Friday, June 15, 2012

Judgemental.


i
Hari ahad lepas, selepas merasa lega dari sakit perut sepanjang malam, saya berjalan-jalan sambil mengambil gambar di bandar Kota Kinabalu bersama seorang teman. Petang itu cuaca sedikit mendung dan ada sedikit hujan renyai. ‘Betul ah KK tidak hujan. Saya turun sekarang.’ Amboi, macamlah saya ni bomoh hujan boleh tahan-tahan hujan. Entah dalam masa 1 minit dari menerima sms kawan saya itu, mungkin hujan akan turun dengan lebatnya. Syukurlah, tak hujan cuma ada hanya angin kuat di bandaraya tepi laut itu.

ii
So, mahu ke mana?, kata saya. Kami menuju ke tepi laut, berlantai separuh tanah pasir dan separuh lagi konkrit pecah. Di sebelah kiri ialah Pasar Kraftangan Kinabalu atau Pasar Filipin manakala sebelah kanan ialah tandas awam. Bau hanyir mengisi ruang udara. Demi mengisi masa, saya akur dengan kehendak alam. Ada 2-3 keping gambar yang sudah upload, cuma sunset sahaja. Warna sunset ketika itu sangat cantik. Kami menunggu bermula pukul 6. Formasi awan kerap berubah sehinggalah ke waktu puncak. Permukaan air mempunyai pelbagai warna. Ah, indah. Di belakang dan kiri kami ada beberapa orang yang membawa kamera pelbagai jenis. Ada yang mengambil gambar sambil membuat bentuk love, mungkin mereka merasa romantik di situ. Siapa yang tahu di hadapan mereka ada tandas awam yang semerbak baunya.

iii
Ada sekumpulan kanak-kanak di situ. Sambil menunggu sang sunset datang, saya tertarik untuk mengambil gambar mereka. Ada yang berhingus, ada yang tidak berbaju, ada yang lincah, ada yang melihat-lihat kami dan lain-lain lagi. ‘Hai, boleh ambil gambar?’, kata saya. Kanak-kanak di dalam salur konkrit itu memberikan wajahnya. ‘Kamu orang apa?’, ‘Aku Suluk, yang ini Bugis.’ Dia tunjuk kawannya yang sedang berdiri di tepinya sambil memegang sebungkus makanan dan beberapa biji gula-gula. ‘Ibu bapa kamu mana?’ tanya saya. ‘Mereka menjual di pasar sana.’ Sambil jari menunjuk ke arah pasar berdekatan. Ternyata mereka bukan anak jalanan, tetapi mereka sedang bermain di tepi jalanan. Saya bertanyakan beberapa soalan kepada mereka, agar mereka selesa dengan saya. Saya berpura-pura meminta sebiji gula-gula dari gadis kecil di atas, dia memberi saya sebiji gula-gula. Berbaki 3 biji di tangannya. Saya membuat telahan. Jarang sekali kanak-kanak yang saya jumpa yang mahu memberikan benda yang berada di tangan mereka. Sikap was-was atau curiosity ada pada setiap kanak-kanak, tapi dari sudut lain mungkin kanak-kanak ini diajar supaya tidak tamak dengan apa yang ada pada mereka.

iv
Saya banyak mengambil gambar kanak-kanak bila di jalanan. Namun motivasi yang boleh didapati pada seisi kali ini ialah sikap menilai melulu kita. Bagi saya, tidak semua mereka yang berada di jalanan itu ialah miskin mahupun terbiar. Tidak semua yang nampak tidak sempurna itu ialah orang yang sangat kasihan. Padahal mungkin mereka terdiri daripada mereka yang sedang bergembira menikmati hidup. Saya punya kenalan yang mempunyai sikap judgemental; ada yang sederhana, ada yang separa tak betul malah ada yang begitu annoying sekali tahap judgemental mereka. I think you might be read this short story, tapi percayalah awak kena perlahankan sikit volume judgmental awak tu. Sedih beb bila menganggap yang bukan-bukan terhadap orang lain. Apatah lagi jika kita sendiri yang terkena.

v
Ada sunset yang bagus petang itu. Yang terbaik cuma tertinggal pada ruang ingatan saya, yang terlahir di gambar cuma paparan biasa. Ada di mana-mana.

No comments: