Saturday, November 29, 2008

2.58 petang ari ni?



1) heppi belated besday untuk adik aku, Mohd Zainorrin yang berada di Kem Sri Lanang, Sibu, Sarawak. Dah masuk ke 23 tahun dah. (29 November setiap tahun)

2)heppy belated besday untuk adik aku, Dang Yunos yng masih di bangku kuliah, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Darul Ehsan. Sweet 22nd (30 November setiap tahun)

3) Masa ni aku tengah online dari Tuaran Restaurant, Batu 2 Sandakan, Sabah. Punya wifi yang hebat. Hanya cas eletrik dikenakan RM 1.00 sejam wooohhhh...Minum2 sajala. Tadi dah makan.

4)Tengah dengar lagu raya Awie feat Ziana Zain - Di Halaman Asmara, best sunggoh!

5)Restoran ni punya mi goreng udang yang sangat best, keadaan sini pun not bad. Well, kedai makan biasa saja. Mungkin aku terpengaruh oleh mode wifi-nya yang sunggoh best, kan?

6)Aku baru saja menyiapkan satu job wedding photography. Happy bila terima payment, macam tak sangkalah kan benda ni menjadi. Latest wedding will could be at Rancangan Suan Lamba, Sandakan on this 9th December 2008. Wish lucky for me. Syukur pada Allah.

7)Masih giat cari kerja tetap.

8) A big congratulation goes to my old fren, sudah punya kedai jamming sendiri. Kedai jamming MajorGeek Jamming dekat area Bandar Maju ni dia yang punya.

9)Aku masih perlahan-lahan menerima benda-benda baru dalam idup aku.

10) Tuhan, tolong aku.

Monday, November 24, 2008

Kamu seorang cyber chatter tegar. Tidak mahu mengaku?

Hehehe. Kata orang, hendaklah kita bercakap melalui pengalaman. Amat suwei kalau kau bertindak bodoh sombong ke atas perkara yang kau tidak tahu. Ya, mungkin kau seorang yang licik, tahu control keadaan. Tetapi kalau sebaliknya? Jadi entry aku kali ini? Baca semula tajuk di atas. Cyber Chatting adalah perkara sosial terkini yang melanda masyarakat kita. Seingat aku, MIRC sudah dicipta pada tahun 1995, merupakan IRC (Internet Relay Chat) yang sangat famous pada 90’an sehingga sekarang. Bukan nak riak, tapi aku dah start kenal MIRC pun masa tahun tu juga (1995). Nak kata pioneer, mungkin ya mungkin tidak. Apa taknya, selesai saja paper PMR pada hari-hari peperiksaan PMR, aku bersama teman-teman akan ke Cyber Café Wisma Sandakan. RM 5.00 sejam occay (rupanya harga ini masih relevan sehingga ke hari ini. Aku benci CyberJazz Cyber Café Sandakan!). Tapi, aku tidaklah obsess dengan MIRC seperti orang lain yang arif berperang kod-kod khas dengan chatter lain di dalam channel. Haihh… Nowadays, dah banyak IRC client yang wujud. Yahoo Messenger, Skype, MSN Messenger et cetra la! Tetapi, apapun client yang digunakan, kamu tetap dipanggil cyber chatter. Mari kita tengok pemerhatian yang aku buat, selain diri sendiri yang menjadi percontohan.


1)Psiokologi seseorang chatter boleh diketahui berdasarkan nickname yang digunakan.
Ada Chatter yang suka menggunakan ID @ Nickname mereka sendiri. Contohnya nama sebenar Fatimah, ID-nya Fatty / Fateem. Kalau lelaki pula, nama sebenar Dollah Said, ID-nya Dolly. Eh! Kau tak percaya ke? Dunia cyber ni macam-macam boleh berlaku. Ada juga yang suka menggunakan ID menggunakan tempat kelahiran sebagai id utama. Contohnya AbangBatangBerjuntai (hahahaha! Tempat ni wujud occay), EmmaJandaBaik ke? Ada juga yang suka menggunakan nama haiwan sebagai ID mereka, diikuti dengan nama timangan mereka contohnya Devilcat00, Harimaugilaks, Serigalamenjerit (hahaha!), aku pasti nama yang mereka pilih adalah mengikut karektor mereka sendiri. Kalau DevilCat, mungkin beliau seorang yang sukakan kucing, berkarektor sensitive, sedikit manja (yucks!). Habis, kalau memilih nama TapirHensem? Mungkin beliau seorang yang merendah diri sebab tapir tu memang tak hensem langsung. Ada juga chatter yang suka menggunakan nama sebenar di dalam identiti mereka. Ini berkemungkinan untuk tujuan email official ataupun beliau sebenarnya memang nerd. Ada contoh lain?

2)Mempunyai lebih dari satu (1) ID
Mungkin beliau tidak suka dikenalpasti identitinya yang sebenar. Mungkin juga beliau masih menganggap cyber chat space sebagai arena sosial yang tidak relevan atau tidak boleh dipercayai. Ada juga chatter yang menggunakan pelbagai ID, tetapi masih mengekalkan identiti utama beliau. Ini selalunya berlaku apabila chatters ini menyertai channel-channel tertentu di dalam client. Tetapi aku yakin, mereka mempunyai hanya satu MAIN ID / ID Utama yang dijadikan sebagai identiti mereka untuk saling berhubungan dengan kelompok mereka yang lain atau individu tertentu.

3)Peratusan tertinggi pemegang gelaran Chatter Tegar terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai PC atau lappy sendiri, dan mempunyai talian internet.
Takanlah kau mahu membuang duit ke cyber café semata-mata untuk online chatting? Ya, mungkin kau kata kau mampu untuk membayar RM5.00 sejam, dan mungkin juga bermula 15hb setiap bulan kau sudah mula mengamalkan diet pemakanan kerana sudah berhabis untuk online chatting kau 14 hari sebelum itu. Katakan purata online kau 4 jam sehari (katakan-lah~)


4 jam x RM5.00 x 14 hari sebulan = RM 280.00 occay! (perbelanjaan ini hanya berlaku jika kau mengunjungi Cyber Café Suwei seperti CyberJazz Cyber Café Sandakan).


Oh! Biasanya mereka yang tegar berbelanja seperti ini berlaku apabila mereka di dalam cyber love ataupun mempunyai kekasih yang luar dari kawasan itu. Almaklumlah, selain dari ber-chatting, kau juga boleh ber-Conference seperti Webcam Conference atau Voice Conference. Kalau kau boring, ko boleh layan games yang ditawarkan oleh setiap IRC Client. Bagi mereka yang mempunyai kemudahan sendiri, maksud aku PC atau lappy sendiri dan ada talian internet sendiri, mereka hanya perlu membayar bil bulanan yang tetap. Itupun, kalau kau memilih pakej-pakej yang terdapat di pasaran. Kau onlinelah sampai LEBAM. Bagi yang bernasib baik, bolehlah menumpang ‘kasih’ ke atas Wi-Fi jiran kau yang percuma itu.

4)Kebarangkalian mempunyai sepasang mata yang comel seperti Panda adalah sangat tinggi.
Kebarangkalian ini berlaku di kalangan chatter yang berkulit putih atau kuning langsat. Ini disebabkan mereka kekurangan tidur ataupun terlalu berseronok berchatting dengan kawan-kawan cyber mereka sehingga ke pagi esoknya. Hal ini biasanya berlaku bagi mereka yang masih belajar. Terutama yang sedang belajar di pusat-pusat pengajian tinggi. Almaklumlah, kebanyakan pusat IPT sekarang menyediakan Wi-Fi percuma kepada pelajar. Kalau kau berada di Kampus UiTM Puncak Perdana, kau tidak mempunyai keadaan yang sesuai untuk bersosial bersama teman di luar kampus pada waktu malam sekiranya kau tidak mempunyai kenderaan. Kampus itu sendiri mempunyai Hotspot yang membolehkan pelajar menggunakannya untuk tujuan mencari bahan assignment. Jangan bimbang, laman-laman web yang Suwei sudah sememangnya di-block oleh pihak pengurusan UiTM. Kadang-kadang bila sudah tension menghadap studi, mereka me-release tension dengan menyertai channel-channel tertentu di dalam IRC Client. Tidak pun berchatting bersama teman-teman mereka sendiri. Haish..ini boleh mengurangkan jenayah fizikal bukan?

5)Mempunyai ramai rakan cyber dan sesekali keluar menyertai gathering.
Ya, aku akui sendiri perkara ini. Bila sudah biasa menyertai channel-channel tertentu, tak salah kalau kita mengeratkan sillaturahim sesame chatters dengan mengadakan gathering. Aku sendiri sudah 2 kali menganjurkan gathering ini. Oh, kami tidak bersikap kenegerian. Tapi mungkin waktu tu semangat merantau itu kami kuatkan lagi dengan perjumpaan chatters yang berasal dari negeri yang sama. Perhubungan cyber itu diteruskan ke dalam dunia realiti. Jangan salahkan cyber chatting ini kalau hubungan itu mengjangkau ke tempat tidur juga. Hahaha! Aku punya rakan-rakan yang akhirnya mendirikan rumahtangga (dah beranak pinak pun) hasil perkenalan dari dunia chatting. Jadi, aku kurang gemar bercerita tentang hubungan yang negatif. Perkara jatuh cinta dalam dunia cyber ini sudah menjadi perkara biasa pada hari ini. Cuba kita bercerita dari sudut positif. Data diperolehi dari sekitar kita dan diproses menjadi maklumat di dalam otak atau ruang fikir kita. Di dalam dunia cyber ini, maklumat diteruskan melalui taipan-taipan di skrin komputer. Boleh jadi waktu itu kita berada di dalam relaks dan mempunyai rakan cyber yang sudi berbual dengan kita. Kamu tahu kan, bukan senang manusia ini menzahirkan rasa hati mereka secara lisan. Bila menaip, tiada siapa nampak ekspresi mode kita. Sebab itu, begitu mudah untuk terbit rasa ‘suka’ bila online chatting. Apatah lagi ditambah dengan chemistry-chemistry yang sama antara kedua belah pihak. Tetapi hubungan sebegini mempunyai risiko untuk kecewa yang sangat tinggi. Ayat punya baik semasa online, tetapi bila berjumpa mungkin si dia mempunyai sifat yang suka tersembur air liur bila bercakap. Kasian…. Tak pasal-pasal kena reject. Kalau kamu menghadapi perkara ini, ada baiknya kamu menyertai gathering sebelum benar-benar jatuh cinta. Woi! Bukan mahu memilih paras rupa, tetapi kamu berhak untuk menentukan masa depan hubungan kamu. Tapi soal hati kan…


6)Suka senyum dan selalu KETAHUAN oleh orang lain yang ada di situ (tanpa kamu sedar)
Bila sudah menjadi chatter tegar, kau jangan tipulah kalau tak pernah mengalami keadaan ni. Macam Mak akulah, yang tak faham aktiviti aku ni. Apasal kau senyum-senyum sendiri depan lappy tu? Perkara ini boleh berlaku tanpa kau sedar, mungkin kawan kau di sana sedang membuatkan kau rasa lawak. Jadi orang di sekitar kau, terperasan dengan perilaku kau tu. Tak kurang juga, sekiranya kau sedang mengalami perasaan Musim Bunga, ya la, dilamun cinta. Orang lain boleh nampak rona-rona perasan bahagia kau tu. Lagi satu, bila kau bleh ketawa mengekek tiba-tiba walaupun keadaan masa itu sunyi sepi. Haih, silap hari bulan ketawa kau itu disambut oleh ketawa encik misterius yang lain.

7)Berdepan dengan soalan-soalan yang berbau dari mereka yang stereotype?
CT – Chatter Tegar vs. MYS – Mereka yang Stereotype

CT: Nak keluar kejap.
MYS :Keluar dengan kawan-kawan chatter ko ke?

CT: Bf aku bla..bla..bla… (belum sempat kau habiskan ayat…)
MYS: Kau kenal BF kau tu dari chatting ke?

CT: Kawan-kawan aku nak datang rumah.
MYS: Kawan-kawan yang kau kenal dari chatting ke?

Haiii.. betul tak? Ada lagi yang lagi teruk, menganggap kau macam tak ada kawan kat luar langsung. Bodoh piang occay! Mungkin mereka tengok kau, lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding di luar pada hari hujung minggu. Budaya muda mudi masa kini, mereka meluangkan masa bersama teman-teman apabila weekdays sahaja. Maksud aku, selepas waktu bekerja. Manakala, hujung minggu mereka lebih santai untuk berada di rumah. Mahu mengumpul tenaga semula, selepas 48 bekerja dalam masa seminggu. Penat wohh…

8)Peka dengan lagu-lagu terbaru.
Untuk pengetahuan kamu yang bukan kaki chatting, di dalam IRC Client juga kita boleh bertukar-tukar maklumat seperti lagu dengan mengirim lagu di dalam client tersebut. Bukan hanya lagu, tetapi semua medium yang bersifat digital. Tetapi ini bergantung kepada connection semasa penghantaran. Kamu tahu, selain dari sibuk berchatting dengan kawan di sebelah sana, kita juga boleh mendengar online radio yang disediakan di sesetengah IRC Client ini. Sambil-sambil chatting, sambil-sambil tukar lagu. Lagipun macam sekarang ini, kebanjiran band-band Indie di negara kita memeriahkan lagi perkara ini. Isu cetak rompak sudah tidak dipedulikan, yang penting band Indie kau dan lagu-lagu kau dikenali ramai. Kalau kau masih sibuk-sibuk mengikuti trend muzik tempatan melalui tv dan radio yang sangat lembab itu, aku rasa layaklah seadanya kau dikatakan ketinggalan maklumat. Melalui internet, segala-galanya begitu cepat. Kalau kau gila menyanyi, kau juga boleh menyertai channel-channel tertentu yang menyediakan Voice Conference. Kau nyanyilah sampai LEBAM, harap-harap ada yang sudi mendengar.

9)Sedikit nakal dengan menyertai jenayah cyber.
Perkara ini sedikit ekstrem di dalam dunia cyber chat. Antara jenayah cyber yang paling famous dan sedikit senang dilakukan ialah cracking ID. Cracking ID ni bolehlah kau samakan dengan mencuri ID. Hari ini, si-Cracker ni mencuri ID yang hanya bernilai komersial saja. Tiada gunanya kau mencuri ID yang tiada nilai komersial, kerana aktiviti Cracking ID ini memerlukan kesabaran tahap maksima, selain sedikit bijak mencari item-item tertentu. Mari aku tayang pada kau maksud ID yang bernilai komersial ni, boleh diniagakan.
Dimulaikan dengan nombor : 23super, 21bobo, 10cool
Hanya mempunyai 2 / 3/ 4 karakter / char:
1q, ov, mps, 1mu, uwda, mas7, 4kec, okr2

Mempunyai symbol seperti
Ampersand (&):
69h&c, 23m&m, 34h&c

Underscore / undy (____):
Loverboy__________69, Love_me_down__, Acquiesce_________________, __The_Man_Who_Sold_The_World__, __The_Unforgiven__, poison__angel

Asterick (*):
21****you, 65****you

Plus sign (+):
Bennie+And+The+Jets, Better+Off+Dead, love+1

Hyphen-Minus / Dash:
Lady-killer, love—0731, love-jacky-wu, love-white-snow,

Full Stop / Dot (.); more than 1 dot:
love.....me, love.26.4, love.a.8651

Multi symbols:
love.m-123, 65m&m____, 97rock(s), ruby.angels-r., xn--4#19, xn--4$$$

ID yang didaftar di bawah server yahoo/organisasi yang sudah tidak beroperasi:
love.2000.tw, love-you.geo
puteri_sandakan.soit, puteri_sandakan.csdn, puteri_sandakan.chinabyte, puteri_sandakan.wyao, puteri_sandakan.seasky, puteri_sandakan.3721
xn--4#19, xn--4$$$, xn- -armada-ship

Cracking id ini samalah seperti memecah masuk pengkalan data pemilik id-id yang pelik ini, dan cracker akan menukar password dalam kadar yang segera. Kenapa aku kata segera? Ini kerana terdapat lagi kelompok cracker yang lain sedang menunggu id-id illegal ini untuk ‘dipecahmasukkan’. Kau lambat sikit, kau terlepas. Sebenarnya pasal ID-ID ni aku dah setup lama dalam entry yang lain. Tapi aku masih belum berkesempatan nak publish-kan. Lagipun, aku belum cukup ilmu dalam bidang ni.
Mahu lagi sedikit ekstrem? Kalau si-Cracker mengalami sedikit ‘sawan’, mereka juga memecahmasuk ID yang tidak mempunyai nilai komersial. Kalau bernasib baik, ID yang menjadi kesayangan kau bertahun-tahun tu boleh dimusnahkan dan jangan harap kau boleh retrieve ID tu balik. Melainkan kau ada cable bagus dengan Yahoo Organisation. Hahahah! Ya, ya saja aku cakap. Tapi, benda ni pernah berlaku. Jadi? Kau mahu join jenayah ini? Best dan aku tak pernah berjaya pun. Hahaha!

10)Kau memang gila chat – pemerhatian aku yang kesepuluh ini memang tidak boleh disangkal lagi. Cuba lihat pada diri kau.

Hari bekerja:

9.0 pagi : berada di ofis / tempat kerja
(kau sempat chatting biarpun kau sedang bekerja)
1.00 tengahari : lunch time, tapi kau makan depan PC ofis-chatting lagi.
2 – 5 petang: sambil buat kerja, sambil layan chatting juga.
5 – 6 petang: Boss biasa tiada di ofis masa ni, blehlah ko layan chatting sampai habis waktu bekerja.
8.00 mlm : setelah habis mandi dan makan, kau online lagi.
4 pagi: kau ucap selamat tidur pada kawan chatting kau malam itu. Seisi itu kadang-kadang mengambil masa 1 jam baru selesai. Almaklumla, Musim Bunga kan!
6.00 pagi: bangun
6.30 pagi: betul-betul bangun dan bersiap pergi kerja.

Hari Cuti / Hari tidak bekerja:
10 pagi: Bangun dari tidur, kemudian on kan lappy / pc. Jenguk-jenguk channel kejap. Kemudian tidur semula. Lappy / pc ON.

12 tengahari : Bangun semula, mandi dan makan dan CHATTING.
4 petang : Tidur petang. Lappy / pc ON.

6 petang : Cari bahan untuk dinner, mandi dan mengemas rumah. Basuh baju ke? Join Channel sekejap.
8 malam : kalau kau tak keluar, kau chatlah.

Haih…aku mengaku aku pernah jadi cam ni. Hahahah! Tapi bukan 100%-lah. Hari cuti pun aku bangun awal occay! JADI? 10 hasil pemerhatian aku dah buat. Kamu mahu mengaku? Banyak sebab kau boleh menjadi chatter tegar. Ada sesiapa mahu mahu menambah point pemerhatian aku sini?

Friday, November 21, 2008

Askar Soljar?

Minggu lepas, Along pergi menghadiri ujian temuduga pengambilan tentera darat Malaysia di Dewan Masyarakat Sandakan. Hari itu merupakan giliran daerah Sandakan untuk seisi pengambilan tersebut. Perkara ni aku dah tahu sejak seminggu sebelum itu dan tidak lupa memberitahu Along. Maklumlah, dia pun sedang mencari peluang pekerjaan, plus kebetulan dia memang pernah bercita-cita menjadi seorang anggota tentera. Haih, kalau kali ini dia berjaya menjadi seorang anggota tentera, maka sah-sah keluarga aku memang keluarga satria. Hehehhe….kau tengok di bawah:

Bapa – bekas anggota polis dan sudah pencen lebih kurang 10 tahun
Ipar nombor 1 – Anggota polis
Kakak nombor 2 dan suami – kedua-duanya anggota tentera
Abang kepada Along – polis




Tak, aku bukan berbangga. Mungkin sudah takdir kan. Aku pula, masih belum mendapat pekerjaan tetap. Aku cuma boleh berharap mendapat pekerjaan yang boleh berkhidmat kepada masyarakat. Aku memang galakkan Along supaya masuk dalam bidang pertahanan ini. Bila melihat kepada K2 (kakak nombor 2), bermacam-macam keistimewaan yang didapati semenjak dia masuk bidang ni. Hahahaha..ada kisah hitam sebenarnya. Bersangkut paut dengan cerita tentera ni-lah.

Mari aku cerita pasal K2. Aku dan K2 ni lebih kurang sama tinggi, cuma aku kelihatan gagah perkasa dari dia. Heheheh… K2 ni nampak kecil sikit-lah. Semasa dia berumur 20-an, dia mengambil keputusan joining ARMY ni. Nak tahu, sebenarnya K2 ni pernah ‘dibuang’ oleh bapa aku. Entah apa angin bapa aku tu. Bapa aku memang berkeras tidak mahu K2 ni masuk tentera. Maybe sebab K2 ni tak pernah berenggang dengan keluarga aku, kecuali semasa dia pergi melancong ke Korea Selatan (semasa bekerja dengan Daewoo Corporation). So, dengan kuasa tinggi orang nombor 2 dalam keluarga aku, Mak, akhirnya dia pun pergi menjalani latihan teras tentera selama hampir 8 bulan. Bapa aku memang marah gilar-lah. Tapi lastly, Bapa aku ni hati lembut punya, akhirnya dia boleh menerima kenyataan K2 dah menjadi seorang anggota tentera, tentera darat. Kini sudah berkahwin dengan seorang anggota tentera dan mempunyai sepasang anak perempuan dan lelaki. Haih.. macam zaman filem P. Ramlee kan! Ada pula nak ‘buang’ anak, oh ya, maklumlah anak dia masuk tentera kan. Perempuan pula tu!


Masa makan tengahari , Along pun bercerita-lah perihal pagi tu. Dia kata, seisi pertama dia dah lepas, ini termasuklah ujian kecerdasan dan bertulis. Hanya lebih kurang 50 calon yang datang menghadiri temuduga tersebut, dan hanya 17 orang terpilih untuk ke peringkat seterusnya. Terdapat 3 orang perempuan, dan hanya seorang terpilih.

Dari malam sebelum, aku sempat meng-hanjing-hanjing Along pasal benda ni.
Kalau pegawai tu tanya, kenapa kau nak masuk jadi tentera, kau tunjuk gambar ni…..


Ini menunjukkan kau sudah komited dan sudah menyimpan cita-cita menjadi seorang anggota tentera ni sejak berumur lebih kurang 3 tahun. Siap dengan topi combat occay!
Ada satu perkara yang buat aku nak tersembur nasi yang aku makan, maklumlah tengah makan kan.

Kamu ada parut tak?
Ada tuan. Ni – sambil tunjuk jari tengah yang pernah luka kesan terhiris oleh pisau.
Ada parut di dalam?
Ada tuan.
Kat mana?
Parut bersunat tuan!
Haih! Itu memanglah!

Hahahahaha.. kata Along, pegawai yang menemuduga pasal parut tu hanya menahan ketawa dalam seriusnya. Boleh pulak dia buat lawak dengan pegawai tentera tu. Macam tu-lah cerita utamanya. Sekarang ni, dia akan tunggu surat seisi kedua dari pihak tentera. Lepas ni, dia akan ke Kota Kinabalu untuk menghadiri saringan kedua seisi pengambilan ni. Doa-doalah dia boleh dapat jadi tentera occay! Bangga tu, satria negara.

Wednesday, November 12, 2008

Cerita dari Timur.

Jadi, kamu apa khabar?

Aku sihat alhamdullilah dan masih selamba. Heheheh... seperti biasalah aku menghadapi mental blocked. Dengan kadar kelajuan internet yang hampas ni. Oh ya, hari itu aku ke bandar. Masuk CC dan sedikit terkejut dengan cas yang dikenakan. RM 5.00 dengan kemudahan yang begitu...em...merungut aku...Kadang-kadang aku tak faham dengan keadaan sebegini. Samada mereka mengambil kesempatan dengan orang lain. Haihh...

Tengah malam, 2 hari lepas- ketika aku sedang nyenyak tidur, tiba-tiba aku terbangun kerana mendengar 2 bunyi letupan. Begitu kuat.. fikirku, itu merupakan letupan tong gas. Aku teringat semasa Perkampungan BDC masih wujud 10 tahun lepas. Bila saja kebakaran berlaku, mesti berlakunya letupan tong gas. Maklumlah, perkampungan setinggan.

Aku, Mak dan Along sudah bangun setelah mendengar letupan2 tersebut. Kami meninjau melihat ke jalan besar luar dari jambatan. Kelihatan beberapa suluhan lampu seperti dalam keadaan mengejar. 10 minit kemudian, terdengar lagu satu letupan yang kali ini lebih kuat kedengaran. Kedengaran, jiran-jiran sekampung bising mungkin bimbang dengan keadaan itu.



Kata jiran kami, Pakcik Salim - Ini mungkin letupan bom ikan yang datang dari arah laut. Pakcik Salim merupakan askara wartaniah. Aku yakin seluruh kampung berhampiran laut pasti mendengar letupan-letupan tersebut. Beberapa minit kemudian, terdengar lagi orang sedang menjerit dan berlarian. Haihh...

Kalau kamu nak tahu, di kampung aku ini terdapat sekeluarga yang dikatakan membawa ketidakstabilan keselamatan dalam kampung ini.. Hehehhe.. ayat....mereka digelarkan 7 Serupa oleh orang kampung. Kata Along, adik beradik mereka semuanya satu patern, seiras, tu pasallah digelarkan sebagai 7 Serupa.

Mereka sekeluarga ni dikatakan sudah berpindah randah disebabkan terlalu ramai musuh. Herm...mungkin betul, mungkin tak. Tapi, adik aku cerita mereka dah berapa kali bergaduh dengan orang lain. Bukan setakat bertumbuk tau, siap pakai senjata berbahaya lagi. Haihhh...susahlah kalau macam ni kan. Aku tak suka keadaan sebegini. Kamu pernah dengar Sandakan ni bandar penjenayah ke?



Hehehe..gambar di atas ni gambar ayam Katik peliharaan Bapa. Tapi saiz Katik ni tidaklah kecil sangat pun. Jinak sangat-sangat dan mudah didekati. Hahahaha... betullah, tak semua haiwan peliharaan tu mesra dengan manusia tau. Tapi si Katik ni langsung tak takut dengan manusia..

Sunday, November 9, 2008

Bakso Sandakan.

Plan aku sebenarnya mahu melihat kejohanan Rugbi peringkat antarabangsa (Borneo), manalah tahu boleh mencuci-cuci mata yang kecil ini. Heheheh.. Tapi, Along malaslah pula. Aku pula, pun dah jadi malaslah. Occay, aku masih menyesuaikan diri dengan keadaan panas mendadak ni. Plus, kampung aku kan tepi laut. Jadi?

Aku temankan Along pergi ke tukang kasut, katanya mahu membaiki kasut bolanya. Ahad (hari ini) ada kejohanan persahabatan di Kem PGA, Batu 10, Sandakan. Sambil-sambil mencuci mata, kitorang meronda-ronda ke kedai CD. Huhuhu...Along siap membeli 2 keping CD karaoke. Ntah, apa jin dah sampuk dengan dia. Minggu depan mungkin dia akan menyertai ujibakat One in A Million la pulok. Haih! Adik aku boleh nyanyi tau, tapi masih perlu banyak melihat Akademi Fantasia la... Hahahahah... Jangan pertikai kebolehan orang lain tau. Bercakap pasal Karaoke ni...aku ada entry mahu dikongsikan. Tunggu.

KATONG? Katong sudah tidak wujud di Sandakan ni. Mahupun di Malaysia. Hehehe... Seingat aku, sesiapa yang lahir sekitar 80-an, pasti akan mengingati Katong. Maksud aku penduduk daerah Sandakanlah, ataupun mereka tinggal berdekatan dengan kawasan utama di Sandakan ini. Katong merupakan tempat gerai-gerai menjual minuman dan makanan, dan juga merupakan jeti kecil bagi penduduk Sandakan yang mahu ke seberang atau ke pulau-pulau berdekatan, seperti Pulau Tanjung Aru, Pulau Berhala, Pulau Bai dan et cetra.

Kalau sezaman dengan aku, tempat ni dulu merupakan tempat persinggahan budak-budak sekolah yang baru pulang dari sekolah, mahu ke perpustakaan bandar, mahu ke kawasan Karamunting ke.. long story short, kira macam tempat transit-lah. Sebenarnya tempat ini juga merupakan Pusat Perhentian Bas Labuk utama. Aku yakin, ramai yang merindui KATONG, di sini ada jus air jagung David yang sedap...kan Facet? Katong-Katong-Katong!

Kau just imagine, sambil kau mengurat awek-awek berdada belum sempurna (maklumlah baru 3 tahun akil baligh) hahahaha...di-support lagi dengan geng-geng budak sekolah kau ( BUkan Geng Bas Sekolah hah), sambil-sambil menghirup jus jagung hasil air tangan David yang dikatakan gay itu (ada orang marah ni..ahaha), sambil-sambil menikmati bayu laut beserta asap bas-bas pengangkutan Labuk...heheheheh....

Ni pula, pemandangan berhadapan dengan Genting Mas Mall tu. Genting Mas Mall tu kiranya macam Mall la (eh, mmg Mall la), banyak barang-barang murah dijual di situ. Termasuklah kasut-kasut yang cantik buatan China occay! Memang cantik dan murah! Barang-barang keperluan dapur pun murah di sini.



Sebelum balik rumah, aku dan Along sempat singgah makan ke warung Bakso yang terletak di hujung Bangunan Milimewa. Herm.. Bakso yang kau nampak di atas, tidak se-istimewa macam zaman aku sekolah dulu. Harga semangkuk RM1.50 (daging) dan Rm1.00 (ikan). Rasa bakso ni bolehlah tahan, tetapi aku tidak boleh menerima revolusi sebegini. Tiada hirisan daging itik, daging ayam, kekacang goreng, tiada bawang goreng. Oh! Memang tidak lengkap, dan ya... aku sedih. ahahhahaha...Biarpun rasa memang sedap, tapi perfomance failed. Aku taulah ekonomi sudah tidak menyokong, tapi agak-agaklah kan. Hehehhehe...

Entry pasal KARAOKE menyusul...

Saturday, November 8, 2008

Cacar?




Semasa aku dan Along bertawaf di bandar Sandakan semalam, Along menerima MMS dari KS. Haiss…kau tengoklah sendiri. Ni lah anak saudara aku, Afiqah. Aku pun dah lupa keadaan bila aku dijangkiti cacar semasa zaman pre-remaja aku dulu. Heheheh..KS kata, adik dia Hakim dah 2 minggu tak ke sekolah, pun perkara yang sama iaitu cacar. Korang dah kena cacar?

Mengikut Google-an aku, Cacar ni disebabkan oleh virus Vlaricellazoster, bukan najis Mughallozah hah! Dan, hampir semua kanak-kanak akan mendapat penyakit ini. Mengikut pendapat terdahulu, apabila kita sudah mendapat penyakit ini semasa kecil, kita tidak akan diserang semula pada bila-bila masa. Ini kerana semasa kanak-kanak, atau semasa kali pertama dijangkit, secara automatik kita sudah mendapat imuniti atau daya tahan melawan penyakit. Kalau terkena serangan kali kedua sekalipun, mungkin ia hanyalah serangan yang ringan. Jadi, pada korang yang belum pernah dijangkiti cacar, bersedialah dari sekarang. Kalau tak pandai jaga, cacar ni boleh menyebabkan parut kekal. Tapi, sekarang kan dah banyak rawatan khas untuk sebarang masalah kulit. Duitnya ajo!

Mahu aku berkongsi info di sini, cacar ini dikatakan berjangkit melalui bersin, batuk, pakaian yang tercemar atau sentuhan ke atas lepuh yang pecah. Lepuh? Apa tu? Ekekkek…. Maybe luka lama kan? Biasanya tanda-tanda cacar akan kelihatan dalam tempoh masa 7 – 21 hari.

Kalau kau nak tau symptom cacar, opkos la kluarnya bintik-bintik campak atau ruam tu kan. Tetapi selain dari itu, tanda-tanda awal adalah seperti terasa letih, demam, batuk, selesema atau mengadu sakit perut sehari atau 2 hari sebelum ruam merah ini muncul.
Aku Google lagi : sakit cacar ni kalau dibiarkan berlarutan, ia boleh menyebabkan penyakit Ensefalitis atau keradangan otak, Meningitis Pneumonia / keradangan paru-paru. Tapi doctor menasihatkan supaya mendapatkan imunisasi kepada remaja atau orang dewasa yang belum mendapat penyakit cacar ini, kerana jika jangkitan ini berlaku di kalangan golongan ini, keadaannya adalah lebih teruk. Wanita yang hamil pula dinasihatkan supaya mendapatkan imunisasi ini dengan segera dan menjauhkan diri mereka dari jangkitan ini kerana ia boleh memudaratkan bayi di dalam kandungan.

Bersambung…




Langit Ungu.




rindu untuk siapa?
@waswas


p/s Aku tak pernah melihat langit bewarna ungu. Jadi, aku edit-lah. @penat

Friday, November 7, 2008

Kamu disayang, tetapi kalau begini?


Kakakak...comel tak si Jantan ni? Dengan aksi sebegini, tak jadi aku nak marah. Dah memang perangai kucing cam ni. Tapi, kitorang tak bagi dia makan tikus tu. Adik aku, Along akan buang bangkai tikus tu. Isk, Mak cakap, kalau si Jantan mendapat apa-apa tangkapan, dia akan bawa balik ke rumah dan letak kat depan sesiapa yang ada kat rumah masa tu.

2 hari lepas, dia bawa balik katak dan letak depan Mak aku. Dahlah, Mak aku memang penggeli binatang bernama Katak itu. Kakakakaka.. Nasib baik darah tinggi dia tak naik. Kalau tak, haih!
Aku ni jenis penyayang binatang. Tapi binatang tertentulah. Kamu bagaimana? Apa binatang peliharan kamu? Boleh kamu entrykan tentang haiwan itu. Snap dan masukkan dalam blog.

p/s Sayang kucing.

p/s/s Maaf, edit-an gambar tidak menarik. Aku cuba memasukkan unsur-unsur lomo, tapi tidak berjaya. Jadi?

Perihal : Si Jantan, Kakak sulung aku, Afiqah, Hakim dan cewek-cewek bermisai.

Kadang-kadang aku tertanya, bagaimana kamu di luar sana yang menjadi blogger dan membuat persediaan untuk entry di dalam blog masing-masing. Maksudnya, apa perkara yang kamu lakukan terdahulu sebelum blogging. Sabarlah, aku tahu aku sudah lama tidak membuat entry di sini. Pada perkiraan aku, seminggu. Yi..er..sam..se…ya seminggu barangkali.

Aku menghadapi mental blocked. Idea burnt out. Padahal di dalam kepala otak aku, banyak perkara aku nak entry-kan. Ah! Kamu harus faham, macam yang aku sudah tulis sebelum ini. Perhubungan aku dengan dunia cyber kelihatan agak terbatas. Nokia N70 milik adik aku, bukan milik aku. Seperti aku kata, di sini tiada 3G Maxis Broadband. Celcom 3G? Ada, tapi hari itu aku malas ke kiosk yang terletak berhadapan dengan laut itu. Apa jadah kiosk itu dibuka di situ? Chemistry feng-shui barangkali. Bukankah perkhidmatan Celcom menggungguli keseluruhan Sabah, diikuti dengan DIGI? Dan, aku sendiri tidak tahu teknologi yang ditawarkan oleh perkhidmatan-perkhidmatan telekomunikasi ini. Kiosk Celcom itu dibuka di satu tempat yang dipanggi GrandView. Lebih kurang 3 batu dari rumah aku, dan 2 batu dari bandar Sandakan. Aduh! Aku pun tak berapa pasti kenderaan awam ke situ. Jadi, sudahnya aku lebih rela memilih Maxis Broadband yang tidak berjalur lebar itu. Hai, mengeluh!

Berbalik kepada perenggan pertama di atas. Seperti aku di sini, dan sebelum-sebelum ini. Ataupun sebelum aku balik ke sini, aku mesti memastikan perkara-perkara tertentu sudah dilakukan dengan lengkap sebelum ber-blogging. Macam serius saja bunyinya. Berikut, merupakan perkara yang aku lakukan sebentar tadi sebelum memulakan entry ini.

1) Mandi, kerana terasa bahang masih berbekas di seluruh tubuh. Hari ini terasa begitu panas.

2) 2 jam kemudian, aku terasa ingin membuang segala bahan kumuhan dari sistem perkumuhan aku.

3) Kemudian, aku ternampak Jantan, kucing keluarga kami yang begitu kotor kakinya. Aku ambil dia dan membasuh kakinya. Biarpun sedikit percakaran telah berlaku, aku rasa dia sudah selesa dengan keadaan kakinya yang sudah bersih. Mungkin dia pun pergi membuang bahan kumuhannya di atas tanah. Ataupun, sebenarnya dia pergi bermain-main dengan Geng Hitamnya yang lain. Kucing, biasalah.

4) Menghidupkan lappy sambil mencari-cari tempat yang sesuai untuk ber-blogging. Sekarang ini, aku mengamalkan cara hidup sihat. Padan muka! Aku rasa rabun malam aku ini semakin menjadi-jadi. Jadi, aku mengambil keputusan untuk memasang lampu ketika menghadap lappy. Kalau tidak, pasti aku merasakan 2 biji mata aku ingin tersembul keluar dari tempatnya. Oh! kesilapan sendiri yang sudah diketahui kesannya.

5) Memilih lagu-lagu untuk dimuatkan di dalam Winamp Player aku. Serasa-rasa lagu tersebut itu berpadanan dengan mood aku, aku pilih. 12 lagu Indonesia, 6 lagu Malaysia dan 1 lagu Jepun. Antara lagu favourite aku malam ini. Kemudian, shuffle setting-kan ia.

AKU MALAS TERGANGGU KETIKA BLOGGING ENTRY.

Ayoh! Mulakan blogging.

Sebenarnya, 3 jam sebelum ini aku menerima panggilan telefon dari kakak sulung aku. Chit-chat beberapa perkara. Berikut adalah perkara yang dibangkitkan yang aku mahu kongsikan kepada kamu semua.

Broadband mu kenapa ? –
Penggunaan handphone adik aku agak limited. Tak apa la tuan punya telefin bimbit berhak. Kedekut? Heheheh.. tak juga. Along kata, dia bukan cincai tak ada girlfriend. So, dia sibuk berbalas sms.

Apasal tak update blog?
Merujuk kepada soalan nombor 1. Dan, hal lain adalah seperti aku sendiri tidak mempunyai idea yang siap sedia di-blogkan. Dalam seminggu ini, tidak banyak gambar aku ambil. Aku jadi takut di tanah kelahiran sendiri. Ahad lepas, aku turun seorang diri ke Pasar Minggu Sandakan. Tak Facet, aku bukan malu menggantung DSLR aku, tetapi aku jadi takut. Aku masih memerlukan masa membaca raut wajah orang-orang di sini. Tidak mesra kamera. Jadi, aku takut mereka akan tersalah anggap kepada aku, dan kamera aku menjadi sasaran. Lagipun Ahad itu aku membawa sekali lappy aku, konon-konon mahu mencari wifi café @ restaurant. Tetapi, keadaan cuaca agak panas aku hanya berkunjung ke cyber café CyberJazz yang aku rasa tidak pernah mengalami perubahan semenjak beberapa tahun yang sudah. Jadi, aku takut agresif untuk mengambil gambar, kalau apa-apa terjadi contohnya di-bodek (disamun), aku tidak boleh bertindak pantas kerana benda-benda yang melingkari aku. Jadi, tiada satu pun gambar diambil, padahal scene-scene begitu menarik. Aku cuba Ahad ini ya?

Amacam? Ada dapat photography job tak?
Ada. Ada 2, tapi sekarang ini aku masih mengkaji benda-benda yang berkaitan. Kedua-keduanya wedding job. Helo, kau tengok gambar-gambar yang aku snap dan blogging kan di sini, agak-agak kau, aku boleh tak ambil job photog ni? Aku terus-terang, aku memang tak yakin 100%. Aku tak pernah pun berpengalaman hendak menjual produk photography ini. Cuma, seorang poser yang baru mengenal DSLR-L-L-nya. Inikan lagi melibatkan momen-momen bernilai bagi orang lain. Hari itu, bila melihat Saiful Nang sedang ditemuramah di dalam Malaysia Hari Ini, aku jadi kagum. Entahlah, terdapat rakan-rakan terbaik aku, termasuk kakak sulung aku memberi sokongan moral terhadap aku di dalam perkara ini. Haishhh…bila kau diberikan semangat di dalam perkara yang melibatkan jati diri kau, apa kau rasa? Bukan oren, tetapi berbelah bagi. Bagi aku masa occay?

Bulan Disember ni, jadikah balik ke kampung?
Jadi! Kakak sulung aku akan balik sekitar 15 haribulan. Adik-beradik aku yang lain pun akan balik sekitar 20 haribulan. Sudah lama kami tidak berkumpul, mungkin 4 – 5 tahun. Lagipun, hujung tahun kan cuti sekolah, berkesesuaian dengan masa bekerja kakak-kakak aku. Kakak aku yang 2nd pun tengah cuti semester. Kenapa tak balik semasa Aidilfitri? Memang tak sesuai langsung. Cuti raya Aidilfitri begitu pendek. Jadi, kami mengambil keputusan untuk gathering hujung tahun ini. Mungkin kakak sulung dan kakak 2nd bersama suami masing-masing akan mengambil cuti tahunan, manakala Dang bercuti semester dan adik aku yang polis bertugas di Sibu akan mengambil cuti sendiri sebelum memulakan semula tugas operasinya di sempadan tanah air.

Anak aku dah jadi perawan dah.
Haha, tiba-tiba aku rasa terharu. Haishhh, jangan fikir yang bukan-bukan. Ya la, kau tahu tak, saat kali pertama didatangi haid antara momen terindah yang akan kau kenang sepanjang hayat. Banyak perkara kehidupan perlu dipelajari selepas itu. Kiranya, Afiqah seperti kanak-kanak perempuan yang lain, didatangi haid ketika berumur 12 tahun. Kakak aku cakap, Afiqah tak banyak songeh pada kali pertama itu. Bapa dia sedikit marah apabila tidak diberitahu perkara ini. Alasan kakak aku, ini hal orang perempuan. Haishh! Dalam perkara ini, sudah pasti bapa dia akan teruja, anak perempuannya sudah menjadi seorang gadis akil baligh. Bapa Afiqah sempat berpesan kepada kakak aku untuk memberitahu hal perihal yang berkaitan. Ala, seperti menyambut baby baru, banyak perkara baru akan dipelajari. Er..silap pula, aku sendiri tak pernah sambut baby sendiri. Maksud aku tentang fasa kehidupanlah. Jadi, perbelanjaan bulanan kakak aku akan bertambah sekitar RM6.00 untuk membeli pad wanita khas untuk anak gadisnya itu. Oh! Sweetnya. Dan, aku sudah menjadi seorang makcik kepada seorang anak gadis. Manis sungguh momen ini.

Mohd Nor Hakim buat hal.
Hakim adik kepada Afiqah. Keadaan ini berlaku di sekolah lama adik beradik itu di daerah Lengging. Kakak aku sedang membuat event di situ. Kata kakak aku, dia sudah mendengar gelak-gelak asing di bawah meja yang dia duduki itu. Dipendekkan cerita, ketika hendak bangun untuk berkata sesuatu, kakak aku hampir lagi ‘menjunam’ ke depan. Nasib baik, tindak refleksinya begitu pantas berkomunikasi impuls dari kotak fikirnya. Hakim, menyimpulkan kiri dan kanan kasut sport kakak aku. Haish, kau boleh bayangkan keadaan kakak aku. Nasib baik! Kakak aku cakap Hakim ketawa bagai tak cukup nafas melihat mamanya yang seakan-akan mahu tumbang itu. Hahahaha…. Aku ketawa occay!

Haisshhh. Memang macam-macam hal-lah. Itu cerita aku beberapa jam yang lepas. Lepas ini, aku mahu menonton tv pula. Sikit jam lagi cerita drama Indonesia Titipan Ilahi tu nak habis. Teringat MM di dalam entrynya yang lepas, memang di Astro terlalu banyak drama-drama yang melibatkan gadis bermisai halus.. hahahaha…cerita Indonesialah. Aku sebenarnya suka menonton cerita Indonesia, tapi bila melibatkan setiap hari, aku jadi muak pula. Tapi sekarang ini, aku selalu menonton cerita Renjis 2, Ulang Siaran Raja Lawak, KL Menjerit, CSI NY, Mentua VS Menantu. Kakakaka… tiba-tiba terfikir untuk membuat entry pasal rancangan Astro ni pula. Occay, away sat.


Saturday, November 1, 2008

Celuparkan diri.


Serasa aku, ramai kawan-kawan mentertawakan tentang perihal aku back for good ke kampung halaman. Kenapa kamu rasa seperti itu? Apasalahnya aku BFG? Sepatutnya kamu tanya diri kamu kenapa kamu tidak mahu kembali ke pangkuan keluarga. Atau sebenarnya kamu takut dengan bayang-bayang masa depan kamu sendiri. Jangan terlalu mengejar kesenangan hidup, sedangkan di kampung ada lagi ibubapa kamu yang memerlukan kamu.

Aku bukan anak yang baik pun. Malahan sehingga ke hari ini, aku masih belum mempunyai pekerjaan. Sedang berusaha ke sana sini. Hakikat hidup yang sebenarnya sudah aku jangkakan akan berlaku. Tapi aku tak takut pun. Mungkin kata-kata aku agak ego, tapi aku peduli apa. Ada lagi kehidupan yang perlu aku teruskan.

Menyuruh aku pulang ke Kuala Lumpur bukan perkara yang sepatutnya kau lakukan. Serasa aku, aku tak sanggup tinggal lagi di sana untuk 7 tahun. 7 tahun seperti mana yang aku pernah buat. Hati aku bukan di situ. Aku bukan pencinta bangunan-bangunan konkrit seperti kau. Aku bukan pencinta kebebasan hidup. Aku masih ada keluarga yang perlu diberikan perhatian. Kau tak malu biarkan ibu bapa kau menua di sini tanpa perhatian kau?

Aku sedih bila lihat Mak dimasukkan ke hospital. Jiran-jiran yang bersusah payah melihat sakit Mak. Sedangkan Mak ada 6 orang anak. Biarpun Along ada, tapi apalah sangat yang ditahunya. Seboleh-bolehnya, aku sentiasa mahu berada di sisi mereka.

Biarlah aku korbankan keinginan-keinginan aku. Tiada salahnya aku bekerja di sini dan mahu menjadi anak watan yang berguna. Sabah kurang maju kerana kekurangan watan yang mampu membantu. Kau jangan salahkan orang lain kerana kaya di tanah kelahiran kau. Atau kau sememangnya malas untuk berusaha?

Haih...rezeki ada di mana-mana dan aku percaya terhadap keteguhan diri sendiri. Apalah sangat sen kau di sana kalau itu-itu saja yang kau hadapi? Kau penakut terhadap diri kau sendiri. Jadi, jangan cuba-cuba nasihati diri aku kalau sebenarnya kau sendiri pun tiada pencapaian hidup yang cemerlang. Macam? Kau marah?

Aku sediakan comment box aku dan bersedia menerima tetamu ANONYMOUS seperti kau untuk hentam aku. Aku celupar? Kau tahu hakikat itu kan?