Saturday, June 14, 2008

MODE: Kes-kes

Lelaki-lelaki itu.

Kes 1.

Aku nak bagitau ko sesuatu.
Apa dia? – aku memandang wajahnya
Sebenarnya selama ni, aku hanya jadikan ko eksperimen saja..
Eksperimen apa – kataku sambil tergelak-gelak
Aku nak tau bagaimana rasanya jatuh cinta pada perempuan

Kes 2.

Sayang, tak?
Sayang.. tapi..
Tapi apa?
Sayang kena buktikan kejujuran sayang pada sayang.
Bukti macamana?
Bukti yang sayang tak pernah tidur dengan lelaki lain.
Dara?
Ya..


Kes 3.

Entah, aku terkejut. Sampai sekarang ni aku masih tak percaya lagi pasal dia tu
Tu la pasal.
Cepatnya masa berlalu. Habis laki dia pukul dia tak?
Herm.. terukla juga. Dahla masa pregy anak pertama, jantan tu lari. Pastu datang balik hanya lepas sangap je la.
Tu mungkin cinta maut ler kot.
Tu la pasal. Kesian juga aku tgk dia. Hidup dia tak lepas zon susah lagi.


Kes 4.

Awak tak tau ke dia tu bakal suami saya.
Mana saya tahu, dia tak bagitau pun.
Sekarang dah tahu, jangan rapat dengan dia lagi.
Who cares, dia kawan saya. Then kawan-kawan la. Bukannya aku nak rampas pun
Sial punya perempuan *!(&*^#*^#@*
Setahu saya, tunang awak tu baik. Tapi apasal awak ni cam ni ah?


Kes 5

Takpela, mungkin ada hikmahnya awak break dengan dia tu
Mungkinla.
Dan mungkin juga dia belum jumpa orang yang faham jiwa dia
(erk)


Kes 6.

Kes 7.

Kes 8.

Kes…


Entah, angin apa aku nak menulis pasal kes-kes kat atas. Bukannya aku peguam pun. Aku dah tak busy dengan kerja kat opis. Cuma sekarang ni tengah pening nak arrange untuk 6 bulan ni. Dasar kerajaan untuk kursus-kursus induksi dibekukan sementara. Ni la kesannya yg paling dasyat. Tapi aku still positive lagi. Apa nak buat kalau rezeki tak ada kan, kenalah berusaha.

Kes-kes kat atas sebenarnya adalah kisah benar, berkaitrapat dengan diri aku dengan orang-orang sekitar aku. Herm.. aku tak anti lelaki. Mak sudah bertanya tentang calon hidup. Alahai… dah belum ada orang nak kat aku. Aku just relaks je sekarang. Bimbang juga bila bersendirian di hari tua. Tapi mengenangkan kes-kes di atas, agaknya ada lagi tak lelaki jujur kat dunia ni? Yang boleh terima aku seadanya? Yang bujang?

Ah! Phobia aku pun masih bersisa. Siapa pun lelaki, aku tetap sayang mereka. Merekalah yang menceriakan sebahagian hidup aku. Aku takan bosan kawan dengan mereka. Sebab bagi aku, lelaki diciptakan untuk wanita, begitu juga sebaliknya. Dan, tidak akan lebih dari itu… kes 1 kat atas tu: dia mengaku dia lebih terarah kepada LELAKI. Kesiannya aku, selama 5 tahun ada cinta tergantung. Akhirnya dia bagitau aku ni just jadi bahan eksperimen dia saja. Kes lain-lain? Kamu paham sendiri la. Aku sudah mengantuk. Esok mahu kerja. Daaa -

2 comments:

13may said...

cuba ko amik aku jadik bahan experiment plak...hehhe :D

Anonymous said...

aik.... kes aku takde? kecik ati ni.... hohohoh...