

Aku, kalau nampak anjing, aku teringin nak bela anjing pula. Sebab aku tengok anjing ni cam cute dan lagi lincah dari kucing. Tapi oleh kerana hukum hakam kata tak boleh, aku just boleh pandang saja la. Kalau jumpa kat tepi-tepi jalan, kadang2 takut juga. Tapi macam fakta cakap, anjing menyalak kat manusia, kerana mereka boleh mengesan sejenis kimia 'ketakutan' yang ter-rembeskan dalam badan manusia. Tu kadang-kadang kalau aku lalu dekat anjing ni (kalau jalan kecik), aku set-set otak aku agar tak merembeskan kimia 'yang' berbahaya tersebut. Hahahaha...tapi kita boleh kesan kalau anjing tu jinak ke, sedang marah ke..kalau korang nampak ekor dorg tu bergerak ke kiri ke kanan, maknanya nak bawa korang bermain, tak pun mereka anggap ko ni cam 'biasa' saja dengan dorg. Hahahha.. tp kalau ko dah nampak gigi mereka menyeringai dan menderam, ko baca la doa pertahankan diri. Tak pun ko buat-buat tunduk nak ambil batu. Komfom dorg lari punya. Tapi kalau mereka in gang, wah, kena la ko bertindak cepat. Satu lagi, kalau ko nak kesan anjing ni ada penyakit anjing gila ke tak. Biasanya, kalau anjing sihat, kalau mereka berlari, mereka akan lari lurus ke depan. Tapi kalau anjing sudah dijangkiti penyakit, kalau ko nampak dorg ni lari ke depan dengan bontot menyiring-nyiring (apa eh!), tu maknanya mereka ni dah ada penyakit dah. Sah-sah ko boleh lihat dari kulit badan anjing tu yang sudah berkudis atau berkurap.
Aku, kalau ada lot tanah sendiri, aku nak bela binatang. Nak buat taman mini binatang.Tak payah luas sangat. Aku suka dengan binatang peliharaan. Boleh bela kucing banyak-banyak, itik, ayam, burung, macam-macam lagi binatang yang boleh didekati oleh manusia. Kalau beruang tu jinak, aku pun nak bela. hahahha.. tapi apa kan daya, kemampuan tu tak ada.