Hari ni hari ahad. Aku telah bangun pada pukul 8.15 pagi, kemudian mandi dan membasuh pakaian aku. Selepas menyidai pakaian, aku memasak nasi goreng ikan masin dan membuat segelas panjang kopi kaw Cap Kapal Api untuk bersarapan. Kenyang gilaks. Syukur Alhamdullilah. Biasanya ahad pun aku akan bangun awal, mungkin disebabkan kepenatan outing semalam kot. Dan seminggu dengan sebeban kerja yang sangat menggilaks.
Kerja aku untuk sediakan paperwork bagi 2 function untuk minggu depan sudah siap sepenuhnya. Kebetulan kedua-dua seminar tersebut akan berlangsung serentak selama 4 hari 3 malam. Mungkin aku akan ke PD untuk meninjau seminar tu, julung kali aku mendapat sales sendiri. Untuk pengetahuan korang, aku bukan sales & marketing executive, aku ni sales & marketing coordinator. Bukan tanggungjawab aku nak cari seminar untuk hotel aku, tapi oleh kerana team aku dah tak ada manager, kenala aku bertindak sendiri untuk generate sales team aku yang dianggotai aku dan seorang lagi ahmoi. Tapi 2 seminar yang akan berlangsung minggu depan (21-24 hb) adalah sales aku ..hehehe.. tak banyak.. sebab bukannya lama, hanya bernilai RM 31, 184.00 je. Group Kementerian Wilayah Persekutuan hanyalah seramai 30 orang, dan satu lagi group Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan disertai seramai 48 orang. Deal dengan function kerajaan, tak la sesusah mana, sebab mereka sendiri sudah biasa mengadakan seminar-seminar yang sewaktu dengannya. Mengikut pengalaman aku yang baru 4 bulan ni, handle function untuk seminar kerajaan lagi senang berbanding, function hari keluarga, seminar untuk sektor swasta mahupun seminar untuk gereja. Sebab function untuk sektor swasta (seminar atau outing), biasanya melibatkan kanak-kanak dan ahli keluarga. Macam-macam hal yang sudah aku alami. Takpa…sabar ok!
Jumaat lepas, aku dan Encik Ed pergi menjamu bakso kat tempat biasa. Hahahaha… kakak-kakak Indonesia kat situ dah memang kenal kat aku. Bila aku nampak muka Encik Ed macam nak mengutuk aku (sebab kakak-kakak Indonesia tu dah senyum jarak jauh kat aku masa kitorang nak g situ), cepat-cepat aku ckp, aku dah biasa makan kat situ setiap hari Sabtu. Hahahaha.. kalau tak, mesti ada orang akan kena kutuk pada hari Jumaat tu. Bakso hari tu memang pedas giler sampai aku sound kakak tu..hehehehe…Kak, marah ng kitorang ke?
Aik! Kenapa sayang? Kok bila masanya mau marah-marah sama kamu..
Ye la, bakso ni pedas bangat sih.. (sambil ketawa), mau air sejuk kak.
Iye ke, sorila sayang ya, mungkin cilinya mmg pedas.
Baru aku perasan, hari ni aku memang banyak bercakap (bukan ke hari2 aku banyak cakap). Hehehe.. aku cakap macam ni, bila aku tengok jam dah pukul 9, kitorang tak gerak lagi dari gerai bakso tu. Encik Ed bukannya jenis banyak cakap macam aku ni. So, ada yang bercakap, ada yang mendengar, ada yang mengutuk dan ada yang kena kutuk. Hehehe.. biasala, asam garam ajinomoto orang cam aku ni.
Sabtu semalam, ada meeting antara sales team dengan corporate department. Em, kali ni, report aku boleh dibanggakan. Big bos aku dah mula senyum ng report aku.. muahahaha… okla, let we say it is a team work. Pala otak la.. isk, tak habis2 aku dengan jahat aku ni. Sebenarnya, untuk jangka masa 3 bulan ni (April, May dan June), sales team aku kena capai RM 250, 000 untuk sales forecast. Dan setakat ini, sales team aku telah mencapai RM 160 ++ k, ada 90K lagi lagi aku kena cari, untuk dapat capai target team aku yang seramai 2 orang itu. Hehehhe… lepas meeting tu, HR exec aku bagitau ari tu adalah ari jadi bos no.2 aku. Hehehe… oleh yang demikian, kitorang satu opis pun ‘patak-patak’ beli kek. Kek Secret Recipe yang murah-murah jers. Bolehla dikatakan, kita orang buat seprais kat bos.2 aku yang langsung tidak menunjukkan wajah sepraisnya. Muahahaha…hampeges.. terus ilang mood aku nak ambik gambal-gambal macam2 angle la kununs.
Pari Panggang milik Encik Ed.
Inilah Barisan Kita.. yang ikhlas dimakan - Sarjan Ayam said.
Ari semalam, aku dan Encik Ed pergi berjalan-jalan tanpa arah. Muahahah… takda la, mula-mula aku ajak dia p makan laksa kat pasar malam TAR. Tetapi oleh kerana masih awal, kitorang pergi makan heavy-heavy dulu. Encik Ed tu mutant sebenarnya…muahahah… dia kena makan punctual, kalau tak dia akan menjadi si Hijau. Aku sebenarnya tak lapar lagi (untuk lunch), tapi setelah melihat juadah lauk pauk kat food court tu, aku pun lapar sama. Lepas makan, aku ajak Encik Ed pergi mencuci mata kat KLCC.Dari meninjau kamera DSLR kat barangan elektrik, kemudian kitorang masuk ke butik Converse. Lepas tu, meninjau movie baru kat TGV, rasa-rasa nak tengok wayang cerita Jet Li dan Jackie Chan yang terbaru tu, tapi melihatkan bakal-bakal penonton yang hazab ramai, tak jadila. Malas nak beratur.
2 comments:
andui..cumil pulak gambal si ed tu...cam budak2 baru belajar membaca...ngeehheheheh
ape kes ni name aku pun ade.haha.si ed baru blaja mengeja ke tu?
Post a Comment