Wednesday, December 30, 2009

Cerita Kecil - 3

Sejak akhir-akhir ni aku banyak menghadapi perihal yang berkaitan dengan emosi seorang perempuan. Lihat, dengar dan merasakan. Kadang-kadang aku jadi takut, tapi bila aku jadi takut, aku cepat-cepat pintas rasa tu. Aku bosan kalau aku menghadapi perasaan yang sama, iaitu takut. Seorang kawan, masih muda (20 tahun) tetapi sudah beranak 1. Dia sekarang sedang menghadapi fasa kehidupan yang serasa aku begitu perit. Anaknya, menurut jangkaan doktor mempunyai tanda-tanda awal mengidap penyakit down syndrome. Kesian ibu muda ini, dia sendiri kerap sakit. Kadang-kadang aku dapat menangkap raut wajahnya yang seolah-olah dilanda masalah yang sangat membebankan. Aku tahu perkara itu betul. Kalau dilihat, wajah yang dia ada itu tidak sepadan dengan usianya yang baru menjangkau 20 tahun. Aku selalu berpesan kepadanya supaya menjaga kesihatan, disebabkan badannya sendiri belum matang sepenuhnya dan ditambah lagi keadaan sudah mempunyai anak.

Tapi seorang malaun cekap menyampuk: Ala, dia tu sudah kawin, sudah ada urat putus sebab beranak anak lelaki.

Aku yang belum pernah beranak ni: Habis, kalau sudah urat putus, saya tak boleh nasihatkan dia supaya jaga kesihatan ke?

Malaun menambah: Penyakit biasa la tu. Orang sudah beranak ni lain macam.

Aku : Tak kisahlah dia pernah beranak ke, tak pernah beranak ke, kawan saya ni sedang sakit. Badan dia masih belum matang sepenuhnya. Saya rasa saya berhak menegur dan mengingatkan dia ni. Saya tahu saya tak pernah beranak, tapi saya tahu kawan saya ni sedang sakit.

Ditambah lagi: Tahu la dia tu nanti cara nak urus diri.

Aku : Kalau dia tahu, dia takan sakit macam ni. Sudahla. L***, kau jangan selalu mendengar perkara-perkara negatif ni. Aku marah kalau kau selalu mengeluh. Kalau kau selalu dengar macam ni, kau akan ajar diri kau jadi lemah. Bila kau lemah, kau akan sakit.

Aku tak suka bila kawan perempuan aku lemah. Aku tau masalah memang merumitkan. Aku juga tak suka bila seorang perempuan lain, melemahkan kawan yang satu lagi. Aku juga tak suka; oleh kerana kau dah tua, aku kena hormat dan terima pada perkara yang tidak betul yang kau lakukan.

Dia datang kepadaku, dia bertanya apa itu penyakit SLE. Apa dia ingat aku ni doktor tahu perihal penyakit ni? Tapi aku tak suka menghampakan kawan aku. Aku suka ditanya, kalau aku tahu, aku jawab. Kalau aku tak tahu, aku berusaha cari jawapan. It's on your fingertip. Internet depan mata, aku wiki-kan dia apa itu SLE. Aku dan dia sama-sama mendapat ilmu yang baru. Aku ajar dia; kalau kau ada masalah, kau kena berusaha untuk jadi kuat. Kalau kau tak tahu pasal sesuatu benda, kau bertanya. Kalau tak ada orang nak jawap soalan kau, kau Google. Dalam internet, semua ada. Mak bapa saja tak ada dijual.

Aku ctrl + history. Aku tau dia praktikkan apa yang aku maksudkan. Mulut aku cam cilabai, tapi dia mengambil kisah. Dan aku merasa hiba, dia menghargai apa yang aku maksudkan. Demi diri dia sendiri, dia kena berusaha. Aku tak boleh selalu memberi nasihat, aku tak boleh selalu menadah telinga mendengar masalah dia. Sebab aku sendiri tak suka mendengar masalah. Jadi, aku selalu cakap dekat dia; kita kena kuat. Aku tak tau apa masalah kau, tapi kita mesti kuat. Bila kita kuat, kita akan jadi berani. Tak ada sesiapa yang akan bantu kita, apalah sangat kudrat orang lain terhadap kita. Kita lagi faham pasal diri kita. Dalam masa yang sama, kita juga kena bantu orang lain. Tetapi itu boleh dilakukan, bila diri kau sudah kuat.

Kuat bukan saja dari segi fizikal, mental kena jaga beb. Kau jangan nak pandai2 nak nasihat orang, kalau mental kau dikuasai oleh perihal yang tidak sepatutnya. Tu pasal aku ckp aku tak suka dengar masalah. Macam hipokrit, padahal aku sendiri banyak beban fikiran. Macam aku ckp, kalau aku selalu fikir benda tu, aku jadi bosan dan sakit. Jadi aku selesaikan masalah, biar perlahan dan jangan gopoh. Kau nak cepat-cepat selesaikan masalah, tapi jalan berterabur. Aku malas nak buat keja dua kali. Hahaha..

Dah tinggal berapa jam lagi nak ke tahun baru Masihi. Tenang aja. Fikir yang bagus-bagus ya?

Saturday, December 26, 2009

Jake Sully kata hari ni harijadi dia. Oh!

Aku tengok jam kat henfon, it's 12.01 am by 26th of December, masa Jake Sully buat his last videolog. Dia kata that would his last videolog, kebetulan dat was his birthday. Kan Jake Sully buat pengorbanan untuk 'matikan' dirinya sendiri untuk kehidupannya di dalam dunia Avatar. oh kebetulan masa tu sudah bertarikh 26 Disember. Ya, another number ticked. Tiada sms wish diterima sehinggalah 1.17 pagi ni. Tak apa, tadi aku terima nyanyian Happy Birthday oleh kawan-kawan aku, lama dan baru dikenali masa dalam panggung lagi. Ya, midnite semalam aku pergi menonton movie Avatar. Jadi, untuk buat-buat happy, aku anggap je ke-best-an movie Avatar tu sebagai hadiah harijadi aku. Aku shopping rm212.00 utk beli barangan dari The Bodyshop. Hadiah untuk diri sendiri la tu. Dan ada beberapa benda lain bersifat material telah aku buat. It's my birthday, jadi i can do anything with my money, rite?

Aku nak share benda yang aku beli untuk diri sendiri untuk Disember 2009. Nanti aku blog kan. Salah satu azam untuk tahun 2010 ni adalah tahun 2010 adalah tahun kecantikan diri sendiri. Whatever itself, my friend Sarah said, women will get full bloom when they reach 30's. Aku pun baru baca bab2 umur 30 ni dari blog Miss Weed dan Mama-to-be Puan Noe. Full bloom ka, glows ka, tunggu sajalah. Tapi aku baru 29tahun, jadi untuk mencapai 30, kenalah sedia dari sekarang.

Alhamdulillah, setahun lagi usia meningkat. Tahun 2010, tahun mencari rezeki sebanyak mungkin. Ala, setiap tahun pun mesti target cam ni. At least, ada sesuatu yang besar hasilnya utk 2010. Ah, steretype nya pikiran aku ni. Tapi aku tak kisah, kalau kamu kisah. Muah.

Okla, off dulu. Selamat hari jadi yang ke 29 tahun untuk diri sendiri. Semoga diriku sendiri mendapat kehidupan yang lagi baik dan aku berdoa semoga kedua ibubapa ku diberkati dan dilimpahkan rahmat kesihatan dan rezeki yang banyak, aku berharap kesemua adik beradik aku diberikan rezeki kehidupan yang lazat nikmat dari Nya, seluruh keluargaku, kawan-kawan yang disayangi dan sesiapa pun kamu di luar sana.

Salam sayang, Mas.

Sunday, December 20, 2009

Cerita Kecil - 2

12 tin Cap Harimau masih berisi di hadapanku. Meja kami dihuni oleh 5 orang. 3 lelaki, peminum air Cap Harimau, aku dan kawan perempuan hanya minum Coke. Di meja-meja lain, lebih kurang begitu pemandangannya. Tambahan, ada pelayan-pelayan perempuan berada dalam pelukan di 3 buah meja sebelah sana. Oh, di meja ku ada seorang perempuan bernama Candy. Bukan aku yang memeluk, tetapi rakan lelakiku. Lagu demi lagu, asap rokok makin menyaluti tubuhku. Dan seperti biasa, dia datang duduk di sebelah aku. Gelas berlaga, antara dia dan kawan-kawanku. Dia pegang Cap Harimau, aku pegang Coke.

Apasal datang tak bagitau? Boleh aku datang awal tadi. Lainkali kalau nak datang, call dulu. Aku suka kalau kamu ada di sini.

Katanya sambil tangan menutup mulut. Mungkin dia tahu mulutnya berbau air Cap Harimau. Oh bingit di situ.

Seganlah kak. Tapi lepas ni please duet dengan saya. - Hahahaha..

Adeh, suara power. Aku lagi malu. Aku sudah tua ni, tak mampu dah.

Power ranger bleh la. Hahahaha.. Tak lah tua. Kalau rasa tua, sila duduk rumah. Perempuan tak boleh rasa tua, sesekali boleh. - Tambahku.

Ah, pandailah ko Mas. Nanti kau sudah tua, baru kau rasa apa aku rasa. - dia teguk lagi.

Nanti masa tu baru kita cakap ya kak. Kurang-kuranglah sikit minum tu kak. Ubat mujarab ghout tu, tak pasal-pasal 'tarik kaki'.

Hahaha..minggu lepas kaki aku terkena lagi. Entahlah Mas. Orang cakap kalau minum arak, boleh lupakan sikit nak pikir masalah. Ini tak, makin sakit kepala ada lah.

Aku ketawa, turn ***** untuk menyanyi. Wanita berumur 45 tahun itu, memandang jauh ke skrin.

Pelan-pelan la kak. Susah kalau berubah mendadak. Take your time. Anyway, how come your voice is so sedap or else menten?

Hahahaha.. kau jangan tak tahu. Masa aku umur 30, aku masih setia ke gereja. Kau taulah, kami pun diajar macam-macam di sana. Mungkin Tuhan terbalikkan hidup aku sekarang ni.

oh patutlah. Maksud kakak, diterbalikkan macam mana?

Dia teguk Cap Harimau lagi, sambil rokok disedut dan dilepaskan. Dia owner pub itu.

Ya la, dari ahli gereja, jadi begini pula. Aku pun sebenarnya tak pernah choose kehidupan macam ni.

Aku tidak mahu 'padan muka' kepada dia. Aku juga tidak mahu dibuat begitu oleh sesiapa. Setiap manusia berhak menjalani kehidupan walau payah mana sekali pun. Jadi, aku menghormati setiap kehendak orang lain.

Kakak pernah susahkan orang lain? Masih close dengan family?

Eh tak pernah. Aku bisnis untuk cari makan. Family suma ok. Cuma, i felt alone. Mungkin sebab aku ni divorced woman.

Kalau tak ada, tak perlu risau. But I know, there are several things yang saya tak perlu tau kan. Cuma as a friend of you boleh berharap, kakak boleh jaga kesihatan, do not take alchohol too much, even you did it so..or else tak menyusahkan orang lain. Setiap benda yang kita buat, mesti ada sebab. Salah atau tidak, just take it easy.

Itu la pasal, bila aku nak retire dari benda-benda ni pun aku tak tahu. Aku pun tak mahu selama-lamanya asyik difikir as a bad woman. Even aku tak jahat pun, tapi kau tahulah bisnis macam ni. Could'nt escape dari mulut-mulut orang kampung.

Take it easy kakak. Give yourself sometimes with a good thing or though. Kalau kakak selalu fikir benda cam ni, confirmed sebulan 3 kali injection muka pun tak cukup.

Dia ketawa, sambil tepuk2 lenganku.

Ah Mas, tu pasal aku suka kau datang sini. Aku suka berbual dengan kau. Even umur kita jauh beza, tapi kau tahu apa patut kau buat untuk seorang perempuan macam aku.

Kita, perempuan. Memang lemah pada emosi. Tapi kita harus saling memberi sokongan hidup. Memang senang kita meluahkan emosi. Tapi siapa yang mahu mendengar deretan cerita yang sebenarnya asasnya adalah sama. Pedulikan hal-hal yang lepas, tapi kita harus hidup..terus hidup..

Friday, December 18, 2009

Cerita kecil.

Aku duduk makan malam bersama 3 orang kawan di kedai makan itu. Terletak di sebuah pekan kecil, di tengah Sabah.

Hei, aku mau lagu Slank, Ku Tak Biasa. Ada nggak?

Tadi dia duduk di meja berhadapan denganku. Berbual jarak jauh. Dan kemudian, dia mengambil kerusi dan duduk di sebelah ku. Disuanya telefon bimbit Sony, memasang Bluetooth. Dia masih muda, layak ku panggil adik. Beza 3 tahun.

Ah, aku pikir kamu di sini tidak mengenali Kaka. Kamu pun tau lagu-lagu Indo?

Telefon bimbit, milik aku dan milik dia saling berdekatan. Aku paling senyum.

Jangankan Kaka. Kaka tayang bontot masa terima anugerah hari itu pun aku tahu. Peristiwa tayang bontot itu kamu tau?

*Senyum manis aku terima, manis ku labelkan selepas aku melihat senyum manis penuh rahsia dari Ariel Peterpan semasa konsert dan showcase mereka di ibunegara beberapa tahun yang sudah.

Ku Tak Bisa sudah habis ku 'dapat'. Dan dia pergi ke sebelah sana, melayan pelanggan. Aku belek-belek lagu yang ada di dalam telefon bimbitnya. Serba salah sebenarnya, aku pandang dia. Seperti dia berfikir tiada apa-apa, percaya kepada aku 'meninjau' alatan komunikasi itu. Ah, sial. Banyak sungguh koleksi lagunya. Yang tidak pernah aku dengar nama band negara itu pun, banyak di dalam alat ini. Kemudian, dia kembali lagi duduk di sebelahku. Dengan rokok dan hembusan penuh hormat, tidak ke arah aku.

Biasanya orang-orang di sini hanya mengenali Dewa ataupun Peterpan. Nggak gitu?

*Aku memuat turun lagu Hujan dari Slank.

Terpulang dong. Aku selalu aja download dari internet. Macam-macam band yang nggak pernah aku dengar, aku download aja. Suka atau tidak, aku simpan aja dalam laptop.

Iya..aku tiba-tiba rindu Indonesia kala bicara ama kamu.

Kawan-kawan lain ku lihat menghabiskan makan malam mereka sambil menonton cerita bergerak di tv plasma sana.

Pulang aja deh..kalau rindu.

Dia senyum. Pelanggan kedai makan itu tidak ramai malam itu, sebab itu dia ada masa di sebelahku. 4 lagu aku dapat.

Aku mau balik. Nanti aku pinjam lagi henfon mu. Minta lagu deh. (padahal aku boleh download dari internet saja)

Bisa aja. Datang macam biasa ok.

Aku dan kawan-kawan pulang ke rumah. Online sekejap dan bersiap mahu ke alam mimpi. Aku pasang lagu Kaka. Aku tidur dengan lagu Kaka. Kaka memberi janji kepadaku. Ah, tiba-tiba aku teringat pada senyuman tadi. Sudah lama tidak melihat senyuman manis dari seorang lelaki. Bukan aku tak pernah nampak lelaki senyum kepada aku selama ini, banyakkk.. sangat banyak. Tapi bukan yang 'seperti' yang tadi.

Ini bukan proses jatuh perasaan. Jauh sekali.

Wednesday, December 16, 2009

Beri tangan kananmu.


Awal pagi semalam aku berdiri di tepi tebing, berhadapan dengan hempasan ombak dan dikelilingi bunga-bunga kecil yang sedang memekar. Awan di atas kelihatan biru dan angin mencium wajahku sampai aku rasa terawang. Aku menutup mata dan memicingkan telinga. Aku mendengar suara alam menyanyikan aku lagu-lagu keriangan yang tidak pernah aku dengari. Manusia tidak akan mengerti lagu keriangan alam. Dan aku juga manusia itu.

Bau-bau bunga ada di mana-mana. Aku masih memicingkan telinga dan membiarkan kulitku terbakar oleh panahan matahari pagi itu. Aku biarkan rambutku disaluti wap gegaram yang segar dari laut di hadapan ku. Aku biar tulang belakang ku sakit kerana berdiri terlalu lama menghadap ke depan sana. Aku biar badanku semakin 'pijar' kerana matahari mula memuncak. Aku biar dan aku masih menutup mata. Aku belum mahu melihat ombak bergurau senda dengan pantai di hadapan ku itu. Aku belum mahu melihat butir-butir halus benih bunga bebas berterbangan di sekelilingku kerana 'panahan' angin. Kalau boleh, aku mahu terus menutup mata, menikmati lagu keriangan malam sehingga bulan tiba.

Aku tahu bila bulan tiba, suasana menjadi gelap. Hanya tinggal desiran ombak, tinggal bau bunga-bungaan, tinggal lagi embun akan menapak di permukaan bumi di mana aku berdiri. Kemudian datang lagi si sejuk yang akan mendera badanku. Tapi malam belum tiba.

Cuba kamu. ya, kamu. Mari berdiri di sebelah ku. Mari merasa apa yang aku rasa. Mari aku berikan 'tenaga' ku kepadamu agar kau boleh merasa apa yang aku maksudkan. Mari ke sini untuk merasakan pijar matahari pagi, merasa bayu laut yang memanjakan aku, membau-bau bauan segar bunga-bunga liar di sekeliling aku ini.. Tapi kau juga harus seperti ku, tutup matamu. Dan aku akan memegang tangan kananmu dengan tangan kiriku, agar kau tidak janggal dengan permulaan keadaan itu. Aku boleh merasa getar takutmu sekiranya kau takut. Tetapi janganlah kau takut, percaya kepada aku yang memimpin tanganmu untuk merasai keadaan ini. Cuba diam-diam dan bebaskan perasaan ragu-ragumu.

Pembaca ku, aku cuba berinteraksi kepada kamu melalui emosi penulisanku. Rasakah kamu? Tinggalkan komen di ruang komen.


p/s gambar tiada kaitan dengan tulisan entri.

Wednesday, December 9, 2009

Rundingan sehari sebelum Aidiladha 2009. Apakah itu?

Saudara Pengarang yang dihormati,

Saya ingin bertanya secara jelas apakah prosedur polis ketika melakukan sekatan jalanraya ke atas kenderaan awam atau persendirian. Pengalaman saya begini, sehari sebelum AidilAdha yang lepas saya pulang bercuti ke Sandakan melalui jalan Telupid – Sandakan dengan menggunakan van penumpang berpermit jalan yang sah. Tiba-tiba van yang kami naiki ditahan oleh 2 orang anggota polis yang berkenderaan pacuan empat roda. Pemandu van terbabit segera meletakkan kenderaan beliau di tepi jalan. Seorang anggota polis yang berpangkat koperal bertanya kepada semua penumpang, tetapi soalan pertama yang beliau ‘jeritkan’ adalah; Siapa pakai paspot di sini?

Saya meninjau ke belakang van yang kami naiki kemudian meneliti anggota polis berpangkat koperal yang sedang memeriksa penumpang di dalam van itu. Terdapat 2 orang penumpang yang tidak mempunyai passpot, ini sekaligus membuktikan mereka berada di dalam negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah. Mereka dibawa ke kenderaan polis pacuan empat roda oleh anggota polis terbabit. Saya hanya memerhati melalui cermin sisi van. Dalam fikiran saya, sudah tentu mereka berdua yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah ini akan ditangkap dan dibawa untuk penahanan seterusnya. Tetapi saya hairan, tiada lori seperti Black Maria kelihatan di situ. Mengikut pengalaman saya, sekiranya sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dilakukan, sekurang-kurangnya ada sebuah lori polis serba guna (Black Maria), dan beberapa tenaga anggota turut kelihatan. Sekatan jalanraya yang saya lihat ini, adalah seramai 2 orang anggota dan sebuah pacuan empat roda sahaja.
Kedua-kedua pemuda yang tidak mempunyai paspot tadi kembali ke van penumpang. Kemudian, kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Sandakan, tanpa sebarang tangkapan dibuat. Di situ saya mula tertanya:

1) Apakah prosedur sebenar (oleh polis) bila melakukan sebarang sekatan jalanraya?

2) Kenapa 2 orang pemuda tanpa dokumen diri yang sah dilepaskan begitu saja?

3) Apakah ‘rundingan’ yang telah dibuat yang telah saya nampak sendiri melalui cermin sisi van?

Sekiranya ‘rundingan’ itu hanyalah untuk meraih duit belanja raya korban, saya berharap anggota polis yang terbabit segera melucutkan jawatan keanggotaan beliau dari pasukan polis negara kita. Saya malu bila mendengar sosek-sosek masyarakat tentang gejala rasuah, gejala menindas rakyat mahupun salah laku yang dikatakan telah dilakukan oleh mereka. Jangan fikir kerana anda memegang lencana polis, anda boleh bertindak sesuka hati di luar bidang kuasa anda. Mungkin anda tidak nampak kesannya pada hari ini. Tetapi insyaAllah, di masa depan anda mengalaminya.

________________________________________________________________

p/s : Artikel di atas merupakan percubaan pertama saya untuk menghantar artikel ke laman sesawang SabahDaily. Ini sekaligus untuk meraikan ulangtahun kedua blog saya (sejak Disember 2007) dan merupakan entri saya yang ke 300.

Thursday, December 3, 2009

Padi Huma dan Sungai Labuk.

Teringin nak berjalan-jalan tepi Sungai Labuk tu. Tinggi tanah tebing ni lebih kurang 2 tingkat bangunan.

Aku suka shot ni.

Oh, petang yang indah.

Makcik, empunya petak-petak sawah ni dan 'sulap' kecil beliau.

Lagi 5 hari aku datang jumpa kau!

Orang-orang yang tak berapa orang-orang.

Di kala otak sedang serabut sedikit, tiba-tiba aku menerima 'hantaran' dari atas. Macam tak sangka betul berdepan dengan ofis aku ni ada petak-petak padi. Aku tak sebut sawah padi ke bendang, sebab yang korang tgk ni adalah padi huma. Cuma ia ditanam di tanah rata. Berlatarbelakangkan pemandangan Sungai Labuk di bawah sana, makcik berketurunan Dusun Tamparuli ini menegur kedatangan kami. Oh ramah sungguh orang tua ini. Sebenarnya, mula-mula sekali kawan-kawan aku datang lepak bilik pejabat aku, tetiba dorg kata ada padi kat seberang jalan. Lepas pukul 5 petang, aku bergegas balik ke rumah mengambil dslr. Kemudian berlenggang kangkung ke seberang jalan untuk melihat padi huma dengan lebih dekat.

Subhanallah. Tak peduli apa kata korang pun, aku memang teruja gila dapat pegang padi yang sedang dalam proses akhir hendak masak, dan boleh dituai. Aku dah janji ng makcik tu akan datang minggu depan, sebab mereka akan 'mengomut' padi huma ni. Apa ya dalam Bahasa Melayu nya? Nak kata menuai, lain macam sikit caranya nak ambil padi tu dari batang-batangnya. Agak tinggi juga padi huma bila dah nak masak. Sib baik kawan-kawan aku, Zaiizairail dan Roslimah ni pun kepala rumba-rumba cam aku. Happy!

Okla, off dulu di sini. Jumaat dan Sabtu would be 2 days longggggggggg days for me. Penat tapi kena buat juga. Apa pun, happy. Muax.