Entah.. tiba-tiba aku ada mood nak membaca artikel-artikel berbaur politik. Tetapi secara terus terang, aku suka penulisan dari url Ayahanda Tun Dr. Mahathir. Penggunaan Bahasa English yang superb membuatkan aku kagum. Aku tak kisah, kalau ada pihak yg kata, itu penulisan org suruhan dia… sebab kalau ya pun, itu semua ideologi Ayahanda yang punya.
Deskripsi fasal pameran
Semalam, selepas halfday kat opis, aku memang plan nak ke Central Market (CM). aku nak pergi tengok pameran solo Saiful Razman. Aku dapat tau info pasal benda ni bila baca blog si John Hafiz ni. Rupanya dalam masa yang sama, ada pameran photography 7,8,9 oleh Hishamuddin Rais dan Mohd Redzuan Othman. Hishamuddin Rais merupakan salah sorg avtivis yang terkenal. Kalau bab lukisan aku kurenggg sikit. Tapi kadang-kadang boleh layan la juga. Tajuk solo exhibition ni dipanggil sebagai Pelan-Pelan dan Bilik Gerakan.
Seronok sebenarnya bila join benda2 macam ni. Aku beralih ke sudut photography pula. Aku tak berkesempatan nak jumpa dengan Hishamuddin Rais sendiri. Cuma Encik Mohd Redzuan Othman je yang aku jumpa. Punya la lama berbual dengan dia, tak sangka lak dia pun baru balik dari Sandakan. Untuk wedding photography katanya. Owh ya, dia adalah seorang freelancer photographer dan aktivitis juga. Seronok juga bila berbual dengan dia ni, dalam masa yang sama dia cerita pasal pengalaman bekerja dengan Anuar Ibrahim. Long story short, dia ni freelancer untuk PKR juga. Aku dapat tau bila salah sorg member dia datang kat situ. Gambar-gambar Nurul Izah yang korang tengok ni berharga RM 120.00 sekeping. Terdengar plak, Nurul Izzah dah beli kesemua sekali gambar ni. Hermm… ok juga la, bila dengar macam tu.
Dilarang Melarang? Seronok bila tgk video klip yang tersedia kat situ. Kadang-kadang aku tak faham apa sebenarnya orang-orang ni mahu. Bila melihatkan konsep Malaysian Dillema kat situ, hidup tanpa peraturan rasanya akan kucar kacir dunia ni. Hidup perlu ada sistem, tanpa sistem masyarakat akan terbiar. Di Malaysia sendiri, sudah ada sistem yang terancang, cuma pengaplikasiannya belum terserlah. Kalau tidak sukakan sistem, apakah yang harus dilakukan?
Lawak atau tidak, bila aku berkata bangsa Malaysia ni terlalu baru di mata dunia? Angka 50 tahun masih belum matang lagi, biarpun Mohd Redzuan Othman kata, bangsa Malaysia ni sudah lama wujud. Secara officialnya, Malaysia diwujudkan pada tahun 1963 (pembentukan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak), cuba imagine sistem yang ada di Negara kita ini masih terlalu baru. Kalau dikaitkan dengan kehidupan seorang lelaki, life begins at 40… aduhhh… masih belum matang.
Oleh Mohd Redzuan Othman , aku suka artwork ni
Ayahanda Tun Mahathir memang manusia yang unik. Suka aku ulangkata salah sorg cikgu aku masa zaman high school dulu. Kenapa Ayahanda Tun Mahathir belum mengalami kenyanyukan? Salah satu sebabnya beliau adalah orang yang menua dalam 4 zaman (zaman perang dunia 1, perang dunia 2, zaman pembentukan Malaysia sehinggalah zaman beliau quit dari PM). Pengalaman2 hidup beliau, sentiasa membuat beliau berfikir terus maju ke depan tanpa ragu-ragu. Entah, harap2 satu masa nanti aku bole create entry pasal ideology beliau.
Kebetulan masa aku kat Annexe, kebetulan ada GIG show kat bawah Annexe level 1. Gig yang dianjurkan adalah untuk mengutip kutipan derma untuk disalurkan kepada badan amal. Ekekeke.. seronok juga bila tengok gelagat yang datang tgk gig tu. Ye la, selama ni pun, aku lagi banyak baca dari dalam blog pasal aktiviti macam tu. Tapi yang aku tak puas hati, nak tengok gerai dorang pun kena bayar masuk. Macamana nak buat marketing cam tu..agak2la nak buat charity pun…ekkekeke…hai malas aku nak fikir… nanti aku beli lens baru, baru aku nak gak join gig cam tu. Ekekkeke teringin juga nak shoot keadaan kat dalam tu. Hermm… ada siri kedua entry ini. Entah bila nak buat!
1 comment:
Sabah telah sesak hari ini.... ternyata minyak memang isu sensitif. biarpun khabar angin, ini menunjukkan rakyat Sabah memang sensitif dengan minyak. Jadi istilah 'jangan bermain api' suda takleh pakai. Jangan bermain minyak, nanti orang naik minyak. hahahaha... sekadar berkongsi dengan MAS pasal crita crita terbaru di Sabah. lalalalala...
Post a Comment