungkin berlaku sedikit crampy di sana.

1.Cari kerja, cari kerja dan cari kerja.
Aku tak boleh berharap 100% kepada projek pertanian keluarga aku itu. Aku juga perlu wang untuk diri sendiri pada setiap masa. Aku juga perlukan environment lain kerana aku suka travelling. Jadi, aku masih di dalam pencarian kerja. Mungkin di sini sedikit payah mencari seperti yang aku mahu, jadi aku harus bersikap positif terhadap apa juga perkara, kan? Agak lama aku dalam situasi berehat aku ini. Jadi, sudah sampai masanya aku bangkit semula. Cari wang.

2.Cari wang, cari wang dan cari wang.
Kamu mengaku, mempunyai wang yang banyak merupakan satu momen yang sangat indah? Ya, dengan wang, kamu boleh lakukan apa saja. Beli pakaian yang kamu idamkan, gantikan sepatu travelling kamu yang sudah haus itu (baca: selipar putih aku dah hilang sebelah), mungkin mahukan kamera yang baru (baca: mungkin hanya penambahan lens), travelling all around sabah (baca: aku mahu berkongsi gambar dengan kamu), mungkin juga travel ke luar negara (baca: Filipina, Indonesia, atau Brunei). Dengan wang, aku boleh bergembira di mana saja aku mahu.


3.Lebih menggila di dalam fotografi.
Aku berazam mahu mempertajamkan skil aku lagi. Aku harus melakukan lebih banyak mempraktikkan cara mengambil gambar, membaca, netting, lebih banyak berjalan (baca: banyak berjalan banyak gambar baru), cari angle-angle yang baru…argh….banyak lagilah.


4.Lebih banyak fokus di dalam menimba ilmu pengetahuan dan isu semasa.
Aku semakin mencintai blogging. Aku mahu berkongsi maklumat dengan sesiapa saja. Dengan medium pantas seperti ini, aku harap aku boleh membantu masyarakat atau siapa saja untuk mengetahui apa juga bidang pengetahuan dan isu semasa. Aku semakin galak menonton Oprah Winfrey, aku juga sudah mengambil tahu drama-drama melayu kita, channel-channel seperti National Geography, Discovery Channel, Animal Planet, Crime Science Investigation, AFC….tidak kira-la sains fiksyen sekalipun, aku mahu menjadi seorang yang bermaklumat dan berilmu. Jadi, aku akan terus menulis di sini, ok?

5.Aktiviti seni, mungkin.
Aku suka bila aku berada di Kuala Lumpur dulu. Macam-macam pameran seni yang aku pergi. Tetapi di sini, mungkin benda-benda seperti itu ada dan aku tidak tahu kewujudannya. Atau memang tiada langsung L . Jadi, mungkin aku akan mencari teman-teman lama dan baru untuk bekerjasama membuat aktiviti-aktiviti seni seperti yang aku impikan. Plus, berguna kepada masyarakat sekitar aku. Doakan keinginan aku ini, ya. Oh ya, kalau kamu ada idea yang bernas, bagitau aku.

6.Cinta, mungkin.
Aku harap aku boleh bercinta pada tahun ini. Kan aku ini single?


Biasanya orang akan list down sebanyak 10 azam. Oh ya, 4 azam lagi merupakan azam-azam yang tahun lepas. Harap-harap boleh cover semula tahun ini. Apa pun, aku sentiasa mahu majukan diri lebih baik dari sebelum ini. Jadi, kamu pula bagaimana?

Friday, January 23, 2009

Nenek kamu ada buat macam ini?

Seorang nenek mahu mengajar cucu-cucunya tentang apa itu tanah.
Kamu?











Wednesday, January 21, 2009

Kamon, Peluk aku!

Apa kata hari ini kamu memberikan pelukan kepada orang-orang di sekitar kamu. Keluarga kamu, jiran-jiran kamu, binatang peliharaan kamu, kawan-kawan kamu, kawan se-opis­ yang sudah lama tidak bertegur sapa… haih…ini bukan program sempena hari kasih sayang, se-valentine’s (bulan depan, ya?), tapi salah satu usaha untuk memberikan keamanan kepada dunia.

Bunyinya agak seperti janggal, bukan? Jadi peluk-la­ insan muhrim anda.. Heheheh… pagi tadi, aku menonton Oprah Winfrey’s Show. Jadi aku terdetik mahu berkongsi info ini dengan kamu. Kamon peluk aku!!


Juan Mann, seorang pemuda unik yang telah menjalankan misi amalnya yang tersendiri. Katanya, dia merupakan seorang pemuda yang berasal dari London, mempunyai keluarga kandung dan kawan-kawan yang sudah berpindah keluar dari Kota London. Dia merasa keseorangan dan menjadi kesunyian. Jadi, beliau mendapat satu idea untuk berkongsi kasih sayang dan misi keamanan kepada orang di sekelilingnya. Beliau membuat satu sepanduk bertulis : Free Hugs dan mula berdiri di sebuah mall membeli belah semasa orang tengah menjamu selera makan tengahari. Pada mulanya (15 minit yang pertama), beliau tidak mendapat apa-apa permintaan pelukan pun. Tetapi, lama kelamaan beliau sendiri sudah dikenali dengan sepanduk Free Hugs itu.

Beliau tidak menafikan menerima kritikan dari orang ramai, almaklum-la janggal kan. Beliau juga menerima amaran dari pihak berkuasa polis tempatan, kerana beliau didakwa boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang awam. Sebagai langkah, beliau mendapatkan 10,000 tandatangan sebagai petisyen dari orang ramai sebagai tanda beliau tidak berbahaya dan merupakan kawan kepada orang ramai. Selain daripada itu, Juan Mann mempunyai seorang jurukameranya sendiri (untuk aktiviti Free Hugs itu), Nick, yang telah meng-uploadkan setiap rakaman misi keamanan itu ke Youtube.com. Kesannya, 25 negara telah bersetuju untuk mengadakan misi seperti ini tidak sampai dalam masa 3 minggu. Haih.

Kita, di Malaysia ini, apa misi keamanan yang telah kita jalankan? Konsert AMAN Malaysia? Herm…itu ja la orang Malaysia tahu. Berhibur – berhibur – berhibur..

Mari kamu, peluk si beruang ini =))




Wohoooo....

Wohoooo….

Band Indie terus menyinari industri muzik tempatan. Ahad lepas, sebuah lagi band Indie diperakui kehebatannya di pentas muzik Malaysia. Boooo.. sama kamu yang memandang rendah aliran ini. Jadi, inilah buktinya. Selepas Estranged mengungguli dengan lagu Itu Kamu pada AJL ke 22 tahun lepas, kali ini Meet Uncle Hussain dengan lagu mereka Lagu Untukmu telah menjuarai Anugerah Juara Lagu kali – 23 oleh stesen televisyen TV3. Whoahhh…persembahan mereka memang bagus pun.

Bagi kamu yang baru mengenali Meet Uncle Hussain, mesti kamu pun akan ter- macam aku. Ter- apa yang aku maksudkan pun, aku susah nak gambarkan. Ya la, kalau kamu dengar suara normal / ketika tidak menyanyi vokalis LAN ini, mungkin kamu akan cakap, suara macam ini boleh jual ke? Jadi, buktinya sudah dipersembahkan dan diperakui. Itulah uniknya Lan Meet Uncle Hussain.

Dressing mereka pun bukanlah ekstrem sangat, ini ditambah lagi dengan mekap ala-ala badut pada setiap wajah anggota mereka. Owh ya, mereka itu low profile. Mari kita tengok pemerhatian aku terhadap AJL kali ke 23 ini.

Faizal Tahir – Cuba – Wohoaaa…aku tak tau ke mana perginya imej nasyid beliau suatu ketika dulu. Kalau takat rambut attached tu aku bleh terima lagi-la. Tapi dengan cat kuku bewarna hitam, aku rasa imej nasyid dulu tu mungkin ilusi aku saja ke? Hehehehe… aku akui aku baru saja dengar lagu ni dalam masa 2 bulan ini, tapi lirik dia memang best-la. Ala-ala kau dijadikan teman pelepas boring (aku-la ni), kau sesuai sangat dengar lagu ini. Jangan nangis ok. Vocal beliau memang power wohoaaaa.. tapi aku rasa gimik gitar itu menganggu performance beliau. Haih.. Aizat pun buat cam tu kan?

Faizal Tahir – Sampai Syurga – Gimik ala – ala get ready nak buat show itu macam idea budak-budak Tingkatan 2 mahu membuat drama pantomen aja. Tak apa, dah jadi artis pun kan. Tapi aku suka idea kipas tu. Agaknya, kalau beliau pakai jaket ala-ala Fiq dalam video klip Bukti, lepas tu angin kipas tu terbang-terbangkan baju dia tu, wohoaaa mesti sesuai dengan tema dengan Sampai Syurga kan? Haih. Dalam cerita orang putih, kalau mahu ke syurga kena pakai sayap kan? Ala- ala terbang katakan? Sekali lagi dengan gitar kaler biru langit??? Beliau sudah kehabisan idea ke? Tak apa, berbaloi 3 anugerah sejumlah RM 30++k kau dah menang. Tahniah-la wahai Faizal.

Er..kau rasa, adakah beliau dah PERASAN bahawa beliau akan memenangi Juara Lagu la pulak?

Aku rasa oren. Ejejejeje…..

Ziana Zain – Gerimis – Alamarksss… akak tak buat latihan stamina ke kak sebelum bertanding ni? Adik aku cakap: Dia dah tua dah ni. Kesian akak dah pancit dan zaman kegemilangan jerit-jerit akak tu dah beransur phergi. Apapun, aku suka cekak rambut beliau…butir berlian yang sangat cantik, dan ofkos, baju beliau memang tip top beb. Sejak akhir-akhir ini, lagu-lagu lama beliau sering berkumandang dalam radio. Oh, manisnya.

pembetulan : tajuk lagu akak ni Dingin ......hahahaha...thanks to Kematz

Estranged – Persembahan mereka biasa saja. Jadi tak perlu nak target dapat apa-apa anugerah pun.

Stacy – Aku Stacy – aku susah nak bagi pendapat pun. Apakah beliau salah masuk ruang waktu? Ataupun sebenarnya beliau wajar menang salah satu kategori. Mungkin beliau kena masuk bila tak ada pencabar terbaik dalam kategori Pop Rock. Aku suka tengok perfomance dia berbanding Farawahida. Jadi Stacy, kamu pemenang dalam hati aku, ok? Mekap, dressing memang best. Apatah lagi suara dan kareografi, aku kira sebelah kamu itu adalah abang kamu kan? Abang kamu dan geng-geng dia ke? Wohoaaaaa, kalau betul, aku memang salute. Kalau tak betul, tak apa-lah. Kamu memang best pun.

Farawahida – Aku tak mengikuti siapa pun diri kamu. Jadi, aku tak berapa nak komen. Kata orang, ada iras macam Kajol. Bleh-lah. Aku rasa kau menang sebab performance Tahun Baru Cina kau itu saja. Oh, keji aku ni.

Aizat – Lagu Kita – Tahniah. Performance kamu memang bagus pun. Inilah kebaikannya apabila mencipta dan menyanyikan lagu kita sendiri. Tak pancit, kan? Apa pun, mungkin kamu ingin menampilkan seluar ala-ala skinny kamu itu. Maaf. Tak sesuai-la. Aku hepi sangat bila dengar lagu kamu, dan sampai kadang-kadang aku mahu menjadi seperti kamu.. er.. ya, mahu kurus. Ejejejejje..

Bukanlah, berkebolehan mencipta lagu-la.

Zahid feat Heliza – Maaf. Aku masih teruja tengok pakaian pengantin baru Ekin, masa event wedding mereka di Palace of The Golden Horses. Ciptaan Rizalman itu sungguh cantik. Tahniah buat Mawi dan Ekin. Dan, ya, aku tiada perhatian buat kamu. Kikikikik…

Elyana – Kalis Rindu – Alahai. Aku tak tahu apa yang tak kena dengan lagu dia ni. Rasa sekejap sangat performance dia ni. Haih. Aku memang-la tak puas hati dengan takat duduk dia tu. Dia boleh lakukan lebih daripada itu. Mungkin setiap minggu aku tidak miss tengok Renjis Siri 2, jadi pemakaian baju Tarzan beliau itu menampakkan tiada ada apa yang istimewa pada performance beliau. Oh ya, sedikit penambahan lemak pada ketiak beliau, itu saja. Kamon Elyana, kamu ikon remaja terkini !!!!!

Ada 9 persembahan saja? Oh, maknanya 3 performance yang lain mungkin masa itu aku sedang melihat channel lain mahupun sedang membuat milo di dapur. Heeeee…

Apapun, aku memang gembira bila Meet Uncle Hussain yang menjadi juara pada malam itu. Kepada Faizal Tahir, anda bagus. Tetapi belum cukup untuk jadi juara. Heeee….

Tiada bintang dapat menenangkan hati yang sedang ditawan…lalalalallalal……

Friday, January 16, 2009

Hujan oh Hujan.

Hujan dijangka akan berterusan selama 21 hari, mengikut berita yang aku dengar dari radio. Hari ini, hujan hanyalah turun dalam skala yang sikit saja. Tetapi, angin tetap bertiup separa kencang. Kalau kamu mahu tahu, atau pernah terbaca entry aku sebelum ini, rumah aku terletak lebih kurang 200 meter ke kawasan pantai. Bukan pantai berpasir halus bak Batu Feringgi ok. 3 tahun sebelum hari ini, masih terdapat rimbunan hutan bakau yang tebal selebar 100 meter. Jadi, dapat bayangkan setakat ini? Dan hari ini, aku rasa hutan bakau itu mungkin dalam sekitar 200 ke 500 pokok saja yang tinggal.

Haih. Kenapa aku bercakap soal pokok bakau ini?

Pokok bakau, macam kamu lihat dalam National Geographic ataupun dokumentari yang mencerita tentang masyarakat tepi laut berfungsi sebagai blok untuk mengelakkan hakisan ombak mahupun angin yang bertiup dari arah laut. Kawasan hutan bakau yang terdapat di sepanjang tepi kawasan daerah Sandakan, dalam lingkungan 30 batu sepanjang pantai sudah mengalami kemusnahan yang teruk. Aku rasa kalau kamu berkunjung dan tinggal di rumah aku boleh berasa gerun mendengar deruh angin dan hempasan ombak yang kuat. Aku tidak dapat bayangkan penduduk yang tinggal betul-betul di pinggir pantai itu.

Keadaan semasa air laut sedang pasang

Rumah yang sama, ketika air laut masih surut.

Mengikut laporan berita yang aku dengar dari radio, sememangnya terdapat kes rumah yang musnah disebabkan oleh angin kencang yang bertiup dari arah laut. Sebelum ini, penduduk tepi laut dalam daerah Sandakan ini telah mengalami fenomena air pasang laut yang luarbiasa. Sebenarnya, tak ada-lah luar biasa pun. Kenapa aku berkata begini?

Sudah hampir 12 tahun aku dan keluarga aku sudah tinggal di kawasan ini. Jadi, aku juga membuat kajian tentang perkara air pasang yang luarbiasa ini. Aku menjadikan rumah jiran-jiran aku sebagai bahan ujikaji aku kerana rumah mereka dibina lebih rendah sedikit berbanding rumah aku.Setakat ini, rumah jiran-jiran aku ini belum dimasuki air laut pun (ketika pasang besar). Lagi satu, kawasan kampung aku ini terletak di salur utama yang berdekatan dengan muara sungai dan laut. Tapi, kamu pun boleh merasa gerun sekiranya berpeluang melihat keadaan air laut pasang yang aku maksudkan ini. Biarpun belum pernah mengalami apa-apa kesan dari fenomena air laut pasang yang luarbiasa ini, maksud aku di kampung aku-lah, kami sentiasa berhati-hati pada setiap masa. Mengikut laporan Jabatan Kaji Cuaca, paras tertinggi yang dicatatkan pada kali ini ialah 2.8 meter. Jadi, kira-kira kamu bagus bukan? Buat-lah telahaan sendiri berdasarkan gambar yang aku bagi ni.

Oh bercerita pasal hutan bakau tadi, kemusnahan hutan bakau ini disebabkan oleh perbuatan penduduk yang datang mendirikan rumah di situ. Kebanyakan penduduk ini adalah merupakan mereka yang pernah tinggal di kawasan BDC atau kawasan kampung air yang lain. Kawasan perkampungan atas air BDC sekarang ini pun sudah tidak lagi wujud. Kehidupan, begitulah lumrahnya.

Aku mencadangkan kepada kamu (terutama pada reader tetap blog ini (?)) supaya datang dan merasai sendiri keadaan kampung aku ini. Tetapi, kalau kamu bukan pencinta kehidupan yang tegar, pergi saja ke Paris atau London untuk merasai kehebatan dunia. Huish…

Datanglah..

Tuesday, January 13, 2009

Buat Diri Kau Nampak Macam Tahi =))


Selain dari kegilaan mengambil gambar, aku juga meminati muzik. Tidak terlalu tetapi ya, aku memang sukakan muzik. Aku tidaklah terlalu narrow sampai aku tahu suara aku ini berapa key-nya. Hehe.. apa saja. Sebenarnya entry ini adalah rentetan selepas aku menonton movie Garasi di saluran Astro Ria. Movie Indonesia ok. Ada cerita lain.

Aku sedikit teruja apabila Garasi ditayangkan di Malaysia. Walaupun aku sudah menontonnya ketika masih di kampus kuliah (2006), aku tidak pasti Garasi itu ditayangkan di arus perdana atau tidak. Maksud aku, Garasi ada masuk panggung wayang kita ke? Bagi kamu yang newbie dalam dunia muzik Indie, aku rasa kamu patut menonton movie ini. Movie ‘Kami The Movie’ itu ketinggalan sebenarnya. Hei, aku cakap soal movie ok. Kalau bercakap soal muzik Indie ini, aku tak tahu aku berada di lompatan masa yang mana. Perkataan Indie itu sendiri mula popular sejak dalam 3 -4 tahun ini kan? Dulu, orang lebih relevan tentang Underground.........OAG sendiri baru tersenarai dalam group-group Indie ini, walaupun sebenarnya mereka ini dah lama Indie pun (aku dah start dengar since form 4)…hahahaha… semasa di semester pengajian aku, aku ada beberapa senior yang bergiat dalam muzik seperti ini. Kalau ada aktiviti kolej, mereka ini selalu dijemput untuk menyanyi memeriahkan malam kami di hujung Shah Alam itu. Band Sasuka ini berpengkalan di Kota Kinabalu, Sabah. Cari di Myspace atau Friendster ok. Penyanyi si Adam Sapni itu biarpun nampak seperti tidak berperasaan, tetapi dia punya ramai peminat. Hahahahaah… aku rasa perkataan Indie tu aku kenal dari Sasuka inilah.

Selepas itu, barulah aku mengenal HUJAN, Meet Uncle Hussein..pendek kata, apa saja band Indie yang dah berjaya masuk radio-lah atau URTV. Hehehehe…Apahalnya dengan Garasi?

Garasi ini adalah band yang lahir dari wayang gambar. Aku mula meminati si Fedi Nuril (Ayat-ayat Cinta) dari Garasi-lah. Cool kan lelaki tu? Aku pernah jumpa Fedi Buatan Malaysia. Suara si Ayu Ratna tu pun tak kurang hebatnya. Sekarang ni pun dorang dah published band dorg tu. Sini..

Hati aku melonjak-lonjak mahu ke Bandung, Indonesia. Aku mahu ke Panggung Indie mereka dan aku mahu menyusur jalan-jalan di sekitar kedai muzik D’ Lawas yang punya café yang sangat cool itu dan merupakan tempat berkumpulnya para pemuzik sejati (mengikut cerita Garasi inilah). Hebat kan? Mungkin Central Market di Kuala Lumpur itu kita boleh samakan dengan Panggung Indie.. Dulu, ketika aku mahu menonton satu gig band-band Indie di Central Market, aku terpaksa berfikir 2 kali. Melihatkan lebih ramai pengunjung yang di bawah umur (di bawah umur aku) dan kelihatan seperti berlaku pesta fesyen berlabelkan scene Indie, aku back off. Aku lebih suka survey site-site mereka, ya.. Myspace atau Friendster adalah tempat terbaik. Facebook? Cerita lain, mungkin.

[aku membuat penulisan ini sambil dengar muzik para band Indie, baru dapat feelnya]

Tetapi, macam aku cakap, aku tidaklah begitu narrow dalam muzik pun. Sepertimana aku mendengar mana-mana lagu band Indie ini. Aku tidak mengkhusus apa-apa genre muzik pun, yang penting aku faham lirik lagunya, dan iramanya menepati halwa telinga aku. Aduh, kalau mendengar irama yang keras dan buat aku sakit kepala, mungkin saja aku lebih suka bercerita pasal hal lain.

Dulu Sifu itu (?) begitu gah dengan kata-katanya, bahawa mana-mana band yang bukan di bawah naungannya tidak akan berjaya. Oh, hari ini aku kira para band ini sudah mampu meraih keuntungan mereka sendiri pun. Asalkan ada kemahuan yang tinggi, popularlah engkau macam aktiviti Noh HUJAN kan?

Aku rasa orang sekarang ini pun tidak mementingkan bubbling kau yang meng-gatalkan bahagian sekeliling bibir kau itu. Irama mengena, ya, aku pasti inilah gamble yang paling utama. Biasalah, hidup kan. Kalau kau tak berani gamble irama kau, kalau kau tak berani bakat kau, aku rasa lebih baik kau pergi buang duit belajar mana-mana sifu muzik-lah. Apatah lagi sekarang ini, arus internet ini saja sudah cukup kau jadikan medan pertarungan kau. Hei, dengan blog saja kau mampu jadi Yang Berhormat ok, kau google Kenny Sia. Generasi Internet kata MM.

Tiada apa yang mustahil pada masa sekarang ini.

Tinggal lagi kau kena belajar sendiri dari segi teknikal maksud aku pengolahan muzik ke, instrumen kau, bagaimana kau mahu buat muzik kau pemes ke… lagi satu, aku rasa tak perlulah kau sibuk-sibuk mempertahankan perjuangan muzik kau ke mana, lagi bagus kau konsentret buat muzik dan terus menghiburkan orang-orang kita yang sebenarnya dahagakan irama-irama yang best. Sekongkol dengan band-band lain untuk buat pertunjukan di mana-mana pun. Haih, ini satu cerita.

Aku ada beberapa kenalan yang suka mempersoalkan soal duit dalam sesuatu benda yang ingin diterokai lebih dalam.

Kalau kau beli benda tu, lepas tu boleh mendatangkan hasil tak apa-lah.

Kau nak main gig, kau pakai duit apa?

Haih, banyak lagila. Eh, ini percontohan ok.

Bagi aku, statement-statement seperti ini membuatkan diri kau nampak macam tahi.

Suka benar berada dalam zon selesa dan tidak pernah mahu cuba menerokai benda-benda lain (wujud atau tidak). Memanglah duit itu penting dalam kehidupan, tapi soalan-soalan atau statement tahi begini kau boleh simpan dalam diri kau sendiri.

Kepada para Indie-an =)) , semoga berjaya.

Objek Tak Payah Tafsir.










Monday, January 12, 2009

Ubi oh Ubi.

Sudah lama tidak menulis entry yang panjang-panjang di sini. Oh, aku ketiadaan idea mahu menulis biarpun banyak perkara yang telah berlaku, terutama sekali selepas aku telah BFG ke kampung halaman. Keadaan aku baik-baik saja, belum bekerja dan sudah 2 kali diserang demam selesema. Cerita lepas.

Hari itu, adik beradik aku (kecuali adik aku si Abang – yang bertugas di Sibu, Sarawak) telah ‘berkampung’ ke kampung halaman. Cukup meriahlah, tambah-tambah lagi dengan adanya anak-anak saudara aku. Gawat seh!

K1, balik bermatlamat juga.

Begini…

Hari itu, aku, K1 dan Dang Yunos telah pergi membuat lawatan sambil belajar (?) ke FAMA dan Jabatan Pertanian Daerah Sandakan. Almaklumlah, aku rasa aku dah pernah cerita sebelum ini. Mula-mula K1 membuat panggilan bukan hangit kepada staf FAMA.

Pegawai yang berkenaan sedang berada di Kota Kinabalu.

Oh, kami hanya mahu bertanyakan beberapa soalan atau membuat rujukan dari pihak FAMA…

!(*#*#()(@*


Sesampainya di pejabat pengurusan FAMA daerah Sandakan, kami bertiga telah berjumpa dengan salah seorang staf di situ (apakah nama, aku dah lupa). Nampaknya beliau mampu menjawab soalan-soalan yang datangnya bertubi-tubi dari pihak kami. Di samping itu juga, beliau juga turut memberi beberapa salinan brocur dengan pelan ladang tanaman secara kontrak.

Mari aku bercerita.

Terdapat beberapa jenis tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan yang dikomersialkan di sekitar Sabah. Dan FAMA bertindak sebagai agen pemasaran hasil tuaian para pengusaha ke tempat-tempat yang memerlukan. FAMA juga bertindak sebagai moderator pemerhatian setiap para pengusaha yang berdaftar di bawah agensi ini. Para bakal pengusaha juga dinasihatkan supaya bekerjasama dengan Jabatan Pertanian berdekatan tentang usaha yang bakal dijalankan. Itu cerita kedua.


Sebenarnya K1 berminat untuk mengusahakan tanaman serai. Memandangkan permintaan terhadap serai sangat tinggi di pasaran. Tetapi sebelum itu, aku bertanyakan apakah jenis tanaman yang buat masa sekarang ini menjadi antara pengeluaran utama di Sabah. Jawapannya ubi kayu!

Mungkin kamu diluar sana mentertawakan jawapan staff itu tadi. Katanya, bekalan ubi kayu sangat kurang di dalam pasaran tempatan, dan bahagian daerah Kudat sudah mula mengimport bekalan ubi kayu dari Filipina. Untuk pengetahuan kamu, pengeluaran ubi kayu dari Sabah mempunyai rangkaian pembeli dari negara Singapura, negara Brunei Darussalam dan bahagian Semenanjung Malaysia sendiri. Dan FAMA bertindak sebagai agensi yang dilantik oleh kerajaan untuk membantu pengusaha-pengusaha yang bertindak menjadi pengeluar pertanian, termasuklah ubi kayu. Wow! Idea tiba-tiba memancarkan dari kepala otak aku.


Beliau pun memberi rujukan kepada kami supaya berurusan terlebih dahulu dengan pihak Jabatan Pertanian Daerah Sandakan. Kalau mengikut pembinaan sesebuah pengkalan data, kami akan dibantu dari membuat prototype sehinggalah perlaksanaan sesebuah pengkalan data. Begitulah juga dengan perkara ini. Jadi, kamu mahu menanam ubi kayu?

Pasaran untuk hasil pengeluaran ubi kayu amat diperlukan ketika ini. Selain daripada tuntutan untuk membuat keropok ubi kayu, ubi kayu juga diperlukan untuk membuat teknologi Ajinomoto, bahan kecantikan dan bahan-bahan ubat-ubatan. Sedangkan pucuk ubi kayu juga menerima tempahan yang tinggi dari peraih-peraih sayur-sayuran kampung. Huh!

K1 bertanyakan tentang tanaman serai. Pegawai FAMA tersebut mengatakan, tanaman serai memang adalah di antara hasil pengeluaran yang turut mendapat tempat di Malaysia. Tetapi kita harus ingat, pengusaha produk berasaskan serai kebanyakannya berada di Semenanjung Malaysia. Ya, mungkin kita boleh mengeksport serai ke Tanah Semenanjung. Tetapi, kos margin untuk serai adalah sangat perlahan, ini kerana kos pengangkutan yang sudah mendadak naik sejak akhir-akhir ini. Lagipun kos pengurusan penghantarannya adalah lebih banyak sedikit berbanding tanaman-tanaman lain. Lagi satu, kita haruslah memikirkan dengan pasaran tempatan ini sendiri. Tanaman serai tidak begitu komersial di dalam pasaran tempatan berbanding domestik.

Kami bertiga pun pergi meng-usha Jabatan Pertanian Daerah Sandakan. Lagi sekali, apakah namanya, aku sudah lupa.

Mula-mula pegawai Jabatan Pertanian itu seperti tidak mesra alam pun. Mungkin beliau masih blur dengan kedatangan kami. Hehehehe….long story short, beliau pun bersetuju sekiranya kami berminat dengan tanaman ubi kayu. Melalui Jabatan Pertanian, para bakal pengusaha tanaman akan menerima bantuan 100% dari pihak Jabatan Pertanian untuk mengusaha tanaman berkenaan. Bagus bukan?

Huh! Kamu berminat ke? Punya tanah sendiri? Cepat-cepatlah mengunjungi ke Jabatan Pertanian sekitar anda.

Pada pengamatan aku, kenapa aku berminat tentang ubi kayu?

Untuk pengetahuan kamu semua, tanah kebun yang dimiliki oleh ibubapa aku sudah pernah diusahakan untuk penanaman ubi kayu. Dulu, ada sekeluarga yang berketurunan Suluk Filipina telah datang meminta bantuan untuk tinggal seketika di tanah kebun itu. Kebetulan, kebun tu mempunyai rumah, tetapi tidak mempunyai penjaga. Ibu bapa aku pun memberi kebenaran kepada mereka untuk tinggal di situ dengan syarat, kebun itu hendaklah sentiasa bersih. Mereka sebenarnya penduduk kepulauan Filipina yang lari dari medan perang. Cerita dulu-dulu.

Hah, sekarang ni pun, Pakcik Saldi tu pun sudah menjadi senang lenang hasil dari usaha mereka dengan hanya menjual ubi kayu dan beberapa produk lain, hasil dari ubikayu. Kereta pengangkutan tiada yang Made In Malaysia, juga mengusahakan ternakan kerbau….bla..bla…bla…mereka sendiri sudah mendapat kelayakan penduduk sementara dari pihak kerajaan Malaysia.

Aku teringat apabila pegawai Jabatan Pertanian berkata tentang kesesuaian tanaman mengikut jenis tanah. Katanya lagi, salak dan kelapa sawit adalah antara pengeluaran utama dari kawasan tanah berdekatan. Pada aku, apabila teringatkan Pakcik Saldi dengan ubi-ubinya itu, sudah tentu tanah kebun itu lebih sesuai dengan penanaman ubikayu. Yalah, sudah terbukti keberkesanannya! Hehehehe…

Sebenarnya bapa aku lebih berminat dengan penanaman kelapa sawit. Kataku, kelapa sawit amatlah sesuai dengan kelebaran tanah yang luas, mungkin berates ekar seadanya. Jadi, pada fikirku, lebih baik tanah yang ada itu diusahakan untuk tanaman jangka pendek, seperti sayur-sayuran.. aku juga membuat survey tentang pasar besar sayur Sandakan. Kebanyakan sayur-sayuran di situ diimport dari dari daerah-daerah lain seperti Tawau, Kota Kinabalu dan Ranau. Ini termasuklah sayuran dari tanah tinggi mahupun sayuran biasa. Jadi, aku positif seandainya aku sendiri menjadi pembekal sayur-sayuran ke dalam pasaran di dalam daerah Sandakan ini.

Oh, dari graduan dalam Pengurusan Sistem Maklumat mahu menjadi seorang petani??? Mimpi ngeri kamu kan?

Hahahaha… pegawai dari Jabatan Pertanian sempat berseloroh. Gelaran petani itu sudah diupgradekan kepada pengusaha pertanian. Wow! Bukankah lebih gah? Ini sebenarnya bukan risiko mahupun terdapat sebarang penyesalan. Aku tidak berminat mahu bekerja dalam bidang yang pernah aku degree-kan dulu. Haih…masing-masing punya sebab bukan?

Moral of the story di sini… hidup ini bukanlah 100% semata-mata berorientasikan taraf pendidikan seseorang. Pendidikan akademik itu memang penting, cuma bagi aku ia adalah satu tiket untuk merubah taraf kehidupan seseorang. Kalau kamu tidak ada pendidikan akademik yang tinggi, cubalah belajar menjadi manusia yang setaraf dengan manusia-manusia lain. Samalah juga cinta aku terhadap dunia fotografi, ada orang menganggap aku pernah mengambil apa-apa kursus berkaitan.

Jawapannya, tiada.

Jadi, kamu bila lagi?


Saturday, January 10, 2009

Friday, January 9, 2009

DugaanNya.

7 Januari 2008, adik aku sudah pergi menjalani test akhir kemasukan pengambilan anggota tentera darat Malaysia di Kota Kinabalu. Test akhir ni mengambil masa seminggu sebelum layak masuk ke latihan sebenar yang dijangkakan di Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Lagu DugaanNya ini sebenarnya kebetulan pula dengan dia ni nak masuk tentera. Bapa aku sebenarnya tak berapa 'ngam' dia ni nak masuk tentera...so, kena ubah lirik ke ni =))
Jadi, keluarga aku ni dah hampir-hampir jadi satria negara?


DugaanNya by HUJAN

Bapanya mahukannya jadi seorang askar,
Bukan cita-citanya,
Bukan impiannya.

Dia terlalu muda tuk tinggalkan keluarga,
Bila tiba masanya,
Pilu mula terasa.

Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?

Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Beginikah selalunya cinta,
Diakhiri sengsara,
Setelah dicurahkan semua.

Cuba ku dalami,
Sampai termimpi mimpi,
Namun apa yang ku jumpa,
Semuanya sama.

Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?

Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Ini semua dugaan Nya



Tembak oleh : Dang Yunos
Edit oleh : Mas Mohd Yunus



Thursday, January 8, 2009

Jalan-Jalan ke Tembok Laut Sandakan (2)

Tak habis-habis lagi dengan Tembok Sandakan.. Bukan Tembok Ratapan occay.. Taken by Dang Yunos , aku tacap sikit lalallallala.....
Comel? Aku ke dia?




Botox ada di mana-mana.