Saturday, August 30, 2008

Maaf Pak Lah.

Baca seterusnya kenapa saya menterbalikkan gambar pakcik ini.

Saya ingin ber-formal kali ini. Bersempena persediaan diri saya untuk menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 Malaysia, negara yang tercinta. Baru sebentar tadi, saya membaca blog wajib-baca-setiap hari, iaitu blog Ayahanda Chedet. Saya bertuah dilahirkan pada zaman kegemilangan pemerintahan Ayahanda. Meskipun tidak sesenang mana, tapi saya tahu, saya bertuah. Saya tidak pasti bila lagu Isabella dari kumpulan Search dicipta, tetap saya tahu lagu tersebut seiring dengan tumbesaran saya sehingga ke hari ini. Bila saja terdengar lagu tersebut, saya pasti akan mengingati zaman kecil-kecil dulu. Gemilang sungguh Malaysia pada ketika itu.

Saya masih belum melihat ambang kemeriahan perayaan kemerdekaan kali ini. Meskipun, hari-hari saya memandang Kuala Lumpur, namun ianya masih belum terasa. Apakah agenda rakyat kali ini? Kickdafella mencadangkan supaya memakai bendera Jalur Gemilang yang diterbalikkan sebagai cara memprotes ketamakan ahli-ahli politik tanpa mengira mana-mana parti politik. Pada matahati saya, saya lebih suka untuk menterbalikkan gambar pemimpin –pemimpin pada masa kini sebagai tanda saya memprotes keadaan yang berlaku sekarang ini. Saya mempunyai jiwa negarawan, sudah pasti saya tidak akan mencemarkan panji-panji negara saya sendiri.

Seperti semalam, saya terbaca di dalam mstar.com.my tentang observer Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap perkhidmatan pengangkutan komuter dan rel. Beliau sendiri sudah masuk tempoh kedua sebagai pemimpin utama negara ini, kenapa baru kali ini perkara ini dicetuskan? Takan tiada seorang pun rakyat yang menghantar aduan kepada pengurusan pihak berkuasa. Saya percaya aduan-aduan tersebut tidak pernah sampai ke peringkat eksekutif pihak berkuasa pun. Masalah berkenan komuter ini sememangnya sudah menjadi isu basi yang tidak menampakkan penyelesaian sejak dulu lagi, anda tahu negara sedang membangun pesat, sistem pengangkutan awam hendaklah diselanggara dengan lebih baik. Bukan semua rakyat mampu membeli kereta dan membuang duit untuk membayar duit minyak yang tidak relevan. Kamu kata, rakyat perlu bekerjasama dengan kerajaan untuk membantu kerajaan di dalam menangani krisis pada masa kini. Tetapi, bila rakyat menyuarakan isihati, kamu tangkap dan ugut. Apa institusi kamu sudah mahu bergelar Police State (Negara berada di bawah kawalan polis).

Saya mula merasa takut untuk tinggal di dalam negara ini. Mungkin ini keterlaluan, tetapi bila membaca laporan jenayah di negara kita, saya mula berfikir. Apakah tahap kehidupan kita pada masa ini begitu naik menggila, sehingga lebih banyak kes jenayah direkodkan. Manusia biasanya berbuat jahat / jenayah apabila mengalami kesempitan hidup yang perit. Keterpaksaan demi hidup yang mendukacitakan. Pernah saya terbaca, pemikiran yang jahat adalah hasil dari pengalaman hidup yang sempit dan susah. Syukurla, saya masih boleh membayar RM 2.00 bagi perjalanan pergi balik dengan RapidKL.

Kepada Ayahanda Chedet, teruslah menulis. Saya rindukan kata-kata semangat dari genius seperti kamu.

Kepada Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, maaflah. Saya terbalikkan gambar anda kerana saya memprotes kewibawaan anda di dalam mentadbir negara ini.

Kepada diri sendiri, semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.


maaf, saya bukan penyokong dia. Tapi angle ini amat sesuai untuk dia.

10 comments:

Nuruddin Abu Bakar said...

Opss.Mengapa gambar DSAI separuh terbalik.Anda ada maksud tersirat?

Perempuan Pemimpi said...

kalau byk komen kat sini, baru aku jawab..hahaha

Anonymous said...

Ooo, kononnya mamat tu neutral la???
Waduh! Kalau negara dpt kat dia, terjual la Malaysia kat org putih... @__@
X nak aku diperintah oleh...

Perempuan Pemimpi said...

Rara: kalau dah banyak komen kat sini, baru aku jawab kenapa gambar tu cam tu...hahahaha

Anonymous said...

maksud si masze... dia blum tau lagi nak bagi penilaian samada tegak atau terbalik... kan kan kan masze...

Anonymous said...

takpe.... sy kasi banyak komen...

Anonymous said...

0001

Anonymous said...

0002

Anonymous said...

0003 ~~~ *tolong sambung*

Perempuan Pemimpi said...

maaf kalau pendirian saya terhadap DSAI adalah melampau. kenapa saya meletakkan keadaan gambar beliau begitu?

kes liwat? anda faham?