Monday, January 11, 2010

It's decoder la. Bukan camcoder!

Semalam aku merancang untuk melihat AJL 24 secara keseluruhan, tapi tiba-tiba astro rumah aku buat hal. Aku sempat lihat opening Dato' Siti Nurhaliza feat Lan The Typewriter, Alyah, Aizat, Tomok, Black, Hujan dan er.. sedikit Bunkfaces. Walaupun aku tak dapat lihat semua, aku percaya AJL 24 semalam adalah yang paling best sekali pernah aku lihat (walaupun sekerat!). Aku takan memaki astro atau decoder (aku tertaip camcoder kat status FB) kerana itulah takdir aku. Hahaha.

Melihatkan persembahan bertenaga intro opening cukup buat aku happy gegila. 2 paduan suara ke atas lagu yang sangat hebat adalah begitu 'dasyat'. Ini ditambah lagi dengan pakaian Dato' Siti Nurhaliza yang aku anggap dia adalah diva yang hebat di Malaysia ini. Diva lain? er..tak ada kot. Diva Rock popular ng manja lentuk tah apa, Diva Jazz (sbnrnya dia tak mengaku Jazzy pun) popular dengan rambut belah tepi dan mekap2 ala perempuan ayu, Diva Irama Malaysia; geli tengok warna pakaian dia yang selalu sangat striking, Diva RNB; suara soprano yang sedikit membosankan...anyway, Dato Siti is the best. Maybe dia ada banyak duit untuk hasilkan persembahan yang sangat bagus. Aku rasa baju dia tu pun adalah riban-riban juga. DUIT memainkan peranan penting dalam persembahan. Tapi tak semestinya boleh menghasilkan persembahan yang boleh menarik perhatian penonton secara umum. Tapi aku takan cakap apa-apa pun yang tak baik, kerana itulah takdir aku melihatnya.

Pagi-pagi sudah, aku bangun. Buka youtube dan cari mana-mana peformance yang aku tak nampak semalam. Oh, aku download semula persembahan opening sebab aku tak puas hati nak tgk. Bukan senang nak tgk Dato Siti nyanyi lagu Rock. Persembahan Yuna with the Kuning pun sangat best! Aku suka opening mula-mula, aku tatau apa benda nak panggil benda tu. Tapi bravo Yuna! Aizat, aku tak espected dia memang, tapi at last pagi-pagi aku tengok Rose jerit-jerit kat Facebook aku. Aku download lagu Pergi dalam 4shared.com dan dengar baik-baik. Aku sebenarnya dah pernah dengar dalam movie Talentime, cuma tak pernah download lagi. Tahniah Aizat, persembahan wanita India ketika opening pun sangat bagus lagi.

Ah pendek kata, AJL 24 semalam adalah AJL yang paling hebat. Band kegemaran aku Hujan dan Bunkface pun tak kurang hebat. Cuma aku lagi suka Hujan bawa key yang asal, lagi emo, lagi sakit, lagi merasa! Tapi Hang Dimas memang best! Yang aku tak berapa nak ngam, camera shooting. Asik-asik fokus muka penyanyi, apsal tak shoot sesetengah backdancer sebab aku tengok persembahan backdancer Bunkface memang best. Haih.

Seronok bila tengok AJL 24 sambil ber-facebook. Aku tak kisah apa orang lain nak fikir, sebab aku malas nak fikir apa orang lain nak buat. Aku malas nak buang masa nak merengus why they did that, these and then. Aku malas nak jawab perkara yang aku tahu, tapi merasakan buang masa nak menerangkan satu persatu musabab what to do and do not. It wasted. Lebih baik aku bergembira dengan kawan-kawan aku tanpa perasaan riak dan nikmati hidup ni tanpa sebarang perasaan yang busuk. Manusia tidak ada yang sempurna, jadi jangan pandai-pandai mengaku diri; oh hidup aku lagi bermakna, mereka itu macam loser.

Oh, budaya pop katakan. Jadi, kau pengikut trend?

Aku? Tidak.

Setakat jadi follower, lepas tu huh-hah sana sini claim diri kau itu cool, itu adalah sampah.

Jangan sampai satu hari nanti, orang datang kepada kau dan bertanya; memang hidup kau teruk macam ni ke?

Jangan jawab apa-apa. Sebab soalan itu adalah cerminan diri kau dari orang lain.

Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

opening performance itu adalah sgt sedap. terus teruja nak tonton sampai abes, sampai pemenang nyanyi lg sekali..hehe.

>>awal bulan 3 aku dan kengkawan mau ke KK..jom bawa kami pusing2.