Saturday, August 30, 2008

Maaf - aku emo.


2 hari lepas. Tiba-tiba aku disapa bekas kekasih lama melalui Yahoo Messenger aku. Sedang aku berkira-kira mahu menaip entry sempena hari kemerdekaan dia muncul kembali ke dalam hidup aku. Aku tahu dia akan membaca entry ini. Moga-moga dia faham apa yang aku bebelkan di sini. Tiba-tiba aku bungkam di depan lappy kesayangan ini. Aku jadi blur. Segera aku berfikir, betulkah adanya persahabatan antara lelaki dan perempuan bila sudah terjadi perpisahan?

Aku mengaku, aku pernah marah pada dirinya sedikit masa lalu. Tapi dalam masa yang sama, aku cuba menerima hakikat kehidupan. Aku cuba membuka hatiku kepada perhatian-perhatian yang lain. Tapi mungkin phobia, atau lebih jelas KETAKUTAN begitu menebal dalam diri aku. Sejujur mana pun aku, setia mana pun aku pada dirinya sedikit masa lalu, akhirnya dia tinggalkan aku juga. Itulah, pada masa yang sama, aku berpendapat aku tak boleh memaksa keadaan.

Mungkin aku tidak tahu menahu apa itu percintaan. Latarbelakang aku sendiri cukup minimalis tentang perkara ini. Tetapi bila aku bercakap dengannya di selfon, aku jadi blur sehinggakan tiada butiran percakapan dari aku. Tapi keadaan itu ditambah lagi dengan pernyataannya:

Boleh tak kau layan aku macam kawan, bukan macam special kau? Kalau kau terus begini, aku tak call kau lagi.

Aku terkejut. Kau tau tak hati aku berkecai? Kau tau aku pernah sayang kau? Kau tau kau pernah lukakan hati aku? Kau tau kau pernah tinggalkan aku? Dan kau tau, kau pernah buat aku rasa diri aku ni macam sampah? Kau tahu kan, hati aku terluka?

Satu tahun aku kehilangan diri. Ini bukan bodoh aku, tapi ini emosi perempuan aku yang aku sendiri tidak mampu kawal. Tapi aku tak pernah membenci kau pun, jadi jangan buat aku sedih lagi. Kau tahu, soalan kau tu buat aku rasa DOWN yang amat sangat. Kalau masa itu otakku dikawal oleh kejahatan, sudah pasti aku akan cakap “ kau fikir aku terdesak kejar cinta kau?”. Sebenarnya itu memang yang terkandung dalam otak aku masa itu.

Tapi, aku lagi rela pendam dari aku luahkan. Kau perasan tak, aku tak pernah maki hamun kau pun, masa kau tinggalkan aku dulu. Sedikit pun aku tak berdendam, malahan aku takan lupa ingatkan kau supaya menjaga kesihatan, masih sama pesanan-pesanan aku masa kau buai aku dengan kasihmu. Aku tak berdendam dengan kau pun….

Kalau kau mahu datang berkawan dengan aku, aku terima. Walaupun, aku berani jamin akan ada sedikit kejanggalannya. Kita bercinta tidak lama, tapi kau pernah buat aku rasa dihargai. Tapi tolonglah, jagalah perasaan aku ini. Jangan ucap ayat-ayat yang boleh buat aku bertambah sedih. Aku tak harap apa-apa pun dari hubungan ini. Cuma aku mahu kau faham, kau pernah bertakhta di hati aku. Kau yang datang dalam hidup aku, dan aku tak pernah menyesal pun. Kalau kau mahu berkawan dengan aku, anggap aku macam kawan.

Aku selalu bertanya pada diriku, apa lagi takdir Allah selepas ini? Peristiwa-peristiwa semalam mengajar aku supaya menerima diri aku seadanya. Mengajar aku supaya tidak membenci kau. Sebab kau juga seperti aku, ada perasaan dan jiwa yang selalu memberontak.

Kamu yang di luar sana, kamu faham entry ini? Jiwa aku nampak keras, tapi aku juga perempuan yang halus perasaannya. Senang terluka dan terasa. Kalau aku pernah melukai perasaan kamu, maafkan aku. Tapi percayala, aku sentiasa mahu menjadi kawan kamu yang terbaik.

Kepada kamu yang pernah membuat aku rasa istimewa, terima kasih ya. Jaga diri baik-baik dan jangan lupa jaga kesihatan.




4 comments:

yoshz said...

kesian ko...
teruskan melangkah and have faith!

(sebenarnya mcm nasihat utk aku sendiri haha)

Anonymous said...

akak rasa faham sangat perasaan adik di saat tu...sbb akak pun penah lalui ..doa akak semoga dik tabah walaupun apapun ....sekian dari akak...happy selalu

Anonymous said...

Tak payah la nak sedih2 psl sampah mcm tu...
Dia pernah buat ko mcm sampah, ko buat dia mcm taik...
Level taik lg rendah dr sampah...
MUAHAHAHAKAHKAHAKAHAAA...

Sekian!

Perempuan Pemimpi said...

yosh: thanks.

kak ram : mesti nangis comot tapi comel kan? ahhaha

Rara : janganla gitu..semua bersebab.