Tuesday, June 17, 2008

Sabtu lepas.



Semalam, selepas halfday bekerja, aku menyusuri satu kawasan perumahan di dalam area Bukit Bintang ni. Aku pasti ada antara korang yang tak pernah jalan kat sini. 1st aku datang kat sini, masa kluar dinner dengan Encik Ed. Masa tu aku belum ada dslr lagi. Kali ni aku dah berpeluang nak jadi poser ng dslr aku…ahhahaha…. Umur dah 2 minggu, tp belum berpeluang nak beraksi poser. Opss! Aku hanya pencinta photography. Seronok bila jalan2 kat sini, sebab senibina bangunan kat sini masih style zaman colonial dulu. Hahaha very the olskul okeh.



Bila cerita dengan Ed, dia nasihatkan supaya tak amalkan jalan2 kat situ. Em, dia kata tempat tu tempat ayam-ayam berkeliaran dan ramai foreigner.. hehehe.. ya! Terima kasih.. syukurlah sepanjang aku jalan kat situ, keadaan ok je.. aku suka keadaan tempat ni. Entah, macam best sangat. Olskul kan!




Aku ada juga singgah kat satu kedai souvenior kat situ. Comel-comel je barangan dari Vietnam dan China. Terutama beg-beg sandang erm.. kaler dia nice, tp fabric yang dia gunakan tak memungkinkan tahan lama. Tapi taka pa, aku nak guna untuk simpan dslr dan barang-barang keperluan aku. Hehehehe.. nanti kita datang lagi yer..




Aku pun bertandang ke CM. mula-mula aku pergi cari kuih muih kat Jalan TAR. Terasa lapar, aku sebat keropok lekor kat area Stesen Masjid Jamek, dah tak larat aku nak jalan jauh. Tak ada event pula kat Anex CM tu.. hermm.. tp ada performance Angklong kat lobby. Sedang aku menikmat kebest-an bunyi angklong tu, tiba-tiba aku tersedar , rupanya aku berdiri kat sebelah REdzuan Hashim. Masa aku g melawat kat Clik Clik Galeri pun, dia ada kat situ. Nak ambik gambar ke ng dia? Oh tidak! Masa aku berdiri kat sebelah dia pun, aku buat tak peduli je.. sbb dia org dewasa lelaki yang hensem… waaa!


Aku nak tido la, esok keje.






2 comments:

Anonymous said...

adik mas akak ...tak marah ke? org yg tidur kena ambil pic dia wakakaka...cantik2 pic adik,trus lagi doa akak semoga ari demi ari blog adik bertambah maju

Anonymous said...

opss pembetulan..adik mas ...tak marah ke? org yg tidur kena ambil pic dia wakakaka...cantik2 pic adik,trus lagi doa akak semoga ari demi ari blog adik bertambah maju