Monday, September 17, 2012

Bakat itu untuk semua.


 Dulu saya selalu mengeluh yang saya tak boleh melukis. Selalu merasakan hendak melukis lukisan orang lidi pun tak boleh. Semua serba tak boleh. Memandang rendah kepada diri sendiri. Tapi ada sebuah sudut kecil di dalam hati saya selalu juga percaya, bahawa semua manusia mempunyai bakat kebolehan. Tuhan memberikan bakat kepada sesiapa pun, dan terpulang kepada kita sendiri bagaimana hendak menggunakan pemberian yang Tuhan bagi itu.

Sudah hampir 3 minggu saya melukis doodle. Entah, adik saya cakap lukisan seperti di atas disebut sebagai doodle, doodling. Purata setiap hari saya boleh menghasilkan 2-3 keping lukisan. Lukis dulu di atas kertas putih (kini buku sketch khas) dengan menggunakan warna, kemudian lukisan berkenan di-scan dan diwarna dengan menggunakan kesan digital software Adobe Photoshop. Mula-mula sekadar suka-suka, lama-lama ianya menjadi kebiasaan. Apa saja yang terlintas di fikiran akan diilustrasikan ke dalam buku sketch sebelum melalui proses mewarna digital. Saya tahu ianya bukanlah sesempurna mana, namun dari sudut hal lain saya berjaya membuktikan sesuatu; saya menemui sebuah lagi bakat di dalam diri saya. Alhamdulillah.

Indahnya pemberian Tuhan.