Wednesday, July 1, 2009

Beringat.


Menjelang saja tengah tahun 2009, ramai beberapa kenalan dan bukan kenalan tetapi dikenali telah pergi menghadap Illahi. Selamanya. Di kawasan tempat kerja aku sendiri, seorang pegawai antara yang tertinggi di sini meninggal pada usia 38 tahun pada Isnin minggu lepas. Mendiang berasal dari Kampung Bongkut, Ranau telah meninggal seorang isteri dan seorang anak perempuan yang berusia 12 tahun. Bapa mendiang memberitahu salah seorang staff pejabat ini, beliau tidak pernah melihat sejumlah manusia yang begitu ramai yang pernah datang ke kampung itu. Aku tak berapa pasti keadaan kampung itu, tetapi aku begitu pasti mungkin mendiang merupakan rakan dan saudara yang begitu disenangi. Aku hanya sempat mengenali mendiang selama lebih kurang 2 minggu, dari perihal menunjukkan tempat tinggal aku dan membelanja makan tengahari bersama 3 staff yang lain. Biarpun mendiang bukan seagama tetapi aku juga manusia, seperti dia yang sebelumnya. Jadi aku mendoakan perkara yang baik-baik saja untuk mendiang dan untuk sesiapa saja.

Mikaeel pun sudah meninggal dunia.

Aku pun turut bersimpati dengan keadaan begini. Memandang jauh ke luar tingkap, menghormati seluruh isi alam. Betapa singkatnya masa. Jadi kamu di luar sana, boleh bayarkan PTPTN ku? hahahaha..

4 comments:

gopenghagen said...

aku ada buat kes ptptn..klu nama ko dalm senarai nak disaman, maka byarlah cepat2 eik..

Perempuan Pemimpi said...

hahaha, suda stat bayar la..leks ko haris

dOn said...

wkwkwkwk..\haku pown blum start laen guna PTPTn ku

Unknown said...

adoi.. mengasi ingat2 lek ko Mas hehe apa khabar ko sihat gak ko?


p/s aku bayar rm75 jak bulan lepas huhu