Friday, June 15, 2012

Travel: Pulau Manukan, Sabah










i
Ini adalah kali pertama saya melawat Pulau Manukan yang terletak di persisiran daerah besar Kota Kinabalu, Sabah. Sehari sebelum ialah hari peperiksaan. Sebenarnya rancangan ini dibuat secara tidak serius antara saya dan kawan-kawan saya. Dan kemudian, peperiksaan akan diadakan pada Isnin minggu depan. Jadi ini memberi sedikit peluang kepada saya dan seorang teman sekampus untuk pergi melawat ke Pulau Manukan ini.

ii
Pengunjung perlu membawa Rm23.00 untuk lawatan ke sebuah pulau (yang dipilih sendiri). Manakala tax tambahan adalah sebanyak Rm7.++ seorang dan kemudian perlu lagi membayar RM3.00 sebagai caj masuk ke Pulau Manukan. Pulau Manukan hanyalah terletak kira-kira 15 minit perjalanan dengan menggunakan bot laju yang disediakan oleh agen ketika di jeti Jesselton Point.

iii
Cuaca sangat baik, biarlah hitam sekalipun kulit ni, kata hati. Saya bangga ada sunburn pada kulit saya sebab itu tanda saya sedang 'berkelana'. Hehehe. Ok Agak poyo! Kami berdua menyewa google,mask dan life jacket, konon-konon hendak snorkling. Malangnya kedua-dua kami bukannya pandai snorkeling tahap bagus. Pengalaman saya snorkeling sebelum ini pun hanyalah memakai PELAMPUNG DAN LIFE JACKET sekaligus ya. Mula-mula kami hanya berendam-rendam di gigi air. Ala sampai lutut saja pun rasa ketar beb. Mana tahan.

iv
Tiba-tiba kedengaran kami dipanggil (tanpa tau nama). Oh, lihat pada bajunya ada lambang Sabah Park. Ini mesti guide Sabah Park ni, hati saya cakap. Haha. Beliau kata " saya lihat kamu tunggang tebalik dari tadi, tidak pandai ada movement. Bagus kamu dapatkan perkhidmatan guide sini. Ada yang mahal, RM50 seorang. Tapi kalau pakai guide Sabah Park, berapa-rapa la kamu bagi'', kata guide tersebut. Mula-mula macam tak mahu, kira nak save bajet. Lagipun bukannya pandai snorkeling pun. Tapi bila pikir-pikir, bagus lagi kami guna service tu , tak buang masa mcm guide Sabah Park tu cakap, tunggang tebalik seja kamu dalam air! oh Malu!

v
Kami pun setuju. Mula-mula saya cakap, cukuplah jangan jauh-jauh dari pantai. Sebab saya memang takut air. Oh jeritnya satu pulau!. Kawan saya pun cool saja, saya ja lebih-lebih. Melihatkan kawan saya yang cool itu, saya pun mengikut 'arus' sejalah. Buat2lah bertawakal di dalam air. Kami dibawa ke kawasan yang jauh sedikit, lebih kurang 50 meter dari pantai. Balik-balik saya tanya, berapa dalam kawasan tempat tu. Guide cakap itu tidak dalam. Dalam 2 meter seja. Ah pandailah! saya cakap, saya punya tinggi pun 1.63cm ni apa lagi tidak jejak kaki. Perkiraan saya maybe dalam 5 meter hingga 8meter. Tiba-tiba saya rasa berani pula memandang ke bawah laut. Tapi ada satu kali tu, tiba-tiba (lagi tiba2) ada ombak sedikit datang ke arah kami. Oh Tuhanku, kata dalam hati. Ingatkan dia hempas kepala, rupanya saya terambing seja. Maklumlah pakai life jacket kan. Hahahha

vi
Guide kami memang bagus. Oleh kerana service dia bagus, kami kasih tips lebih. Tak apa, jangan berkira. Kesian dorg cari duit lebih untuk tugas yang bahaya macam tu. Sayangnya Pulau Manukan tidak mempunyai kawasan snorkling yang cantik seperti pulau-pulau yang saya pernah pergi sebelum ini. Ah, janganlah tidak adil, Pulau Manukan kan terletak dengan kawasan kegiatan manusia. Jadi, jangan pandai-pandai mahu menilai-nilai. Memang seronok snorkeling ke kawasan yang dalam tu.

vii
Saya kira kami telah snorkeling lebih 1 jam bersama guide Sabah Park. Kemudian saya dan teman berehat sekejap dan tanpa rancangan kami menyambung cuba snorkeling sendiri di kawasan berdekatan situ. Ah! Tengok jam baru pukul 11. Ada lagi masa 4 jam sebelum pukul 3, sebab mahu balik tanah besar. Jadi apa lagi, kami sambung lagi snorkeling selama 2 jam. Kira ok kaitu snok tengahari buta?

viii
Masih lagi kami tunggang tebalik ketika mahu mengapungkan diri. Ini tak boleh jadi ni. Balik-balik minum air masin. Sebak paru-paruku. Saya pun menyewa sebuah pelampung besar. Bayar RM7, depositi RM10. Bah, barulah best snorkeling. Oh Tidak! kali ini saya tidak menyarungkan pelampung di badan ok. Saya pegang tali seja. Itu pun feeling-feeling macam bagus sudah pandai snorkeling. Kawasna yang kami snok tu maybe dalam 8 meter saja dalam. Tak ada koral pun, yang ada ikan-ikan besar. Tapi tiba-tiba saya jadi berani pergi ke tempat dalam. Tapi teman saya mungkin ada sedikit takut. DIa tarik pelampung ke arah pantai, saya tarik ke arah tengah. Jadi bayangkan, situasi kami tu. Apapun, memang macam tak mau balik. Ya la kan, pandai sudah korner-korner dalam air. Apa kau mesti kesah?

viii
Setelah meminum air laut dengan banyaknya (terima kasih kumbahan Kota Kinabalu), kami pun segera berlari-lari pelan ke jeti. Hampir 5 minit ke pukul 3. Rupanya ada lagi yang lebih lambat dari kami. Bilang pemandu boat ' Sudah ku pesan sama itu pelancong, kalau honeymoon, jangamn lewat masa untuk boatman ah, ini tidak. Haih kalau ku tahu, aku kasih tinggal ja ni, tapi ada barang dia pinjam kan!'' Hahahha. Nasib kau la bang, ku cakap dalam hati pelan-pelan. Biasalah orang kerja kan. Oklah, itu saja cerita dari Pulau Manukan. Tunggu cerita trip seterusnyaaaa...

♥ Pulau Manukan, Kota Kinabalu.

1 comment:

Anonymous said...

brapa harga kamu sewa google, mask, life jacket utk snorkelling tu? bayar tambang boat?