Saturday, August 2, 2008

Brunei in mode (day - 6) - Final Day.

Hari terakhir.

Fuh! Akhirnya, habis juga aku uploadkan gambar2 ni, penat occay! Dah la internet beberapa ari ni begitu tidak-memuas-hatikan, tak kiralah, di rumah, cc mahupun ops. Hari ini aku berjaya finalkan semuanya sekali.

Kalau diberi peluang sekali lagi, aku memang teringin nak melancong ke Brunei sekali lagi. Kenapa ya? Ntah, aku pun tak tau, sama rasanya seperti aku ke Pulau Pinang dulu... macam balik ke hometown sendiri kot. Hehehehe...

Pada sebelah pagi (hari nak balik Malaysia), aku dan team pergi berjumpa dengan travel-agent2 untuk membuatkerjasama business <--- apa punya ayat laa.... ada 6 travel agent company di sekitar Bandar Seri Begawan yang kitorang deal. Oh Lupa! Penduduk di sini kebanyakannya memang menggunakan bahasa English sebagai bahasa perantaraan mereka. Herm.. ini cukup baik! Pak gad jaga shopping complex pun molek berbahasa English. occay! kat bawah ni, gambar final day aku kat sana...


Restoran Seri Mama : Dekorasi restoran ni nampak eksklusif, makanannya pun sedap. Harga pun murah!


Em, kalau aku tak tau, maybe DSLR-L-L (dslr-low-level) aku akan dirampas oleh Embassy US kat sini. Ini kerana, tidak dibenarkan men-snap gambar di sekitar kawasan ni. Eh! aku tak nampak sebarang signboard pun. Im in public occay, lagipun aku bukan dalam bangunan Embassy US.. eleh! poyo la lu US, ko hengat aku boleh bom ko pakai DLSR-L-L aku ke?


Comels tak luggage-merah-pinjam-dari-kakak-aku ni? Comel kan. itu je luggage aku selama 6 hari 5 malam...kakakaka...



Suasana kat Lapangan Antarabangsa Negara Brunei Darussalam. Ada peristiwa menarik di sini : aku tersalah masuk tandas laaa... aku ter-masuk tandas lelaki occay! Aku ni rabun, signboard tu aku nampak cam double trouble je, tak sangka lak aku bleh terjah masuk tandas lelaki.. Blur bila tgk tempat kencing lelaki (aku pernah nampak dalam tv la). Lagi blur bila nampak lelaki masuk dalam tandas tu. Apa lagi cepat2 aku kluar, disertai dengan ketawa-gila-lelaki tadi tu..oh! malu occay!


Fastfood JollyBee, aku rasa ini local fastfood kot. Agak best jugala, harga pun murah.


Retro.


Warna suam2 milo kan.


lampu.


3 comments:

Anonymous said...

waa bestnya dapat travelling!

ngeh3.. satu minggu ko d sana ka tu? muahahah kcil jua lugagge tuh.. ko berabis shopping baju ka sana? hehehehe..

apa tmpt shopping yg best dsana? huhu..

Anonymous said...

Magnificient-nya la.

Gambar lampu di atas.

Sangat epik warnanya.

Ingin aku memanjat-nya.

Perempuan Pemimpi said...

to madu :
nda sempat jalan2 ba, komitmen keja occay!

to Facet Somel :
panjat ka, 2 tingkat punya tinggi tu kakakakak