Monday, July 20, 2009
Tolong aku.
Siapa rindu gambar-gambar hasil dari aku? Tiada? Tak apa. Aku takan jemu men-snap dan terus letak kat sini. Untuk pengetahuan korang, aku dah memang kekurangan 'tenaga dalaman' mahu pergi snap-snap ni. Semenjak kerja ni, begitula. Tapi sebenarnya aku ketandusan power aku sendiri. Susah nak jalan-jalan kat sini ni. Isu anjing la..sekarang ni pula, jarak masa dari selepas kerja pukul 5 ke pukul 6 petang tu sekejap saja. Maklumlah, kat sini kan cepat gelap. Dah tu nak masuk maghrib pun tak elok nak jalan-jalan kat sini. Hutan dara mengelilingi aku, biarpun aku duduk dalam pekan dow.
Jadi hujung atap rumah aku kat Telupid ni pun jadi idea aku juga. Aku memang serius sukakan bidang ni. Sambil aku terfikir-fikir hendak beli kamera baru. Sambil-sambil juga aku terfikir kan mahu mengambil lesen kereta. Hish, memang aku fobia sikit bab jalan raya. Ok lupa sedikit pasal lesen kereta tu. Aku jengkel.
Hari tu aku berpeluang menggunakan Nikon D80 dari salah seorang staff opis aku ni. Nikon D 80 tu kepunyaan pejabat kawan aku tu la. Bila aku ngetest ngetest, aku tak pasti aku yang masih belum pandai menggunakannya atau sebaliknya. Sudah tentu la ilmu aku dalam bidang ni masih amaaaaat lah kurang. Tapi bila aku tengok hasil dari ketikan Nikon D80 yang aku pinjam tu, hasilnya tak jauh beza dengan hasil ketikan dari Nikon D 40. Mungkin ada features baru dalam D80 tu (berbanding D40) yang aku tak tau lagi. Tapi semakin lama aku faham, apa yang aku mau sebenarnya dari gambar aku ada EMOSI. Aku harap kamu memahami apa yang aku maksudkan di sini.
Macam contoh, 2 keping gambar digital di atas. Apa yang kamu rasa? Boleh kamu berkongsi kepadaku. Sekiranya kamu meraih erti emosi dari gambar di atas, aku rasa kamu juga berjiwa sedikit seperti aku. Mudah tersentuh jiwanya. Tapi kalau kamu tidak meraih apa-apa emosi dari gambar di atas, tidak apa. Aku bersyukur kerana kamu memberi perhatian kepada aku, dan gambar-gambar aku.
2, 3 hari ini aku berasa sedikit tersentuh. Tapi sedikit terubat, bila orang atasan memberi peluang kepadaku menerajui satu kumpulan manusia yang banyak memeningkan kepala otak aku sebelum ini. Tidak semua, mungkin hanya 3 orang dari 13 sahaja. Tetapi sejumlah 13 itu juga cukup memeningkan. Jadi, doakan aku supaya aku bersabar dan boleh memberi teladan yang bagus kepada orang lain. Aku bukan manusia yang baik seperti kamu, mungkin, tetapi beri aku peluang untuk berubah. InsyaAllah.
Bercerita kepadaku, emosi kamu, apa yang kamu lihat dari gambar di atas. Aku sepi di lembah Trus Madi ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Masih mood Dire.
Jadi, Untuk gambar di atas dan masalah kamu,
Why worry- Dire Straits.
sila 4shared.
sepi, dingin, ada sedikit mistik pada warna langit.
facet : langsung tidak membantu.
cikgu metal: saya tak mahu jiwa saya terkunci di sini cikgu.
Untuk dilihat sebagai seorang yang sedikit berjiwa seperti-mu maka aku berikan komen menurut persepsi-ku tentang EMOSI yang kurasa setelah menjiwai 2 foto diatas :
KEPUASAN .. Owh! Yes..
adui.. mengaci jeles...
Assalamualaikum,
Titisan air hujan itu memsempadankan dua sifat yang ekstrim iaitu panas dan sejuk.
Rintikan air yang dinamakan hujan itu besar mukjizatnya. Hujan ibarat seperti jiwanye seorang perempuan, sifatnya lembut tetapi kuat sekali. Batu mampu dilopongkannya, besi mampu dikikisnya. Btw, ia Suatu hasil seni yang bagusnya damai bile menghayatinya cuma satu jea yang spoil....kabel elektrik. Ia telah sedikit menjejaskan nilai estitika semualjadi alam.
Keep it up Mas.
Ihklas, Sang Rajuna
yus : kepuasan? redup? herm.boleh ko belikan aku d700?hahahaha
don: ko pun bleh buat ba, yg penting ko mahu.
sang rajuna : saya menganggap kabel elektrik tu sebagai satu simbolik kehidupan. Dari segi hubungan sesama manusia, keperluan, mahupun renjatan perasaan. Saya fikir, mungkin satu hari nanti saya berpeluang memberi lihat kepada cikgu masterpiece saya yang lain, yang dianggap (mungkin) bukan sesuatu yang seni. Tetapi, saya mempunyai ramai kawan-kawan yang begitu memahami kecintaan saya kepada sesuatu benda yg boleh dihalusi melalui seni. hahahah...ah. suatu hari nanti, ok.
i could sense sorrow and hopelessness in your picture.i believe that you had reduced the saturation and hence the sombre mood.good picture
Post a Comment