Wednesday, April 30, 2008

MODE: Happy?


Gambar tanpa edit. Bukankah lebih bermakna?


kita tak tau apa terjadi di masa depan
hari semalam kita berharap
hari ini kita gembira
hari esok.. penuh teka teki.

apa yang mahu diharap lagi
sekiranya bayangan itu sudah ada
tapi bagi diriku
aku percaya apa yang ku lihat
bukan apa yang aku fikir
melainkan penciptaKu..

jangan..jangan..jangan..
mungkin itu sudah takdir
yang terbaik..
biarpun ia mendatangi dirimu
dan diakhiri dengan kerelaan
belajar menjadi manusia tabah
meskipun bukan yang terbaik..

larila..larila..larila...
larila ke mana sekalipun
kalau dirimu tidak seberani aku
jangan pernah berharap
rama-rama akan mendatangimu...
biarpun kadang2 rama-rama yang cantik
itu membohongimu..
sebab itu aku hanya berharap
pada Sang Kupu-Kupu..
tidak indah tetapi mencuit hati..
menggembirakan diriku..
kan itu yang aku mahu?

Monday, April 21, 2008

MODE : Kelmarin aku teringat kamu.

Hari ni hari ahad. Aku telah bangun pada pukul 8.15 pagi, kemudian mandi dan membasuh pakaian aku. Selepas menyidai pakaian, aku memasak nasi goreng ikan masin dan membuat segelas panjang kopi kaw Cap Kapal Api untuk bersarapan. Kenyang gilaks. Syukur Alhamdullilah. Biasanya ahad pun aku akan bangun awal, mungkin disebabkan kepenatan outing semalam kot. Dan seminggu dengan sebeban kerja yang sangat menggilaks.

Kerja aku untuk sediakan paperwork bagi 2 function untuk minggu depan sudah siap sepenuhnya. Kebetulan kedua-dua seminar tersebut akan berlangsung serentak selama 4 hari 3 malam. Mungkin aku akan ke PD untuk meninjau seminar tu, julung kali aku mendapat sales sendiri. Untuk pengetahuan korang, aku bukan sales & marketing executive, aku ni sales & marketing coordinator. Bukan tanggungjawab aku nak cari seminar untuk hotel aku, tapi oleh kerana team aku dah tak ada manager, kenala aku bertindak sendiri untuk generate sales team aku yang dianggotai aku dan seorang lagi ahmoi. Tapi 2 seminar yang akan berlangsung minggu depan (21-24 hb) adalah sales aku ..hehehe.. tak banyak.. sebab bukannya lama, hanya bernilai RM 31, 184.00 je. Group Kementerian Wilayah Persekutuan hanyalah seramai 30 orang, dan satu lagi group Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan disertai seramai 48 orang. Deal dengan function kerajaan, tak la sesusah mana, sebab mereka sendiri sudah biasa mengadakan seminar-seminar yang sewaktu dengannya. Mengikut pengalaman aku yang baru 4 bulan ni, handle function untuk seminar kerajaan lagi senang berbanding, function hari keluarga, seminar untuk sektor swasta mahupun seminar untuk gereja. Sebab function untuk sektor swasta (seminar atau outing), biasanya melibatkan kanak-kanak dan ahli keluarga. Macam-macam hal yang sudah aku alami. Takpa…sabar ok!

Jumaat lepas, aku dan Encik Ed pergi menjamu bakso kat tempat biasa. Hahahaha… kakak-kakak Indonesia kat situ dah memang kenal kat aku. Bila aku nampak muka Encik Ed macam nak mengutuk aku (sebab kakak-kakak Indonesia tu dah senyum jarak jauh kat aku masa kitorang nak g situ), cepat-cepat aku ckp, aku dah biasa makan kat situ setiap hari Sabtu. Hahahaha.. kalau tak, mesti ada orang akan kena kutuk pada hari Jumaat tu. Bakso hari tu memang pedas giler sampai aku sound kakak tu..hehehehe…

Kak, marah ng kitorang ke?
Aik! Kenapa sayang? Kok bila masanya mau marah-marah sama kamu..
Ye la, bakso ni pedas bangat sih.. (sambil ketawa), mau air sejuk kak.
Iye ke, sorila sayang ya, mungkin cilinya mmg pedas.

Baru aku perasan, hari ni aku memang banyak bercakap (bukan ke hari2 aku banyak cakap). Hehehe.. aku cakap macam ni, bila aku tengok jam dah pukul 9, kitorang tak gerak lagi dari gerai bakso tu. Encik Ed bukannya jenis banyak cakap macam aku ni. So, ada yang bercakap, ada yang mendengar, ada yang mengutuk dan ada yang kena kutuk. Hehehe.. biasala, asam garam ajinomoto orang cam aku ni.

Sabtu semalam, ada meeting antara sales team dengan corporate department. Em, kali ni, report aku boleh dibanggakan. Big bos aku dah mula senyum ng report aku.. muahahaha… okla, let we say it is a team work. Pala otak la.. isk, tak habis2 aku dengan jahat aku ni. Sebenarnya, untuk jangka masa 3 bulan ni (April, May dan June), sales team aku kena capai RM 250, 000 untuk sales forecast. Dan setakat ini, sales team aku telah mencapai RM 160 ++ k, ada 90K lagi lagi aku kena cari, untuk dapat capai target team aku yang seramai 2 orang itu. Hehehhe… lepas meeting tu, HR exec aku bagitau ari tu adalah ari jadi bos no.2 aku. Hehehe… oleh yang demikian, kitorang satu opis pun ‘patak-patak’ beli kek. Kek Secret Recipe yang murah-murah jers. Bolehla dikatakan, kita orang buat seprais kat bos.2 aku yang langsung tidak menunjukkan wajah sepraisnya. Muahahaha…hampeges.. terus ilang mood aku nak ambik gambal-gambal macam2 angle la kununs.


Pari Panggang milik Encik Ed.


Inilah Barisan Kita.. yang ikhlas dimakan - Sarjan Ayam said.


Ari semalam, aku dan Encik Ed pergi berjalan-jalan tanpa arah. Muahahah… takda la, mula-mula aku ajak dia p makan laksa kat pasar malam TAR. Tetapi oleh kerana masih awal, kitorang pergi makan heavy-heavy dulu. Encik Ed tu mutant sebenarnya…muahahah… dia kena makan punctual, kalau tak dia akan menjadi si Hijau. Aku sebenarnya tak lapar lagi (untuk lunch), tapi setelah melihat juadah lauk pauk kat food court tu, aku pun lapar sama. Lepas makan, aku ajak Encik Ed pergi mencuci mata kat KLCC.Dari meninjau kamera DSLR kat barangan elektrik, kemudian kitorang masuk ke butik Converse. Lepas tu, meninjau movie baru kat TGV, rasa-rasa nak tengok wayang cerita Jet Li dan Jackie Chan yang terbaru tu, tapi melihatkan bakal-bakal penonton yang hazab ramai, tak jadila. Malas nak beratur.


**candid**

dia kata dia tak minum kopi macam saya, tapi...






Friday, April 18, 2008

MODE : Macam-macam cerita

Mari menjunamkan diri ke dalam dunia blogging. Hamburkan semua rasa ke dalam ini dan semoga jiwa yang penat ini tidak terbeban sehingga ke alam tidur. Begitula hidup.. setiap hari akan dilalui dengan kerelaan. Kalau tak rela, kau takan mampu nak tahan takdir kau. Betul tak?

Badan terasa penat. Siang tadi, aku dan opismet aku sekali lagi pergi ke hotel untuk eskot guest aku untuk membuat hotel inspection. Tetamu aku kali ini adalah dari sektor kerajaan. Sepatutnya hotel inspection ni ‘terjadi’ semalam (Isnin). Dengan selambanya tanpa memberitahu pihak aku, tetamu tu pospon kepada hari ini. Nak tak nak, terpaksala aku gagahkan diri ke Port Dickson.

Tetamu aku.. wow… orang Terengganu yang sangat kemas sekali penampilannya. Merupakan seorang pegawai tinggi kerajaan dari pusat pemerintahan kerajaan persekutuan. Tak hairanla bila Encik tersebut banyak bertanyakan soalan kepada aku, sebab dia sendiri pernah bekerja dalam sektor perhotelan dan dalam bidang kerja yang sama seperti aku. Sales & Marketing.. nasib baikla, aku dah ada pengetahuan sedikit bagaimana nak handle majlis-majlis kerajaan di hotel aku. Dari penyediaan paper work, kira-kira wang mahupun proses terakhir bayaran kepada jumlah total majlis. Mula-mula dulu, aku pun bimbang juga dengan kerja macam ni, almaklumla, bukannya aku pernah bekerja dalam sektor perhotelan. Segala-galanya bermula daripada KOSONG. Alhamdullillah, dah hampir 4 bulan aku bekerja dalam company ni, segala yang duka tu aku lalui dengan SABAR!!! Hehehehe… nak hidup katakan. Kena la berani hadapi apa pun kan.

Sepanjang perjalanan pulang ke KL, aku tidur ayam tetapi otakku ligat berfikir. Ada beberapa perkara terjadi hari ni (malas nak cerita) yang buat aku berfikir panjang. Em.. aku berazam nak menjadi manusia yang sentiasa berfikiran positif seadanya. Sebab aku dah malas nak “pendam” perasaan aku yang tak sepatutnya aku pendam. Bukanlah aku berkira hendak menjadi seorang yang lebih suka berterus terang, tapi sebaiknya cuba menjadi manusia yang tahu menyelesaikan sesuatu perkara dengan tenang, tanpa dipengaruhi nilai-nilai kehidupan yang tidak elok dan sentiasa maju ke depan. Lupakan staf-staf yang suka kepochi, lupakan kawan yang pernah membuatkan aku terasa hati sedalamnya, lupakan perkara-perkara manis yang pernah buat aku hanyut seketika, lupakan rasa-rasa pahit yang pernah buat aku menangis, lupakan detik-detik yang pernah buat aku bersusah hati…. Lupakan perkara yang pernah mengganggu tidurku… lupakan tentang niat hendak meminum ubat batuk untuk membuatkan tidurku lena sehingga ke pagi… jadilah manusia yang baik, Mas.

Hari ini hari Rabu. Tak sempat aku nak publish entry aku semalam. Em.. kataku hendak bangun di tengah malam, nak sambung entry ni, apa kan daya… biarpun aku meneguk segelas panjang Kopi Cap Kapal Api yang kaw-kaw itu, tidurku nyenyak sehingga ke pagi. Kira-kira sebelum Subuh, aku sudah pun terbangun dari tidurku. Hari ni, aku hanya meneruskan rutin harianku kat opis. Segala-galanya kena rush, tempahan function-function makin ‘lebat’. Ada yang terpaksa ku ‘tulak’ kerana masa dan kapasiti yang tidak berkesesuaian dengan pertimbangan semasa. Erm.. seperti yang aku katakan, Mei, Jun dan Julai adalah hari-hari induksi mahupun seminar para anggota kerajaan. Begitu juga bank-bank swasta yang memulakan hari keluarga masing-masing.

Oh ya, kawan bekas satu opis dulu mem-YM aku. Katanya, bertanyakan room rate untuk pakej honeymoon. Well, sebagai hotelier dan kawan kepadanya, sudah tentu aku menawarkan harga yang menarik dan masa yang sesuai seperti di bawah:

Requirement dari kawan aku tu

Budget RM 200.00 (termasuk makan dan penginapan)

Masih dalam mood pengantin – dia akan bernikah dengan bakal suaminya pada August ini.

Suasana romantik + men-sepraiskan bakal suaminya (pernikahan + besday enciknya)

Pakej yang aku tawarkan:

Bilik Executive Suite

Bilik hotel mempunyai jakuzi di kamar bersiram

Katil King Size + lounge + breakfast for 2

Seaview

Hari – Malam Jumaat (kos untuk weekday adalah murah)

Potongan 20% dariku kerana aku staff hotel

Semuanya berjumlah RM 151.00 nett SAHAJA..

Ekekeke… hotel aku tak menawarkan pakej honeymoon pun. Tapi aku akan menawarkan benefit kepada tetamu-tetamu aku.

Siang tadi, sales team aku ada meeting ng corporate department selama 20 minit sahaja. Biasala.. bos besar aku kerapkali mengadakan meeting tanpa diduga. Tengah aku minum kopi pun boleh buat aku tersembur, bila bos No. 2 jerit MEETING!!!.. tak ada la rush sangat.. tapi ingin menunjukkan aku ni bekas pekerja dari company Jepun, kenalah aku memberikan teladan yang baik seadanya kepada staff yang lain…muakakakka… mesti korang ‘maki-hamun-aku-jarak-jauh’ dengan membaca entry ini bukan? Aku tau kalian tak suka berbohong….muahahaha…

Bos aku kata, antara salah satu factor salesmanship yang berjaya ialah: bukan sekadar menjual produk tapi memberi keutamaan kepada penjualan benefit kepada guest. Samalah seperti kawan aku tu, biarpun hotel aku tidak menawarkan pakej berbulan madu kepada guest, tapi aku sebagai sales person HARUS memberikan presentation yang menawarkan benefit kepada guest. Ekekekke.. faham ke tak? Kalau tak faham, anda kena ulang pembacaan anda dari perkataan Oh Ya!

Jangan pencilkan otak anda untuk menerima pemahaman yang aku berikan di sini. Bukannya aku member statement yang berbaur tidak elok, tapi aku kena memahami kehendak pengguna (seperti kawan aku tu), dan aku sebagai sales person dan kawan kepada kawan aku tu, HARUSLAH aku berusaha menarik perhatiannya untuk memikirkan tawaran yang aku berikan , tanpa sebarang was-was gitew. Heheheh..

Dulu, aku jumud. Semasa di alam mencipta target untuk mencapai kepuasan hidup, aku meletakkan bidang sales & marketing ni sebagai :

Orang yang menjual barang-barang dari rumah ke rumah ßdirect selling

Orang yang terdera perasaannya bila dimaki hamun oleh bos sebab tidak mencapai target

Orang yang mudah terkencing dalam seluar bila bos menjerit kepadanyaß movie Saloon

Orang yang hanya tahu menggunakan kalkulator sebagai mesin pengira ß budak sales yang aku slalu kutuk tu selalu guna cara ni

Orang yang perlu ada lesen memandu kenderaan ß em.. aku masih berpegang teguh dengan statement ni.

Mujurla, aku bermula dari KOSONG ( di alam pekerjaan la..). Setelah aku berkira-kira, aku sudah didedahkan dengan bidang ni semasa aku masih berhingus lagi. Ya la, dulu kan mak aku bisnis kechil-kechilan.. tukang masak, berniaga kuih-muih, bertukang jahit, menjual bunga semaian, berniaga gerai makan, ayam dan itik pun mak aku pernah jual, bercucuk tanam, menjual hasil kebun (buah-buahan).. long story short, mak aku memang sales & marketing punya olang. Mak aku tak pernah pula jual produk Amway, avon, sertai PERKEP ..muakakaka… apa yang mak aku niagakan adalah benda-benda basic dalam kehidupan. Alhamdullillah, biarpun kehidupan keluarga tidak sesenang mana, tp aku bersyukur ada pengalaman hidup yang sebegitu baek. Aku ni boleh dikatakan merangkap assistant mak aku semasa dulu kala. Yang ruginya, bila aku tak pandai masak cam mak aku. Almaklumla, jadi assistant okay! Maknanya aku dah memang terdedah kepada perniagaan sejak kecil lagi. Adik-adik aku yang len? Mereka pun ada basic la juga, tp semasa mereka sedang membesar, mereka lagi banyak menghabiskan masa-masa bersama teman seperjuangan mereka.

Ya, adik aku si Dang akan tersentap ususnya bila membaca stetmen aku tadi. Ehhehe.. aku tak nafikan, mak aku banyak perturunkan ilmu memasak kepadanya. Termasukla berniaga makanan.. masa aku dah merantau ke Tanah Malaya dulu, adik aku tu cherita, mak bagi dorang bertiga modal untuk berniaga. Kat kampong dulu, mak aku ada gerai kechil. Si Dang jadi tukang masak, abang dia (adik aku) jadi tukang p pasar, dan adik kitorang yang bongsu akan jadi waiter + bodyguard + penyanyi tepi gerai mak aku tu. Hahahaha… almaklumla, kat kampong… gerai mak aku tu pula tempat transit orang keluar masuk ke 4 buah kampong. Strategik tak?

Sesekali mak aku akan turun padang meninjau perniagaan adik-adik aku tu. Syukurla, even tidaklah sebesar mana pendapatan mereka, tapi cukup untuk mengajar mereka untuk pandai berdikari mencari duit sendiri. Aku? Masa tu aku dah masuk kampus ok! Tapi masa kat kampus dulu pun, aku menjalankan bisnis mem-print assignment. Sikit je modal aku, tapi pendapatan aku purata sehari RM 20.00, sekiranya ada musim-musim kritikal, aku pernah mencatatkan sehingga RM 80 ++ kira masa tu, aku jarang makan kat cafeteria la.. heheheh.. Ya Tuhan… masa lepas yang kutinggalkan..

Hari ketiga – entry untuk 2 hari masih belum ku publish. Em.. keja makin bertambah. Seronok bila busy macam ni.. ya la tu…masa lunch hour pun aku boleh terlupa. Semalam call bapa dan mama ku di kampung. Hehehe..

Ni, kelapa tengah ‘cantik’ kat kebun. Kirimkan aku 300 boleh tak?

Boleh, tp bulan depan boleh tak? Apa kaitan kelapa ng 300 tu mak?

Aku nak beli galah moden. Bikin kait kelapa..

Oo ya ka.. tak payahla beli galah. Aku belikan monyet, mau?

Hah! Monyet buat apa?

Ya la, bikin petik buah kelapa. Tak payah penat2 ‘melangui’ (mendongak) dan upah orang.

Memang kedengaran lawak bila aku ckp pasal monyet tu. Tapi aku pernah tengok kat satu rancangan tv, pasal melatih monyet ni. Isk! Monyet pun dah ada skola la. Er.. kalau orang semenanjung ni panggil beruk kan. Ya aku tau, monyet dan beruk spisis yang berlainan. Ok ok , kita panggil beruk. Ok apa, kalau aku nak belikan beruk. Beruk yang boleh bekerja nak petik kelapa la. Kebun keluarga aku pun luas. Sumber makanan pun banyak. Hahahaha… aku cerita kat kawan aku, boleh pula dia cakap aku gila.. hermm… gila apanya, ok apa! Mungkin sebab beruk tu selalu dijadikan bahan meng-hanjing-hanjingkan orang lain kot. Hahahaha… so, lepas ni aku kena cari beruk. Beruk oh beruk!

Dah hari Jumaat hari ni. Tadi aku banyak awal, masak breakfast – mihoon goreng ok! Semalam aku beli kat Swiss. Em.. mengidam kot, ari ni aku bawa breakfast p opis. Sempat juga aku breakfast ni, dan rasa mihoon aku lagi sedap dari Swiss punya.. hahahaha… okla, nak bersiap pergi keja. Hari Jumaat, pakai baju kurung biru. Anda bagaimana?

Tuesday, April 15, 2008

MODE : Kerja.. lalalalalla

@nggayao ye! percubaan smiley telah dilakukan...@sinchan

@pening Em.. beginilah hidup.. dalam masa 2 minggu ni, @sedih aku menghadapi kesibukan kerja yang menyengat. @sedih Biarpun aku diserang demam selesema selama beberapa hari, kena la sabar menghadapi semua cobaan-cobaan tersebut. Booking demi booking aku terima, dah memang peak sales untuk semua hoteliers katakan.

@rayaGroup kerajaan sibuk membuat induction function, group corporate pula tengah bizi mencari tempat untuk mengadakan hari keluarga. Kat sinila keadaan yg sangat mencabar aku nak handle benda2 alah tu. @rayaHermmm… penat tapi seronok. Ada function yang terpaksa aku tolak, sebab masa yang dipilih untuk function tersebut sudah confirmed milik group lain. Seronok juga, bila sales team KL naik untuk jangka masa 3 bulan ni. Bos aku pun dah hepi dengan perkembangan ni. Biarpun sebelum ni aku bercherita tentang sikap staff yang kacau sales org lain, aku malas nak pikir dah. Yang penting, kena ada target sendiri dan kena firm la nak handle function. @star @star @star

Terkejut aku, bila bos tanya aku : berapa lama lagi aku target nak jadi assistant manager? @duitGulp! Ini satu peluang atau bos saja-saja nak test aku? Tapi memandangkan aku rasa posisi aku sekarang ni cukup selamat, aku just jawab 6 bulan. Hahahhaha.. yakin tak aku? Bila bos dah bagi peluang macam tu, kena la aku yakin dengan jawapan aku kan. @duit Lagipun bos no.2 aku, dah bagi aku peluang nak buat sales. Lepas tu bos besar tanya lagi kat budak yang aku pangkah tu. Mula-mula budak tu cam tak yakin je nak jawab, tapi bila bos sound dia ni supaya be kompiden, direct je dia ckp dia target 3 -4 bulan nak jadi assistant manager. Terkejut pula bos dengan jawapan dia tu, sebab budak tu pun tak cukup keja 3 bulan dan belum confirm jawatan lagi. So fast ah? Kata bos aku. Dah tu bos besar aku dah suruh aku p amik lesen memandu.. ni yang aku lemah ni. Sebenarnya aku memang nak ambil lesen memandu, tapi bukan la dalam keadaan cam ni. Phobia aku naik kereta tak habis-habis lagi. Takpala, dah bos bagi peluang yang bagus kat aku kan. Kena la aku hargainya. @maluKalau gaji aku naik lagi, aku dah bersedia nak beli kereta.. MYVI putih the dot.. hehehehe.. insyaAllah, mudah-mudahan rezeki aku bertambah bagus. @doa@malu

Hari ni, aku terpaksa ke PD lagi. Semalam dah sampai PD, guest baru cancel kan lawatan dia. Hermm.. hampeh sunggoh..


@nggaya siapa pun diriku, hidup mesti diteruskan.. o ye!


@cinta@bunga Mas.

Sunday, April 13, 2008

MODE : Smiley ke ni?

@bidadari@ulatbuku@henti@callme@telefon@tensyen@tensyen@tata@mata@mari@marah@star@ketuk@mari@cinta@tepuktangan@jelir@takbole@mainmain@garu@bising@blogmenjerit@ngantuk@ketuk@penat

percubaan smiley dekat BLOG aku ni telah dilakukan...meriah ke ?


@sinchan@musik@nggaya@senam@nyerah@ayuk@bye@damn@gatau