Mari menjunamkan diri ke dalam dunia blogging. Hamburkan semua rasa ke dalam ini dan semoga jiwa yang penat ini tidak terbeban sehingga ke alam tidur. Begitula hidup.. setiap hari akan dilalui dengan kerelaan. Kalau tak rela, kau takan mampu nak tahan takdir kau. Betul tak?
Badan terasa penat. Siang tadi, aku dan opismet aku sekali lagi pergi ke hotel untuk eskot guest aku untuk membuat hotel inspection. Tetamu aku kali ini adalah dari sektor kerajaan. Sepatutnya hotel inspection ni ‘terjadi’ semalam (Isnin). Dengan selambanya tanpa memberitahu pihak aku, tetamu tu pospon kepada hari ini. Nak tak nak, terpaksala aku gagahkan diri ke Port Dickson.
Tetamu aku.. wow… orang Terengganu yang sangat kemas sekali penampilannya. Merupakan seorang pegawai tinggi kerajaan dari pusat pemerintahan kerajaan persekutuan. Tak hairanla bila Encik tersebut banyak bertanyakan soalan kepada aku, sebab dia sendiri pernah bekerja dalam sektor perhotelan dan dalam bidang kerja yang sama seperti aku. Sales & Marketing.. nasib baikla, aku dah ada pengetahuan sedikit bagaimana nak handle majlis-majlis kerajaan di hotel aku. Dari penyediaan paper work, kira-kira wang mahupun proses terakhir bayaran kepada jumlah total majlis. Mula-mula dulu, aku pun bimbang juga dengan kerja macam ni, almaklumla, bukannya aku pernah bekerja dalam sektor perhotelan. Segala-galanya bermula daripada KOSONG. Alhamdullillah, dah hampir 4 bulan aku bekerja dalam company ni, segala yang duka tu aku lalui dengan SABAR!!! Hehehehe… nak hidup katakan. Kena la berani hadapi apa pun kan.
Sepanjang perjalanan pulang ke KL, aku tidur ayam tetapi otakku ligat berfikir. Ada beberapa perkara terjadi hari ni (malas nak cerita) yang buat aku berfikir panjang. Em.. aku berazam nak menjadi manusia yang sentiasa berfikiran positif seadanya. Sebab aku dah malas nak “pendam” perasaan aku yang tak sepatutnya aku pendam. Bukanlah aku berkira hendak menjadi seorang yang lebih suka berterus terang, tapi sebaiknya cuba menjadi manusia yang tahu menyelesaikan sesuatu perkara dengan tenang, tanpa dipengaruhi nilai-nilai kehidupan yang tidak elok dan sentiasa maju ke depan. Lupakan staf-staf yang suka kepochi, lupakan kawan yang pernah membuatkan aku terasa hati sedalamnya, lupakan perkara-perkara manis yang pernah buat aku hanyut seketika, lupakan rasa-rasa pahit yang pernah buat aku menangis, lupakan detik-detik yang pernah buat aku bersusah hati…. Lupakan perkara yang pernah mengganggu tidurku… lupakan tentang niat hendak meminum ubat batuk untuk membuatkan tidurku lena sehingga ke pagi… jadilah manusia yang baik, Mas.
Hari ini hari Rabu. Tak sempat aku nak publish entry aku semalam. Em.. kataku hendak bangun di tengah malam, nak sambung entry ni, apa kan daya… biarpun aku meneguk segelas panjang Kopi Cap Kapal Api yang kaw-kaw itu, tidurku nyenyak sehingga ke pagi. Kira-kira sebelum Subuh, aku sudah pun terbangun dari tidurku. Hari ni, aku hanya meneruskan rutin harianku kat opis. Segala-galanya kena rush, tempahan function-function makin ‘lebat’. Ada yang terpaksa ku ‘tulak’ kerana masa dan kapasiti yang tidak berkesesuaian dengan pertimbangan semasa. Erm.. seperti yang aku katakan, Mei, Jun dan Julai adalah hari-hari induksi mahupun seminar para anggota kerajaan. Begitu juga bank-bank swasta yang memulakan hari keluarga masing-masing.
Oh ya, kawan bekas satu opis dulu mem-YM aku. Katanya, bertanyakan room rate untuk pakej honeymoon. Well, sebagai hotelier dan kawan kepadanya, sudah tentu aku menawarkan harga yang menarik dan masa yang sesuai seperti di bawah:
Requirement dari kawan aku tu
Budget RM 200.00 (termasuk makan dan penginapan)
Masih dalam mood pengantin – dia akan bernikah dengan bakal suaminya pada August ini.
Suasana romantik + men-sepraiskan bakal suaminya (pernikahan + besday enciknya)
Pakej yang aku tawarkan:
Bilik Executive Suite
Bilik hotel mempunyai jakuzi di kamar bersiram
Katil King Size + lounge + breakfast for 2
Seaview
Hari – Malam Jumaat (kos untuk weekday adalah murah)
Potongan 20% dariku kerana aku staff hotel
Semuanya berjumlah RM 151.00 nett SAHAJA..
Ekekeke… hotel aku tak menawarkan pakej honeymoon pun. Tapi aku akan menawarkan benefit kepada tetamu-tetamu aku.
Siang tadi, sales team aku ada meeting ng corporate department selama 20 minit sahaja. Biasala.. bos besar aku kerapkali mengadakan meeting tanpa diduga. Tengah aku minum kopi pun boleh buat aku tersembur, bila bos No. 2 jerit MEETING!!!.. tak ada la rush sangat.. tapi ingin menunjukkan aku ni bekas pekerja dari company Jepun, kenalah aku memberikan teladan yang baik seadanya kepada staff yang lain…muakakakka… mesti korang ‘maki-hamun-aku-jarak-jauh’ dengan membaca entry ini bukan? Aku tau kalian tak suka berbohong….muahahaha…
Bos aku kata, antara salah satu factor salesmanship yang berjaya ialah: bukan sekadar menjual produk tapi memberi keutamaan kepada penjualan benefit kepada guest. Samalah seperti kawan aku tu, biarpun hotel aku tidak menawarkan pakej berbulan madu kepada guest, tapi aku sebagai sales person HARUS memberikan presentation yang menawarkan benefit kepada guest. Ekekekke.. faham ke tak? Kalau tak faham, anda kena ulang pembacaan anda dari perkataan Oh Ya!
Jangan pencilkan otak anda untuk menerima pemahaman yang aku berikan di sini. Bukannya aku member statement yang berbaur tidak elok, tapi aku kena memahami kehendak pengguna (seperti kawan aku tu), dan aku sebagai sales person dan kawan kepada kawan aku tu, HARUSLAH aku berusaha menarik perhatiannya untuk memikirkan tawaran yang aku berikan , tanpa sebarang was-was gitew. Heheheh..
Dulu, aku jumud. Semasa di alam mencipta target untuk mencapai kepuasan hidup, aku meletakkan bidang sales & marketing ni sebagai :
Orang yang menjual barang-barang dari rumah ke rumah ßdirect selling
Orang yang terdera perasaannya bila dimaki hamun oleh bos sebab tidak mencapai target
Orang yang mudah terkencing dalam seluar bila bos menjerit kepadanyaß movie Saloon
Orang yang hanya tahu menggunakan kalkulator sebagai mesin pengira ß budak sales yang aku slalu kutuk tu selalu guna cara ni
Orang yang perlu ada lesen memandu kenderaan ß em.. aku masih berpegang teguh dengan statement ni.
Mujurla, aku bermula dari KOSONG ( di alam pekerjaan la..). Setelah aku berkira-kira, aku sudah didedahkan dengan bidang ni semasa aku masih berhingus lagi. Ya la, dulu kan mak aku bisnis kechil-kechilan.. tukang masak, berniaga kuih-muih, bertukang jahit, menjual bunga semaian, berniaga gerai makan, ayam dan itik pun mak aku pernah jual, bercucuk tanam, menjual hasil kebun (buah-buahan).. long story short, mak aku memang sales & marketing punya olang. Mak aku tak pernah pula jual produk Amway, avon, sertai PERKEP ..muakakaka… apa yang mak aku niagakan adalah benda-benda basic dalam kehidupan. Alhamdullillah, biarpun kehidupan keluarga tidak sesenang mana, tp aku bersyukur ada pengalaman hidup yang sebegitu baek. Aku ni boleh dikatakan merangkap assistant mak aku semasa dulu kala. Yang ruginya, bila aku tak pandai masak cam mak aku. Almaklumla, jadi assistant okay! Maknanya aku dah memang terdedah kepada perniagaan sejak kecil lagi. Adik-adik aku yang len? Mereka pun ada basic la juga, tp semasa mereka sedang membesar, mereka lagi banyak menghabiskan masa-masa bersama teman seperjuangan mereka.
Ya, adik aku si Dang akan tersentap ususnya bila membaca stetmen aku tadi. Ehhehe.. aku tak nafikan, mak aku banyak perturunkan ilmu memasak kepadanya. Termasukla berniaga makanan.. masa aku dah merantau ke Tanah Malaya dulu, adik aku tu cherita, mak bagi dorang bertiga modal untuk berniaga. Kat kampong dulu, mak aku ada gerai kechil. Si Dang jadi tukang masak, abang dia (adik aku) jadi tukang p pasar, dan adik kitorang yang bongsu akan jadi waiter + bodyguard + penyanyi tepi gerai mak aku tu. Hahahaha… almaklumla, kat kampong… gerai mak aku tu pula tempat transit orang keluar masuk ke 4 buah kampong. Strategik tak?
Sesekali mak aku akan turun padang meninjau perniagaan adik-adik aku tu. Syukurla, even tidaklah sebesar mana pendapatan mereka, tapi cukup untuk mengajar mereka untuk pandai berdikari mencari duit sendiri. Aku? Masa tu aku dah masuk kampus ok! Tapi masa kat kampus dulu pun, aku menjalankan bisnis mem-print assignment. Sikit je modal aku, tapi pendapatan aku purata sehari RM 20.00, sekiranya ada musim-musim kritikal, aku pernah mencatatkan sehingga RM 80 ++ kira masa tu, aku jarang makan kat cafeteria la.. heheheh.. Ya Tuhan… masa lepas yang kutinggalkan..
Hari ketiga – entry untuk 2 hari masih belum ku publish. Em.. keja makin bertambah. Seronok bila busy macam ni.. ya la tu…masa lunch hour pun aku boleh terlupa. Semalam call bapa dan mama ku di kampung. Hehehe..
Ni, kelapa tengah ‘cantik’ kat kebun. Kirimkan aku 300 boleh tak?
Boleh, tp bulan depan boleh tak? Apa kaitan kelapa ng 300 tu mak?
Aku nak beli galah moden. Bikin kait kelapa..
Oo ya ka.. tak payahla beli galah. Aku belikan monyet, mau?
Hah! Monyet buat apa?
Ya la, bikin petik buah kelapa. Tak payah penat2 ‘melangui’ (mendongak) dan upah orang.
Memang kedengaran lawak bila aku ckp pasal monyet tu. Tapi aku pernah tengok kat satu rancangan tv, pasal melatih monyet ni. Isk! Monyet pun dah ada skola la. Er.. kalau orang semenanjung ni panggil beruk kan. Ya aku tau, monyet dan beruk spisis yang berlainan. Ok ok , kita panggil beruk. Ok apa, kalau aku nak belikan beruk. Beruk yang boleh bekerja nak petik kelapa la. Kebun keluarga aku pun luas. Sumber makanan pun banyak. Hahahaha… aku cerita kat kawan aku, boleh pula dia cakap aku gila.. hermm… gila apanya, ok apa! Mungkin sebab beruk tu selalu dijadikan bahan meng-hanjing-hanjingkan orang lain kot. Hahahaha… so, lepas ni aku kena cari beruk. Beruk oh beruk!
Dah hari Jumaat hari ni. Tadi aku banyak awal, masak breakfast – mihoon goreng ok! Semalam aku beli kat Swiss. Em.. mengidam kot, ari ni aku bawa breakfast p opis. Sempat juga aku breakfast ni, dan rasa mihoon aku lagi sedap dari Swiss punya.. hahahaha… okla, nak bersiap pergi keja. Hari Jumaat, pakai baju kurung biru. Anda bagaimana?
2 comments:
Rumit jugak nak komen-komen ini kerana entry yang teramatlah panjang. Tetapi, saya seronok membacanya dan dapat merasakan perjalanan hidup Putri selama beberapa hari tersebut.
Saya juga telah lama abaikan blog saya sendiri.
makcik...pening lalat dah ni bace entri panjang2 ni...warne tulisan tu terang sangat la..wat sakit mate jer
hehehe
Post a Comment