Thursday, January 21, 2010

Pilihan.


Manusia ini dijadikan dengan diberikan bermacam-macam pilihan dalam hidup. Kau pilihlah mana-mana satu kau mahu. Tapi bagaimana pula kau terpaksa menerima apa yang ditakdirkan untuk kau oleh Tuhan? Nasihat aku, terima sajalah. Jangan mengeluh. Boleh jadi sesuatu yang kita suka itu, akan menjadi sesuatu yang kita benci di hari kemudian. Begitu juga sebaliknya. Kau bermatian-matian mempertahankan sesuatu, lepas itu kau mendapat sesuatu yang lain maka percayalah itu adalah antara yang terbaik. Boleh jadi juga, hari ini kita dinampakkan dengan takdir yang lain, boleh jadi di hari kemudian, kita melihat semula sesuatu yang terdahulu itu. Tapi aku yakin ia akan berupa sesuatu yang lain. Jadi, bersederhanalah bila meminta.

Jangan sesekali menganggap diri kau malang, percaya sajalah semua manusia ini sama. Jangan sesekali menganggap diri kau bertuah, percaya sajalah semua manusia ini sama. Baik atau tidak, lambat atau cepat, ia bergantung pada kau sendiri. Percayalah, semua manusia sama saja.

2 comments:

YusDesign said...

Salam ..

bagi aku PILIHAN itu adalah mainan hati yang membisik kita untuk melakukan atau menentukan sesuatu perkara yang pasti atau tidak pasti . Sebab itu ada istilah Bisikan Hati, Gerak Hati, Dua Hati dan selalunya berakhir dengan Sampai Hati... Kan dari mata turun ke Hati ...

Yang paling penting sentiasa Berhati-hati... Sebab hati orang siapa yang tahu .. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui ... Berserah dan menyerahlah ...

Hidup tidak lengkap jika tanpa pilihan . Wajib untuk memilih dan jangan pernah kechiwa makan hati atau kechik hati jika tidak dipilih ..

Mungkin ...

Semua sudah ditetapkan dan sifat pilih kasih tidak wujud dalam 99 nama-Nya. Hehe ~

Selamat Tahun Baru ...

p/s: bersederhanalah bila meminta : tak mungkin ..

Perempuan Pemimpi said...

wasalam,

ah Yus. lama bertapa, pergi ke mana? seperti biasa komen2 mu buat aku senyum.