semasa lunch hour..
Apakah aku ini? Badan rasa tak sedap je, nak kata PMS, em… belum sampai masanya. Kepada anda di luar sana, semoga anda menerima entry-entry di blog ini dengan fikiran yang terbuka ok! Kalau belum dewasa, tidak apa. Anda boleh menganggap entrys yg ada sebagai angin yang mendatangi hidup anda. Kentut tidak termasuk di dalam konsep angin yang aku maksudkan. Aku tidak mahu entrys aku bersifat seperti KENTUT kerana, KENTUT adalah hasil dari kumpulan-kumpulan gas yang tidak diperlukan di dalam usus anda. Em.. mungkin aku boleh klasifikasikan sebagai angin KUS-KUS … hahahha…. Angin KUS-KUS ada 2 jenis; samaada NEGATIF ataupun POSITIF. Entrys ku mendatangi dalam hidup anda untuk menceriakan 3 minit kehidupan anda. Sudah aku ckp, angin akan mendatangi hidupmu dan pergi begitu saja. Kalau anda menyukai angin di tepi pantai, dan tidak pernah melupakan angin tersebut, sama la juga seperti anda menyukai dan terus melawati blog ini ATAUPUN membenci caraku meluahkan perasaan di blog ini dan masih terus melawati tempat ini. Terima kasih ya, siapa pun anda di luar sana.. aku yang mudah perasan ni ingin meminta maaf seadaanya. Aku manusia yg tidak sempurna, selalu berbuat silap dan mampu membuatkan anda meluat seketika, tapi aku tau anda akan terus melawat blog ini kan?? Seperti yang aku katakan, aku mudah perasan.
Seperti mana aku perasan ketika mendengar lagu Altimet feat Cat Fabolous dalam lagu Chantek.
Chantek? Best ke jadi chantek ni? Idea nak menulis Chantek ni terngiang-ngiang dalam separa sedarku ketika berada di dalam bas RapidKL balik ke Serdang petang tadi. Mari aku bercerita sudut keCHANTEKan ini. Dari sudut pandangan seorang yang bertubuh besar (bukan sasa), punya rambut panjang rebonding, raut wajah yang tidak menawan, suka makan, dan beberapa lagi konsep yang lain. Bukan mahu merendah diri, tetapi aku hanya jujur pada ciptaan ini.
Makcik K : OOO bang Yunus, apasal aku tgk anak mu yg ni lain sedikit ah? Gemuk betul…
Bapa aku yang dipanggil Bang Yunus: Biasalah, mak bapa dia cukup bagi makan..
Orang Lain: Awak memang macam ni ke dari kecil?
Aku ni: Why gemuk ah? Salahkan mak bapa saya.. sebab mak bapa saya sentiasa beli bahan makanan yang pelbagai.
Subcon yang aku deal: Ler, dalam telepon, suara awak bukan main lagi. Tapi bila dah jumpa ..hah.. besarnya…
Aku jawab: Kenapa awak dah terpikat dengan saya ye? Saya pun pikir awak hensem sbb suara awak macho. Tapi nampaknya saya tinggi dari awak.
Orang Lain: apasal aku tengok adik beradik ko yang lain, semuanya…
Aku chantek jawab: pesal? Tak cantik kan? Jiran aku kata, mungkin aku anak angkat mak bapa aku. Tapi mak bapa aku kata, jangan hiraukan benda2 tu, biasalah dunia glamour mmg macam tu… oh ok!
….. ya, aku tidak chantek….
kuih Ubi Getuk, made in Bukit Bintang - sedap!
Biarpun aku tidak chantek, tak pernah pula aku tension di atas ketiadaan gelaran tersebut. Aku fikir-fikir, aku tidak chantek, tp x-bfs aku suma hensem-hensem. Serious… takanla yang hensem-hensem tu buta serentak..muahahahha…
Bila bercakap soal chantek ini, aku dengan sukaCINTA ingin berkongsi rasa dengan mereka yang senasib dengan aku. Jangan bimbang tentang CHANTEK ini, belajar terima keadaan hakikat hidup bahawa anda tidak CHANTEK.. siapa kata make up tatarias boleh membuatkan anda nampak CHANTEK..
Ada di antara kawan-kawan aku yang mengeluh, mereka tidak ada bopren sbb mereka tidak CHANTEK. Ada yang mengeluh dengan membebel-bebel, si polan ini break dengan boprennya sebab si polan ini tidak tahu ber-dressing.. alahai..perempuan.. macam-macam kan? Siapa yang tidak cemburu dengan perempuan-perempuan CHANTEK kan?
Kamonla, be yourself tapi dalam masa yang sama berusaha menjadikan diri lebih bagus dari hari-hari semalam. Dulu, aku memang pmpuan yang pasif, aku berpendapat aku tidak CHANTEK (biarpun mmg betul.. hahaha), tp bila aku dah meningkat usia ni(sedar pon), perasaan yang perasan tu pelan-pelan aku jadikan panduan hidup.
Apakah aku mahu jadi CHANTEK disebabkan untuk memikat lelaki?
Mahu jadi CHANTEK sebab nak jadi macam orang lain?…….
Alahai. Jangan begitu kawan-kawan, kalau anda ingin menjadi CHANTEK, biarlah berubah untuk diri sendiri. CHANTEK yang aku maksudkan, bukan dari segi keindahan fizikal saja, tetapi merangkumi semua perkara. Adalah satu bonus utama sekiranya anda mempunyai ke-CHANTEK-an dari sudut wajah anda. Kebanyakan kawan-kawan lelaki aku cakap, mereka tak pentingkan sangat wajah pempuan yang mereka suka, as long pmpuan tu SMART. Hahahaha… ya la tu.. betapa hipotamus yang hipokrit mereka ni. Tapi benda tu tak dapat dinafikan. Lelaki dan perempuan masing-masing punya taste sendiri kan?
Bagi mereka yang tidak CHANTEK, janganlah bersedih. Tetapi dalam masa yang sama, belajar meningkatkan keyakinan pada diri sendiri. Berkawan biar ikhlas, jangan nak spot CINTA MATI terhadap lelaki yang anda minat, sedang mendekati si dia, sedang mengorat si dia… tu pasal pmpuan ni lebih tinggi kadar emosi tentang perkara ni. Dah lelaki tu taknak kat ko, takan ko nak paksa diri lagi? Nak bangsatkan diri lagi?
Jadilah si CHANTEK (tidak CHANTEK) yang lebih positif. Asah otak tu untuk menjadi seorang pmpuan yang cool, tau bertindak mengikut keadaan, jangan tunjukkan anda lemah daya fikir …
J.A.N.G.A.N. T.E.R.L.A.L.U. M.E.M.A.N.D.A.N.G. R.E.N.D.A.H. T.H.D.P. D.I.R.I. A.N.D.A !
Allah menciptakan kejadian ALAM ini sungguh sempurna dan adil. Jangan pernah ingkar pada setiap ciptaan-Nya. Anda tidak CHANTEK kerana bersebab….
Mungkin kalau anda CHANTEK, ini akan menjadikan anda lupa diri
Anda akan jadi sombong kerana ramai lelaki meminati diri anda
Allah mahu anda menikmati hidup ini tanpa gangguan dari manusia-manusia yang ‘sangap’
Mungkin Allah mahu anda menjadi pmpuan yang bijak otaknya?
Percayala pada diri sendiri. Aku bukan mahu memandai-mandai di sini, aku juga seperti anda (yang tidak CHANTEK). Aku mau berkongsi rasa bagaimana rasanya menjadi seorang yang tidak CHANTEK. Bukannya teruk sangat menjadi seorang yang tidak CHANTEK ini, tetapi belajar menjadi diri sendiri yang penuh ilmu. Kalau dah tahu diri tu tak CHANTEK, berperangailah elok-elok dengan manusia lain.
Dah la muka BURUK, perangai pun BURUK, anda sesuai dipanggil SI BURUK.. hahahahah
Oklah, kawan-kawan. Kita hanya sekadar berkongsi pendapat. Jangan kecil hati dengan statement aku kat sini. Anda benci penulisan aku, aku tak kisah, sebab aku yakin anda akan terus melawati blog ini untuk membaca entris yang seterusnya. Anda tak suka, anda punya pasal. Aku punya blog, aku punya pasal.. muahahhaha… kepada kawan-kawan yang telah melawat blog ini, terima kasih yer.
Aku juga macam kamu, tidak CHANTEK. Sesiapapun kamu, aku sayang kamu.
3 comments:
memang betul apa yg adik katakan tu 1 kesedaran buat kita yg membacanya...buat adik akak muah...jaga diri baik yer adik kat sna.
chantek....makcik memang chantek...chantek sikit la..miko chantek banyak..muahahaha.jgn marah...nanti tak chantek dah..
maz...ko tgk web blog member aku nie...dier nyer angel..ko mesti bleh buat camnie maa..ko kan terrer
http://www.zaminomar.com/
Post a Comment