Sunday, November 8, 2009

Tik-Tik-Tik-Waktu-Berdetik.

Bobo hilang dari rumah.

Aku tak layan facebook since Rabu minggu lepas.

Blog dah berapa lama tak jenguk.

Nikon, tiba-tiba lens stucked, aku tak pernah pakai since dari Kundasang. Cuak. Tapi dah ok.
Jumaat lepas, aku pergi Kota Kinabalu, ingatkan naik Kudat, tapi aku macam tak sihat, jadi kensel la.

Aku tengok wayang dengan Neo, cerita The Ninja. Sumpah, ngeri. Bagi aku, kira ngeri.

Aku dah dapat movie 500 days to Summer. Tengah tengok. Bit bored tapi tahula ending dia camana.

Aku borong dvd movie packed in 1, 12 buah movie dengan harga RM45.00 saja.

Bruno, cerita gay.

Aku beli gelang kristal 7 biji untuk budak opis, dapat free 1. Taktaulah dorg suka ke tak? Tak suka tak apa.

Aku jumpa 2 orang kawan lama yang sangat dirindui. Tetapi disebabkan 2, 3 buah perkara, aku tak dapat jumpa lama dengan Fazilla. Cuma makan malam dengan Chi Jian di BB Cafe, Gaya Street.

Aku keluar supper dengan Syuk, Amat dan 1 new fren kat Saadong. Then, dorang bawa aku jalan-jalan ronda KK.

Dapat tengok Laut China Selatan dengan kadar air pasang yang bikin takut.

Tiba-tiba aku di dalam stage yang aku rasa sedikit out of track. Blur. Seminggu dah.
Minggu ni aku tak balik Sandakan.

Tak lama lagi nak cecah 29 tahun. I'm ok with it.

Aku baru beli salah satu novel Norhayati Ibrahim, dia try jadi penulis thriller pula ya?

Kipas siling di bilik aku rosak. Kenalah pakai aircon yang kurang gas tu.

Sudah 2 kali perjalanan jauh, aku muntah dalam bas. Masa balik dari KK, aku siap2 telan ubat muntah.

Aku agak melo-melo-melo sejak 2, 3 hari ni. Mungkin nak period.

Aku dah stat minum Kopi 24 Inci. (motif nak kurus, ceh!)

Aku kata pada dia, aku menolak isu poligami disebabkan takut jangkitan penyakit.

Aku beli silver earing fake diamond. Manis sungguh wajah aku.

Jadi member club BodyShop dengan RM20.00 pendaftaran. Sapa nak beli produk, pakai kad member aku. Bleh dapat less sampai 30% (hari tertentu saja)

Kepada perempuan-perempuan (tertentu), jangan la buang anak lagi. Aku benci.

Kepada lelaki-lelaki (tertentu), kau fikir perempuan yang kau buntingkan berkali2 tu alien-hamba-seks ko?

Aku tidak kisah siapa pilihan hidup kau. Tapi kalau kau tak suka berkongsi, ko jangan mengongsi-percuma perasaan pada lelaki yang sudah berkahwin.

Kau sudah dewasa, kalau kau berani jadi survivor dan sudah tidak tahan dengan masalah-cam-apa, penceraian mungkin jalan terbaik. Bukan 2 tahun, tapi sudah berbelas tahun.

Kau sudah besar dan sudah ada tanda-tanda riak. Jadi aku tidak mahu menasihati apa-apa lagi kepada kau.

Aku rindu pada kau. Tapi, kau sedang membuang aku perlahan-lahan. Mahu aku pertahankan saja hubungan itu, tapi aku sudah kehabisan lelah.

Kau manusia cemerlang, tapi kau tak pernah cari pun cemerlang yang aku nampak dalam diri kau.

Mungkin aku ada ilmu laduni, atau mungkin ini kesannya usia remaja ku dihabiskan dengan menonton televisyen, membaca bahan bacaan dan lain-lain.

Kalau isteri kau kata, dia izinkan kau berpoligami, jangan sekali kau percaya. Hanya wanita tanpa rahim saja yang berbuat begitu. Dia mahu kau terasa terharu dan berfikir kau tidak akan mencari lain. Padahal, kau sedang main mata dengan listing kau.

Aku benci perempuan lemah akal.

Dan, aku mengantuk sekarang. Kamu diam saja. Dan maafkan aku. ok?

9 comments:

Rahimin Idris said...

ada FB tak add aku pun. aku add ko ek?

Perempuan Pemimpi said...

wow. ok. sila sila.

Cikgu Metal said...

macam feminisme di atas awan..:)

Cikgu Metal said...

"Hanya wanita tanpa rahim saja yang berbuat begitu."
gua mau tambah sket: "Hanya lelaki tanpa sperma yang tidak mahu berbuat begitu."

Perempuan Pemimpi said...

kahkahkah. cabaran nampak.

Ron Veronicazo said...

im goin back 2 kk on 17th. any chances of meeting u? sudah setahun x jumpa. rindu.

Perempuan Pemimpi said...

on 5th.

bondasumandak said...

Faham tu! Tp percaturan perlu ada keberanian kan? lalu keberanian itu belum kukuh di jiwa.

Azean Azman said...

salam Mas!..

kami pun rindu ko... nanti kita kumpul sama2 lama2 di sandakan macam dulu2 zaman katong mueheh...

Raya haji ni amacam ?.. aku balik sandakan..

yang bener sekali,
Chijian