Aku akan pulang Disember ini..back for good.
Are you sure?
(Bla-Bla-Bla-)
Ok juga hidup di sini, cuma kau tak banyak pilihan keperluan hidup.
(Bla-Bla-Bla)
(Bla-Bla-Bla)
(Bla-Bla-Bla)
ii
Saya tambah, saya tidak tahu hendak cakap bagaimana, tetapi saya tidak pernah menyesal untuk kembali ke kampung halaman. Saya balik dengan tangan kosong, hanya berbekalkan tawakal. Memenuhi kehendak orang tua untuk kembali ke sini. Sabah, negeri saya. Bukanlah negeri yang miskin, seperti yang diuar-uarkan oleh media. Kami cuma memiliki tanah yang luas dan penduduk yang sikit, 3 juta barangkali.
iii
Hal pendatang tanpa izin (PTI) ? Saya lagi malu dengan mereka. Mereka bertani di pinggir jalan, mereka panjat bangunan tinggi untuk membina bangunan. Orang-orang kampung saya, tiada yang mahu bekerja sedemikian. Gaji kontrek sebanyak RM60.00 sehari, kalau projeknya lama maka lamalah mereka bekerja mewah. Kalau projeknya sekejap, pun mereka tetap bekerja. Sambil-sambil meninjau kerja yang lain.
iv
Orang-orang saya, tidak mahu. Mereka hanya mahu kerja sedap. Duduk dalam aircond, bos suruh kerja lebih sikit, muncungnya memanjang. Lulusnya SPM tapi besar kepala melebihi gred 41. Bukan semua orang-orang saya begitu, kau jangan terasa dengan apa yang saya cakap kalau kau tiada sikap begini.
v
Ada juga orang-orang saya, yang kuat bekerja. Ada yang kerja kerani, sabtu pergi berjaja di pasar malam. Buka perniagaan di saluran internet. Mencari duit lebih, makan dapatannya rezeki lebih. Saya kagum dengan orang ini. Perniagaan salah cara mengubah cara hidup. Ada juga orang-orang saya yang berhenti kerja dengan majikan, mengusahakan usaha kecil-kecil. Mereka kata, mereka mahu terlepas dari beban mental. Hari-hari bimbang dengan urusan orang lain. Mereka ambil keputusan untuk berniaga sendiri. Kata mereka, kecil yang mereka usahakan, maka sedikitlah yang mereka dapat. Besar yang mereka usahakan, berlipat gandalah hasilnya.
vi
Tinggal di Sabah; tidak banyak kehendak kau akan dapat diisi. Tapi sekurang-kurangnya kau tidak hidup dalam kebimbangan. Apapun, sebenarnya hidup di mana-mana pun sama saja. Cuma lebih banyak enaknya tinggal di kampung sendiri. Saya tidak tahu deskripsi yang jelas, kamu kena alaminya sendiri.
vii
Apa cerita Dejavu di Kinabalu tadi? Ada yang merindui Kinabalu?
2 comments:
Stuju dengan entry ini...
!EKIL
Post a Comment